October 28, 2008

71. Sambutan Aidilfitri di Dewan Malaysia Abbasiyah (DMAK)

Semalam hari Sabtu pada malamnya diadakan sambutan Aidilfitri peringkat Dewan Malaysia Abbasiyah (DMAK) ataupun dahulunya dikenali dengan Asrama Melayu Abbasiyah (ARMA). Semua warga DMAK dijemput. Majlis bermula seawal jam 7.30 malam. Pada malam itu majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Tajaan Amanahraya yang kebanyakannya merupakan pelajar-pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Selepas itu ucapan disampaikan oleh Dr Jamil dan majlis penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang warga DMAK, dan penyerahan anugerah penghargaan kepada exco-exco sesi 07-08 serta penyerahan surat pelantikan kepada exco baru bagi sesi 08-09. Pada masa yang sama warga DMAK menjamu selera dengan makanan ala timur seperti satay, nasi goreng dan mee kuah. Satay siapa yang cepat dia lah yang dapat.

Masing-masing nampak lapar














Gambar sekitar majlis Aidilfitri di DMAK






Anggota Nasyid yang membuat persembahan pada malam Aidilfitri

Sebelum persembahan nasyid diadakan peralatan muzik seperti conga, tamborine mestilah ada. Jadi pada petang itu saya dan Izzat Naqib bersama Ustaz Firdaus yang baru dilantik menjadi Setiausaha DMAK bergegas menuju ke Hayyu sabix dan Asyir untuk mengambil peralatan tersebut yang berada di rumah Selangor. Semua mesti dilakukan dengan segera kerana kurang 4 jam sahaja lagi majlis akan bermula. Mujur ada seorang ustaz dari rumah Kedah menyewa kereta untuk kami pergi mengambil peralatan-peralatan tersebut. Jalan pula pada petang itu agak sesak kerana ada beberapa jalan utama ditutup kerana kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

Keadaan jalan yang sesak semasa perjalanan mengambil peralatan muzik di Asyir
















Keadaan di Asyir yang menempatkan rumah negeri seperti Kedah (lama), Selangor, Terengganu, Sarawak dan Pahang

Alhamdulillah kami sampai sebelum majlis bermula. :-)

2 comments:

dan said...

eh macam kenal je yang buat persembahan tu :)

AiMaN KiSaH said...

hehe
soutul mesir