October 26, 2008

70. Mesir bertukar musim

Pada Jumaat semasa mendengar kuliah di Masjid Sultan Hassan kami dikejutkan dengan ribut pasir. Kami dapat merasai sedikit kerana masjid itu mempunyai satu kawasan yang terbuka kerana tidak terdapat bumbung di situ. Selepas menghadiri Talaqqi bersama Sheikh Ahmad di Masjid Sultan Hassan, dalam perjalanan pulang hujan mulai turun. Itu menandakan akan belaku pertukaran musim. Jadi selepas ini Mesir akan mengalami musim sejuk. Mungkin akan berlaku selama 3 bulan.

Hujan pertama di Mesir

Pada hari Sabtu pula pada malamnya ada diadakan Forum Anjuran ABIM cawangan Mesir bertempat di Dewan ARMA. Forum bertajuk " Perundangan Syariah di Malaysia Isu dan cabaran Semasa" Ahli Panel terdiri daripada Prof Dr Razali Nawawi dan Prof Dr Abdul Halim AlMuhammady.

Itu sahaja aktiviti kami sepanjang hari Jumaat dan Sabtu

4 comments:

-syaima~ said...

yup sgt lebat.. msa tu kami kuar gi ghamra.. abes kotor kena hujan berselut.. mmg betul dlm bulan ni slaluny ada 2 hujan yg pertama msk musim sejuk, hujan yg kedua akn masuk musim sejuk ekstrem...
bersabarla...

abuaiman said...

Salam alaik... Aiman, mcam mana ujian , dapat jawab ka? Bila nak tau keputusan ? Nanti adakan pelajar akan di "streaming" berdasarkan keputusan ujian tersebut. Ummi puji posting hari ni.... bnyk gambar.

AiMaN KiSaH said...

to syaima

seb baik kami dekat sayidah zainab tak hujan sangat..rintik3 ja
ni hujan pertama ke kedua?

to abuaiman

Ujian boleh jawab. Soalan banyak tanya basic sebab nak tau kemampuan pelajar2. Keputusan katanya dalam masa terdekat tapi kami pun tak tau lg. Streaming tak pasti plak, yang tau hanya akan ada dua kelas nanti, kelas untuk laki dan perempuan..

abuaiman said...

Salam. Ada berita dan gambar pelajar-pelajar pra Al Azhar dalam Berita Harian hari ini Selasa 28 Okt. 2008.