October 9, 2008

61. Pengembaraan diteruskan

Posting kali ni menceritakan pengembaraan kami pada hari Rabu pulak dan rasanya posting kali ni akan dipenuhi dengan gambar-gambar di tempat bersejarah di Mesir ni. Setiap tempat yang kami lawati wajib gambar akan diambil. Bermula dari jam 3 ptg selepas Zohor kami diberi berita gembira. Masing-masing dari kami akan menerima 1300 genih sbagai wang belanja untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan menghadapi musim sejuk yang akan tiba akhir bulan Oktober ni. Selepas tu juga kami dibelanja makan tengah hari oleh Puan Norazliah wakil Amanahraya yang membawa kami ke sini.

Selepas selesai solat asar, kami pun bersedia untuk menuju ke kedai untuk membeli barang namanya Atabah. Di situ macam kedai menjual barang yang kami nak beli iaitu selimut tebal kalau di Malaysia ni dah macam karpet. Nama selimut tebal tu orang panggil Saratoga. Kami semua pergi menaiki van yang dah disewa oleh orang kedutaan atau Safarah dan bergerak dengan 3 trip sebab tak bleh nak muat semua jadi sardin. Saya naik trip yang ketiga. Agak lambat kami bergerak, ahampi dekat jam 6 petang baru van sampai. Setibanya kami di pusat nak membeli belah tu dah masuk waktu maghrib, terus la pergi solat di masjid tersebut. Memamng sesak dengan orang. Asal boleh sembahyang cukup.






Sekitar tempat membeli belah di Kaherah

Lepas tu kami meninjau di sekitar pasar menjual barang-barang dapur macam ikan dan banyak lagi. Kami mencari kedai eliktrik sebab ada sahabt kami nak beli heater senang nak masak air. Seterusnya kami berjalan-jalan dan sempat singgah ke kedai buku Dar As Salam.


Kedai Dar As Salam yang terletak berdekatn dengan Azhar.

Seterusnya bergerak ke Masjid Azhar yang menjadi gedung ilmu terulung di dunia. Kami menunaikan solat Isyak berjemaah. Sempat lagi bergambar di sekitar masjid.



Pandangan luar Azhar dan di dalam Masjid















Sempat bergambar dalam Masjid Azhar. Alhamdulillah sampai juga ke tempat tujuan kami.


Selepas itu kami bergerak ke Masjid Hussein. masjid cucu nabi Muhammad. Kami sempat menziarahi makan Saidina Hussein dan menyedekahkan fatihah di situ.



Pandangan luar masjid Hussein















Makan Saidina Hussein (cucu nabi Muhammad)




Pandangan luar Masjid Hussein












Seterusnya kami singgah di kedai makan namanya dah tak ingat cuma yang ingat makan je. Makanan yang dijual semuanya bersumberkan daging kambing dan ada juga piza. Kami semua makan makanan yang namanya Shawarma, ala-ala kebab la jugak.

Shawarma

Diisi dengan daging kambing pure. Kenapa pure? Sebabnya daging kambing memang berbau betul-betul kambing. Harga setiap satu 9 genih da n saya beli dua. Akhirnya tak habis pun sebab bau yang terlampau kuat. Ahhhhh...




Makan jangan tak makan

Selepas tu masing-masing dah letih dan dahaga, semua singgah di kedai air buah yang menjual pelbagai jenis air buah dari buah mangga sampai la ke buah delima . Keunikan air buah di sini
ialah rasanya yang sedap dan isi buah boleh dirasa sebabnya memang pekat betul la. Masing-masing mencari bas nak pulang. Selepas berjumpa dengan bas ke destinasi kami iaitu ARMA, di Abduh Pasha setiap dari kami mesti menjadi ala-ala stuntman sebabnya seperti yang orang selalu ceritakan bas di mesir tidak berhenti cuma perlahankan bas jika ada penumpang nak naik. Selepas membayar 25 genih, kami rehat sekejap sebelum sampai ke ARMA. Setibanya kami jam 10.30 malam semua naik ke bilik dan terus tidur..

Setakat tu saja perjalanan pengembaraan kami pada hari selasa

Pembetulan maklumat :

Sebenarnya tambang bas bukannya 25 atau 50 genih, yang sebetulnya 0.25 genih dan 0.50 genih...

4 comments:

izzatnaqib said...

pergh..segan gler man hg ltak gmbo aku...

AiMaN KiSaH said...

haha
nnt ak letak lg byk... :-)

zulkefli said...

Salam. jaga diri walau dimana berada.
Pesan Umi...

AiMaN KiSaH said...

insyaAllah.... :-)