Semalam hari Sabtu pada malamnya diadakan sambutan Aidilfitri peringkat Dewan Malaysia Abbasiyah (DMAK) ataupun dahulunya dikenali dengan Asrama Melayu Abbasiyah (ARMA). Semua warga DMAK dijemput. Majlis bermula seawal jam 7.30 malam. Pada malam itu majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Tajaan Amanahraya yang kebanyakannya merupakan pelajar-pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Selepas itu ucapan disampaikan oleh Dr Jamil dan majlis penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang warga DMAK, dan penyerahan anugerah penghargaan kepada exco-exco sesi 07-08 serta penyerahan surat pelantikan kepada exco baru bagi sesi 08-09. Pada masa yang sama warga DMAK menjamu selera dengan makanan ala timur seperti satay, nasi goreng dan mee kuah. Satay siapa yang cepat dia lah yang dapat.
Masing-masing nampak lapar

Gambar sekitar majlis Aidilfitri di DMAK
Anggota Nasyid yang membuat persembahan pada malam AidilfitriSebelum persembahan nasyid diadakan peralatan muzik seperti conga, tamborine mestilah ada. Jadi pada petang itu saya dan Izzat Naqib bersama Ustaz Firdaus yang baru dilantik menjadi Setiausaha DMAK bergegas menuju ke Hayyu sabix dan Asyir untuk mengambil peralatan tersebut yang berada di rumah Selangor. Semua mesti dilakukan dengan segera kerana kurang 4 jam sahaja lagi majlis akan bermula. Mujur ada seorang ustaz dari rumah Kedah menyewa kereta untuk kami pergi mengambil peralatan-peralatan tersebut. Jalan pula pada petang itu agak sesak kerana ada beberapa jalan utama ditutup kerana kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
Keadaan jalan yang sesak semasa perjalanan mengambil peralatan muzik di Asyir

Keadaan di Asyir yang menempatkan rumah negeri seperti Kedah (lama), Selangor, Terengganu, Sarawak dan Pahang
Alhamdulillah kami sampai sebelum majlis bermula. :-)
2 comments:
eh macam kenal je yang buat persembahan tu :)
hehe
soutul mesir
Post a Comment