Hari ni hari Sabtu, kami tidak banyak berjalan-jalan tetapi lebih banyak menghabiskan masa di Masjid Azhar. Masuk sahaja waktu zohor, kami dimaklumkan ada pengajian talaqqi di Masjid Azhar. Jadi kami menaiki bas yang menuju ke Mahattah Saidatina Aishah. Dalam perjalanan ke sana kami berhenti di Jamiah Azhar.
Pengajian pada hari itu sebanyak lima kitab sekaligus. Segalanya diceritakan dalam
Catatan Pengembara
Jadi selepas selesai solat Maghrib jam 5.50 petang, kami pulang semula ke ARMA kerana malamnya ada diadakan majlis jamuan dengan Datuk Duta di Kafe ARMA. Selain itu Dato' Ahmad Rodzi bin Pawanteh
Group Managing Director and Chief Executive Officer (GMD/CEO) Amanahraya turut bersama. Kami menjamu selera dan diceritakan serba sedikit mengenai program yang kami jalani sekarang. Dato' Ahmad Rodzi tersebut turut memberi sedikit nasihat agar belajar bersungguh-sungguh. Kami dikhabarkan pengajian kami yang sepatutnya bermula 12 Okt ditunda kepada minggu depan kerana ada sedikit masalah yang masih belum selesai.
Dato duta dan Dato' Ahmad Rodzi bin Pawanteh serta Dr Jamil (orang yang menguruskan pelajar Malaysia medic di Mesir) Selepas selesai makan, kami bergambar dengan Dato' duta dan tetamu yang hadir
Setakat ini dahlu pengembaraan kami untuk hari Sabtu :-)
No comments:
Post a Comment