October 24, 2008

69. Program kami

Setelah sekian lama saya tidak mengupdate blog hampir seminggu, kini semangat nak mengupdate kembali semula. Bukan tak nak update blog cumanya tiada posting yang nak dimuatkan. Jadi oleh sebab dah ada aktiviti masukkan sajalah untuk menjadi bacaan orang.

Bermula dari 20 hb hari Isnin, kami pelajar tajaan ARB yang menetap di ARMA diwajibkan menyertai Kursus Kepimpinan dan Usahawan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Kaherah. Kursus selama 3 hari diadakan di Dewan di ARMA. Kursus disampaikan oleh Pensyarah UKM Prof Yusuf dan Pensyarah UDM. Ceramah berkisar Modal Insan dan Keusahawanan. Selepas daripada kursus .



Pada hari Rabu pula kami pergi ke dibawa ke Universiti Azhar. Kami dikhabarkan akan diadakan tahdid mustawa ataupun ujian untuk menentukan sukatan yang sesuai untuk diajarkan kepada pelajar tamhidi Azhar. Ujian diadakan pada hari ini dan lambat sejak hari kami sampai ke Mesir kerana pelajar-pelajar tajaan negeri lain turut sampai. Antaranya pelajar tajaan Yayasan Sabah, Johor, Kelantan dan dari rata-rata negeri. Ujian terdiri dari ujian Tahriri (bertulis) dan syafawi (lisan). Soalan berbentuk soalan basic je dan dan tujuannya untuk mengetahui tahap kemampuan kami. Pensyarah yang menjadi tenaga pengajar terdiri Pensyarah Azhar dan kebanyakannya pensyarah dalam bidang Bahasa. Setahun permulaan kami hanya akan diterapkan dan dikukuhkan dengan Bahasa Arab. Ujian bermula jam 9 pagi lagi dan berakhir jam 3 petang.

Pandangan sekita dewan Solah Kamil (tempat kami mengambil ujian tahdid mustawa)










Setelah pulang ke ARMA terdapat pelajar yang baru sampai. Seramai 12 orang yang tiba mengikuti program yang sama macam kami iaitu Tamhidi Azhar. Salah seorangnya kawan sekolah saya Faiz yang turut sama. Jadi jam 4 petang dia pun turut mengikut kami ke Amsjid Azhar keran terdapat pengajian pada petang tu Pada hari tersebut juga turut diadakan program Konvo anjura PMRAM untuk pelajar Azhar yang diadakan di Azhar Convention Centre (ACC) dan pada malamnya diadakan konsert di Hayyu Sadis (seksyen 6) bersempena dengan konvo tersebut. Antara artis ialah Nazrey Raihan dan artis Indon yang belajar di Azhar. Pada mulanya saya dan rakan-rakan nak pergi tapi oleh sebab dah terlampau letih seharian ujian jadi batalkan saja niat tu.

Pada hari Khamis pula, pada paginya ialah hari terakhir budak JPA menetap di ARMA. Mereka berpindah ke rumah yang telah disewa di Sayyidah Zainab. Bertuah diorang dapat rumah yang memang first hand (orang tak duduk lagi/rumah baru) . Gambar ada di sini. Kami tidad sebarang program yang dianjurkan jadi keluar pergi ziarah Rumah Perlis denagn Faiz nak perkenalkan kepada Ahli keluarga Perlis. Selepas itu kami pergi Kedai Darussalam cawangan di Hayyu Sabix (seksyen 7) untuk beli kitab Al Taj

Pada malamnya di Arma ada program untuk pelajar Terengganu bersama MB Terengganu. Majlis penyerahan zakat dan sumbanga kepada pelajar cemerlang diadakan kepada anak-anak Terengganu.

Setakat itu sahaja flashback untuk tiga hari aktiviti kami. Gambar0gambar akan diupload kemudian :-)

3 comments:

kamar_impian said...

salam ziarah... Alhmdulilah,,nmpak baik2 je kat sana..rasa jelez pun ade,rmai dak2 kisas kat sana..xpe la,,rzki msg2.. nway,, stdy baik2.

my blog---> http://adik.pelangibonda.com

abuaiman said...

Askm. Aiman Kalau dah dapat jadual kuliah nanti tlg email kat ayah.Selamat belajar moga-moga beroleh kejayaan cemerlang.
Salam dan doa dari ummi dan ayah di sini.
"ILMU ITU LEBIH BAIK DRP HARTA.ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA.ILMU ITU PENGHUKUM(HAKIM) DAN HARTA ITU TERHUKUM.HARTA ITU KURANG APABILA DIBELANJAKAN TTP ILMU BERTAMBAH BILA DIBELANJA.- Saidina Ali bin Abi Tolib.

AiMaN KiSaH said...

to kamar impian

syukran2,,sama2 berjaya dalam bidang masing2

to abuaiman

jadual tk keluar lg. Nanti dapat aiman email