Alhamdulillah pelajar-pelajar tajaan Amanahraya Berhad yang berangkat ke Mesir pada 5 Okt jam 3.35 pagi dari KLIA telah selamat sampai ke Asrama Melayu Abasiyah di Kaherah pada jam 4.40 ptg waktu Mesir. Sebelum sampai di sini kapal terbang yang kami naiki iaitu Qatar Airline telah trasnit di doha hampir 6 jam. Habiskan masa meninjau lapangan terbang Doha je la.
Selepas itu jam 1300 waktu Doha kami berangkat ke Mesir dari Doha dengan menaiki kapa terbang Qatar Airline juga. Penerbangan kali ini lebih selesa jika nak dibandingkan dengan penerbangan yang pertama dari segi makanan dan kemudahan dalam kapal terbang . Tapi apa pun asalkan sampai ke Mesir jam 3.30 ptg waktu Mesir di Lapangan terbang Mesir. Ada pegawai dari Mesir sendiri telah menunggu kami dan seterusnya kami berangkat ke Asrama Melayu Abbasiyah dengan menaiki bas yang disediakan.
Setibanya kami di sini kami disambut oleh urusetia yang terdiri daripada pelajar senior di ARMA dan diberi sedikit taklimat mengenai kehidupan asrama di ARMA ini. Selepas selesai solat maghrib jam 6.30 petang kami naik ke bilik masing. Selepas selesai solat isyak kami disajikan dengan makanan yang dibeli khas dari Restoren yang terkenal di kalangan pelajar di sini iaitu restoren Hadramaut. Makanan seperti nasi lebih kurang macam nasi minyak ditambah dengan ayam bakar dan juga ulam-ulam macam bawang besar dan sedikit sambal belacan. Macam di Malaysia la jugak makananya.
Selepas makan di bilik senior kami tadi, kami pun sembang-sembang la sampai lewat malam. Tapi tak tau la nak kata malam ke tak sebab di sini pukul 10 tu dah boleh kira lewat dah sebabnya Isyak pukul 7 malam la lebih kurang. Oleh kerana perbezaan cuaca yang sekarang di Mesir suhu mencecah 22 c waktu malam dan juga perbezaan masa, ada segelintir kami macam pening-pening. Tak pa nanti dah lama biasa la tu.
Lepas tu semua gerak pergi ke bilik masing-masing. Bilik kami diagihkan oleh urusetia yang menyambut kami. Ada yang menetap di tingkat lima dan ada yang menetap di tingkat satu. Boleh kata setiap aras ada la wakil kami. Rakan bilik pula ada yang sebilik dengan senior dan ada yang sebilik seorang sebab tuannya dulu belum balik ke sini yang bercuti di Malaysia. Asrama ni pun kebanyakannnya masih kosong sebab ramai pelajar belum pulang yang bercuti hari raya di Malaysia.
Setakat itu dulu catatan perjalanan kami. Gambar akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment