October 8, 2008

60. Pengembaraan kami


Semalam hari Selasa semua pelajar tajaan Amanahraya telah dipanggil ke bilik mesyuarat di ARMA ini kerana mendengar taklimat dengan duta Malasyia ke Mesir. taklimat bermula jam 9.30 pagi dan seketika kemudian kami didatangi dengan pelajar tajaan Yayasan Pahang yang baru sampai ke Mesir.Bilangan pelajar yang mendengar taklimat hampir 40 orang. Kami diberi taklimat mengenai program yang kami sertai ini. Perkembangannya akan diceritakan kemudian kerana saya terlupa hendak membawa nota yang mencatat menegnai program ini. Selepas selesai taklimatsemua pelajar bergambar kenangan dengan duta Malaysia TYT Datuk Zainal Abidin. Pada masa tu juga pelajar Medic tajaan JPA juga turut sampai seramai 96 orang. Pelajar KISAS yang turut serta seramai 20 orang*.

wartawan dari akhbar utusan














Selepas itu kami semua solat Zohor dan selepas selesai solat Asar semua pelajar menuju ke hayyu Asyir dengan dibawa oleh Ustaz Fadeer dan Ustaz Mukhri. Di sana kami menghadiri rumah terbuka anjuran PMRAM. Kami menaiki bas dan kebetulan waktu orang keluar pejabat. Jadi faham-faham la orangnya penuh sesak.


Suasana dalam bas. Sesak sangat tapi murah 25 genih je

Jam 5 lebih kami sampai ke hayyu Asyir dan disambut dengan Presiden PMRAM Al Fadhil Ustaz Khairul Anuar beberapa orang exco PMRAM. Seterusnya kami menjamu selera dan nasib baik makanan masih banyak. Sambil-sambil tu kami sempat berbual dengan mantan Presiden PMRAM Al fadhil Ustaz Khairul Nizam beberapa orang Exco PMRAM. Saya sempat beramah mesra dengan pelajar Perlis di Mesir Ustaz Syed Aisam dan Ustaz Azlan. Masing-masing merupakan anak jati Perlis. Di hayyu Asyir ada rumah-rumah negeri seperti rumah Terengganu, Kedah, Pahang, Selangor. Selalunya di sini PMRAM seriing mengajurkan program seperti rumah terbuka, majlis ilmu dan sebagainya.

Rumah kedah di hayyu Asyir (Ustaz Azizan)


Bersama Al fadhil Ustaz Khairul Nizam
mantan Presiden PMRAM












bersama Ustaz Al Fadhil Khairul Anuar
Presiden PMRAM sekarang












Selepas selesai makan dan beramah mesra bersama pelajar Malaysia yang hadir, kami pun solat berjemaah di surau Rumah Pahang dan setesrunya bergambar dengan pelajar di situ dan bergerak ke Hayyu Sabi' dengan menaiki bas. Di hayyu sabi' ada rumah negeri seperti rumah Perlis, Kelantan dan rumah Kedah yang baru. Kami sempat melawat rumah kelantan dan kebetulan malam tu ada majlis penamaan calon bagi exo baru Persatuan Anak Kelanatan di Mesir. Seterusnya kami menuju ke rumah Perlis. Yang ni saat yang dinantikan sebab rumah negeri saya. :-) di situ kami sempat makan di restoren yang terdapat di bawah rumah Perlis. Makanannya pun sedap. Patut orang kata rumah Perlis ada restoren sedap.










gambar-gambar di Rumah Perlis Mesir



Seterusnya kami pun pulang kembali ke ARMA selepas kenyang makan. Jam menunjukkan hampir jam 10.30 malam. Masing-masing kami semua keletihan selepas seharian berjalan di bandar Mesir ni. Setakat tu ja pengembaraan kami pada hari Selasa.

p/s : visual gambar kurang memausakan sebab kamera hansdet je :-)

6 comments:

zulkefli said...

Aiman, Umi tanya awat dok pakai baju biru tu saja. Tak tukar yang lain ka?
Dah > 2 hari .

-syaima~ said...

owh~
dh sampai umah perlis?
aritu sempat pi umah slgor ja..
rumah terbuka..
dh dpt no etisalat? ke pakai vodafone?

efa said...

hurm..nek bas 25gneh?
ana nek bas 50 gneh pn lebih kurang je sesaknye..heheh..wawa~
haru tol la..urm..adventure tol rase smalam..heheh..

AiMaN KiSaH said...

to abu aiman :
sebab sini musim sejuk,,baju bleh pakai lg,,nk jimat sama,,tk yah baush byk2 :-)

syaima : dh,,tu pn senior bwa,,depa ada tya bdk medic perlis,,ak gtau la hg,,ak pkai etisalat no ak 0116748189
hg no pa??

efa : bas tu ikut jenis gk
klu bas besar 25 ghenih
klu kecik bru 50 genih klu tk silap sebab selesa sikit kot...

mmg crowded dh tu kena jd stuntman plak masa nk turun bas....

zulkefli said...

Salam.Aiman cuba cari anak Ust Abu Hassan (kawan ayah di MRSM Beseri),namanya Abd Hadi dr Kuliah Bahasa Arab tahun akhir. Dia duduk di Rumah Perlis.

AiMaN KiSaH said...

ohh anak dia laki
aiman bru p ja rumah perlis
tak dan jumpa semua lagi
tapi dah jumpa dah ustaz syed aisam yang anak pak tam bg no hari tuh dulu