October 7, 2008

59. Aktiviti kami



Pada malam 6 hb selepas selesai solat Maghrib jam 6.30 petang di masjid bersebelahan dengan ARMA ada sebahagian pelajar terus pulang terus ke ARMA dan sebahagian lagi menuju ke kedai makan berhampiran bagi mengisi perut masing-masing yang kelaparan. Jagi sebahgian pelajar ni meninjau kedai sekitar dan kami pun terjumpa la kedai Halal Bangkok yang diusahakan oleh orang-orang thailand di Mesir ni. Makanannya sedap dan agak pedas. Biasa la dah makanan Thailand




Masing-masing order makanan lain-lain sebab nak merasai keenakan makanan timur. Ingatkan dah datang Meir tak de lagi nasi rupanya macam Malaysia je rasanya. Harga semunya 43 genih je. Lebih kurang RM 43 la jugak.




Leps tuh kami pun bersiar-siar di sekitar bandar. Singgah sekejap di kedai buah. Beli la sedikit untuk mengisi perut. Buah epal merah 15 genih sekilo dan epa jijau 10 genih sekilo. Dah lama kami pun pulang ke ARMA. Sebelum sampai singgah kejap dekat kedai roti dekat ARMA. Tanya la pak arab tu nak beli satu genih. Pak Arab tu gelak sakan. Mau taknye satu genih tu rupanya dah banyak sangat. Kami dapat 20 keping roti. Maknya sekeping 0.05 genih je. Nama roti tu pun "ish biladi". Maksudnya kehidupan negaraku. Macam tu la lebih kurang sebab roti ni makanan asasi di sini. Jadi tak hairanlah kalau harga dia murah sangat diatambah pulak dengan subsidi yang diberi oleh kerajaan Mesir.

Ni dia roti ....

p/s : Ni aktivit waktu malam. Aktivit waktu siang akan diceritakan kemudian
waktu semuanya dalam waktu Mesir

Waktu pagi pulak selepas suboh kami mendapat duit yang kami tukar pada malam sebelum tuh. Semua diuruskan oleh senior yang dah belajar di sini. maklumlah budak baru mana tahu selok belok di Mesir lagi. Kadar pada waktu tu 1 us dolar = 5.46 genih mesir. Kebanyakan pelajar tukar 100 dolar dan jumlahnya 546 genih.

Selepas tu kami diedarkan dengan no mesir. Kalu di Malysia kita dengar celcom tapi di sin syarikat yang menegndalikan hal komunikasi ni ialah etisalat. Masing-masing dapat no telefon. Sambil-sambil tu kami makan la kuih2 yang dibawa dari Malaysia. Ada rendang, kuih siput dan banyak lagi la. Lebih kurang macam open house la jugak....



Lepas tu masing-masing pulang ke bilik masing2 dan merehatkan badan. Maklumla baru pukul 6 pagi sebab sekarang kalau di mesir musim sejuk malamnya panjang...

gambar akan dimasukkan dari semasa ke semasa

2 comments:

zulkefli said...

salam. umi dan ayah dah baca dan tengok gambar dalam blog aiman. jangan makan banyak2 sangat terutam yang pedas. jaga pemakanan demi kesihatan. selamat belajar.

AiMaN KiSaH said...

insyaAllah.....