Selepas selesai solat asar, kami pun bersedia untuk menuju ke kedai untuk membeli barang namanya Atabah. Di situ macam kedai menjual barang yang kami nak beli iaitu selimut tebal kalau di Malaysia ni dah macam karpet. Nama selimut tebal tu orang panggil Saratoga. Kami semua pergi menaiki van yang dah disewa oleh orang kedutaan atau Safarah dan bergerak dengan 3 trip sebab tak bleh nak muat semua jadi sardin. Saya naik trip yang ketiga. Agak lambat kami bergerak, ahampi dekat jam 6 petang baru van sampai. Setibanya kami di pusat nak membeli belah tu dah masuk waktu maghrib, terus la pergi solat di masjid tersebut. Memamng sesak dengan orang. Asal boleh sembahyang cukup.
Lepas tu kami meninjau di sekitar pasar menjual barang-barang dapur macam ikan dan banyak lagi. Kami mencari kedai eliktrik sebab ada sahabt kami nak beli heater senang nak masak air. Seterusnya kami berjalan-jalan dan sempat singgah ke kedai buku Dar As Salam.
Kedai Dar As Salam yang terletak berdekatn dengan Azhar.
Seterusnya bergerak ke Masjid Azhar yang menjadi gedung ilmu terulung di dunia. Kami menunaikan solat Isyak berjemaah. Sempat lagi bergambar di sekitar masjid.
Pandangan luar Azhar dan di dalam Masjid
Selepas itu kami bergerak ke Masjid Hussein. masjid cucu nabi Muhammad. Kami sempat menziarahi makan Saidina Hussein dan menyedekahkan fatihah di situ.
Pandangan luar masjid Hussein
Makan Saidina Hussein (cucu nabi Muhammad)
Pandangan luar Masjid Hussein
Seterusnya kami singgah di kedai makan namanya dah tak ingat cuma yang ingat makan je. Makanan yang dijual semuanya bersumberkan daging kambing dan ada juga piza. Kami semua makan makanan yang namanya Shawarma, ala-ala kebab la jugak.
Shawarma
Diisi dengan daging kambing pure. Kenapa pure? Sebabnya daging kambing memang berbau betul-betul kambing. Harga setiap satu 9 genih da n saya beli dua. Akhirnya tak habis pun sebab bau yang terlampau kuat. Ahhhhh...
Selepas tu masing-masing dah letih dan dahaga, semua singgah di kedai air buah yang menjual pelbagai jenis air buah dari buah mangga sampai la ke buah delima . Keunikan air buah di sini
ialah rasanya yang sedap dan isi buah boleh dirasa sebabnya memang pekat betul la. Masing-masing mencari bas nak pulang. Selepas berjumpa dengan bas ke destinasi kami iaitu ARMA, di Abduh Pasha setiap dari kami mesti menjadi ala-ala stuntman sebabnya seperti yang orang selalu ceritakan bas di mesir tidak berhenti cuma perlahankan bas jika ada penumpang nak naik. Selepas membayar 25 genih, kami rehat sekejap sebelum sampai ke ARMA. Setibanya kami jam 10.30 malam semua naik ke bilik dan terus tidur..
Setakat tu saja perjalanan pengembaraan kami pada hari selasa
Pembetulan maklumat :
Sebenarnya tambang bas bukannya 25 atau 50 genih, yang sebetulnya 0.25 genih dan 0.50 genih...
4 comments:
pergh..segan gler man hg ltak gmbo aku...
haha
nnt ak letak lg byk... :-)
Salam. jaga diri walau dimana berada.
Pesan Umi...
insyaAllah.... :-)
Post a Comment