October 9, 2008

62. Pengembaraan kami 3


Pagi ni saya dan Tuan Hanif rakan sebilik tiada aktiviti nak dibuat. Jadi abg Fadeer ajak pergi ke pasar nak beli makanan untuk dimasak bagi mengisi perut. kami kelaur jam 10 pagi dan berjalan memandangkan pasar terletak tak jauh dari ARMA. Tapi sebelum tu kami pergi mencari kedai fotostat dan seterusnya kami menuju ke pasar mencari sedikit sayur dan makanan untuk dibuat sarapan pagi. Orang tak berapa banyak di pasar jadi keadaan pun tak berapa sesak. Kedai-kedai waktu ni ada yang masih belum berniaga. Tengah jalan-jalan cari barang, sahabat yang lain telefon. Rupanya diorang nak pergi ke Azhar. Ada senior nak bawa. Tak pe la, korang pergi je. Ni la keadaan di pasar tadi.



Roti canai versi arab















Menikmati jus buah mangga 2.5 genih



Pada malamnya pula kami meneruskan pegembaraan kami. Kali ni tak ramai yang ikut. Hanya saya dan hakimi sahaja dengan ditemani oleh Ustaz Fauzan dan Ustaz Fauzi. Program ini Ustaz Fauzi yang rancang mengajak kami ke sana. Kami keluar jam 6 lebih dah dekat Maghrib. Menaiki teksi sebab dah lambat dan menuju ke Masjid Hussein atau orang temapatan panggil Hussein je. Lepas selesai solat Maghrib kami pergi ke bangunan yang dipanggil Sahah Yamani. Tempat ini diasaskan oleh ulama Yaman kalau tak silap. Tujuannya untuk mengadakan cawangan Darul Mustafa di Mesir. Tapi setibanya kami di sana program yang selalu diadakan belum bermula. Selalunya kalau malam jumaat akan diadakan program maulud dan malam-malam yang lain akan diadakan program majlis-majlis Ilmu. Kelebihan tempat ini ialah kita dapat merasakan Biah berada di Darul Mustafa walaupun tidak berada di sana. jadi oleh kerana belum bermula kami membuat keputusan untuk pergi ke Masjid Azhar solat Isya di sana dan mendengar majlis ilmu yang terdapat di sana. Dalam perjalanan kami singgah di kedai menjual tasbih kayui kokka dan harganya tak mahal cumanya 15 genih mengikut saiz dan jumlah kayu tasbih tersebut.

Gambar dalam masjid azhar bersama Ustaz fauzi & Ustaz Fauzan
















Gambar bersama Ustaz Fauzi dan hakimi

Selepas selesai solat isya kami pun pulang dengan menaiki teksi juga. tapi disarankan tak naik teksi sebab mahal 3 genih sekali naik dan kalau ramai tak pa. Lagipun kadang-kadang pak arab suka menipu. Kami semalam pun nak ditipunya. Masa menaiki teksi Ustaz Fauzan terasa yang driver ni ikut jalan jauh sedangkan nak pulang ke ARMA dekat je. Selepas smapai kami dikenankan bayaran 10 genih. Tapi bagi sesiapa yang dah biasa bayar je 3 genih lepas tu cabut. Pak arab tu nak kata apa pun biar la.

Setakat itu dulu untuk hari Khamis :-)

2 comments:

Unknown said...

Aiman. Terkini dari Tanahair. Ada berita dan gambar Aiman bersama kawan-kawan dalam Utusan Malaysia Gambar tu diambil hadapan ARMA semasa baru sampai di Mesir. Tajuk Berita " Perlu kuasai bahasa Arab untuk ke ALAzhar ". Kelmarin ( Rabu ) keluar berita tanpa gambar dalam Berita Harian .

AiMaN KiSaH said...

yaa
yg tu nak bgtau ayah tu
aiman nak call malam tu
tp earphone ada masalah skit