October 29, 2008

72. Ceramah umum di Asyir

Pada hari Selasa malamnya diadakan Ceramah Umum anjuran Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Kelantan. Antara penceramahnya ialah YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang dijemput sebagai Ahli Majlis Umana' Al quds Palestin dan Ustaz Nasarudin Hassan Al Tantawi selaku Anggota Pemuda Islam Sedunia. Majlis yang bermula sewal jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.00 malam diadakan di Asyir. Rumah Kedah telah sudi memberikan halaman rumah mereka untuk dijadikan pentas ceramah pada malam itu dan Rumah Selangor telah sudi memberi keizinan tapak di Hayyu Asyir dijadikan tapak ceramah. Ceramah terpaksa tidak diadakan di Rumah Kelantan kerana keadaan temapt yang tidak mengizinkan di samping ruang yang agak terhad.
Pelajar-pelajar dan mahasiswa serta mahasiswi yang hadir pada malam itu memang ramai sehingga tapak di Hayyu Asyir tidak dapat menampung jumlah orang yang hadir pada malam itu. Antara isu ceramah yang disampaikan berkisar dengan Kepentingan Umat islam mempertahankan Al quds yang merupakan qiblat pertama Umat Islam dan mencintai Rasulullah yang merupakan Nabi dan Rasul umat Islam.












Pelajar mengambil kesempatan untuk bersalam dengan Tuan Guru dan Ustaz Nasaruddin

Ceramah dimulakan dengan ucapan YDP Rumah Kelantan dan disusuli denagn Ustaz Nasaruddin Hassan Al Tantawi dan seterusnya Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kebanyakan pelajar membahasakan diri sebagai Ayahanda dan ada juga yang memanggil sebagai Ayahanda presiden. Ceramah pada mulanya memang tidak berkait dengan politik. Memandangkan pelajar-pelajar dan mahasiswa di sini merupakan mahasiswayang proaktif timbul satu dua soalan bertanyakan mengenai hal semasa di negara. Semua soalan berjaya dijawab oleh tuan Guru dengan sempurna sekali. Ceramah itu juga boleh diikuti secara langsung dalam laman web

Selepas ceramah berakhir pelajar-pelajar pun pulang ke destinasi masing-masing

p/s : gambar kurang memuaskan kerana menggunakan kamera handphone sahaja :-)

October 28, 2008

71. Sambutan Aidilfitri di Dewan Malaysia Abbasiyah (DMAK)

Semalam hari Sabtu pada malamnya diadakan sambutan Aidilfitri peringkat Dewan Malaysia Abbasiyah (DMAK) ataupun dahulunya dikenali dengan Asrama Melayu Abbasiyah (ARMA). Semua warga DMAK dijemput. Majlis bermula seawal jam 7.30 malam. Pada malam itu majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Tajaan Amanahraya yang kebanyakannya merupakan pelajar-pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Selepas itu ucapan disampaikan oleh Dr Jamil dan majlis penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang warga DMAK, dan penyerahan anugerah penghargaan kepada exco-exco sesi 07-08 serta penyerahan surat pelantikan kepada exco baru bagi sesi 08-09. Pada masa yang sama warga DMAK menjamu selera dengan makanan ala timur seperti satay, nasi goreng dan mee kuah. Satay siapa yang cepat dia lah yang dapat.

Masing-masing nampak lapar














Gambar sekitar majlis Aidilfitri di DMAK






Anggota Nasyid yang membuat persembahan pada malam Aidilfitri

Sebelum persembahan nasyid diadakan peralatan muzik seperti conga, tamborine mestilah ada. Jadi pada petang itu saya dan Izzat Naqib bersama Ustaz Firdaus yang baru dilantik menjadi Setiausaha DMAK bergegas menuju ke Hayyu sabix dan Asyir untuk mengambil peralatan tersebut yang berada di rumah Selangor. Semua mesti dilakukan dengan segera kerana kurang 4 jam sahaja lagi majlis akan bermula. Mujur ada seorang ustaz dari rumah Kedah menyewa kereta untuk kami pergi mengambil peralatan-peralatan tersebut. Jalan pula pada petang itu agak sesak kerana ada beberapa jalan utama ditutup kerana kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

Keadaan jalan yang sesak semasa perjalanan mengambil peralatan muzik di Asyir
















Keadaan di Asyir yang menempatkan rumah negeri seperti Kedah (lama), Selangor, Terengganu, Sarawak dan Pahang

Alhamdulillah kami sampai sebelum majlis bermula. :-)

October 26, 2008

70. Mesir bertukar musim

Pada Jumaat semasa mendengar kuliah di Masjid Sultan Hassan kami dikejutkan dengan ribut pasir. Kami dapat merasai sedikit kerana masjid itu mempunyai satu kawasan yang terbuka kerana tidak terdapat bumbung di situ. Selepas menghadiri Talaqqi bersama Sheikh Ahmad di Masjid Sultan Hassan, dalam perjalanan pulang hujan mulai turun. Itu menandakan akan belaku pertukaran musim. Jadi selepas ini Mesir akan mengalami musim sejuk. Mungkin akan berlaku selama 3 bulan.

Hujan pertama di Mesir

Pada hari Sabtu pula pada malamnya ada diadakan Forum Anjuran ABIM cawangan Mesir bertempat di Dewan ARMA. Forum bertajuk " Perundangan Syariah di Malaysia Isu dan cabaran Semasa" Ahli Panel terdiri daripada Prof Dr Razali Nawawi dan Prof Dr Abdul Halim AlMuhammady.

Itu sahaja aktiviti kami sepanjang hari Jumaat dan Sabtu

October 24, 2008

69. Program kami

Setelah sekian lama saya tidak mengupdate blog hampir seminggu, kini semangat nak mengupdate kembali semula. Bukan tak nak update blog cumanya tiada posting yang nak dimuatkan. Jadi oleh sebab dah ada aktiviti masukkan sajalah untuk menjadi bacaan orang.

Bermula dari 20 hb hari Isnin, kami pelajar tajaan ARB yang menetap di ARMA diwajibkan menyertai Kursus Kepimpinan dan Usahawan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Kaherah. Kursus selama 3 hari diadakan di Dewan di ARMA. Kursus disampaikan oleh Pensyarah UKM Prof Yusuf dan Pensyarah UDM. Ceramah berkisar Modal Insan dan Keusahawanan. Selepas daripada kursus .



Pada hari Rabu pula kami pergi ke dibawa ke Universiti Azhar. Kami dikhabarkan akan diadakan tahdid mustawa ataupun ujian untuk menentukan sukatan yang sesuai untuk diajarkan kepada pelajar tamhidi Azhar. Ujian diadakan pada hari ini dan lambat sejak hari kami sampai ke Mesir kerana pelajar-pelajar tajaan negeri lain turut sampai. Antaranya pelajar tajaan Yayasan Sabah, Johor, Kelantan dan dari rata-rata negeri. Ujian terdiri dari ujian Tahriri (bertulis) dan syafawi (lisan). Soalan berbentuk soalan basic je dan dan tujuannya untuk mengetahui tahap kemampuan kami. Pensyarah yang menjadi tenaga pengajar terdiri Pensyarah Azhar dan kebanyakannya pensyarah dalam bidang Bahasa. Setahun permulaan kami hanya akan diterapkan dan dikukuhkan dengan Bahasa Arab. Ujian bermula jam 9 pagi lagi dan berakhir jam 3 petang.

Pandangan sekita dewan Solah Kamil (tempat kami mengambil ujian tahdid mustawa)










Setelah pulang ke ARMA terdapat pelajar yang baru sampai. Seramai 12 orang yang tiba mengikuti program yang sama macam kami iaitu Tamhidi Azhar. Salah seorangnya kawan sekolah saya Faiz yang turut sama. Jadi jam 4 petang dia pun turut mengikut kami ke Amsjid Azhar keran terdapat pengajian pada petang tu Pada hari tersebut juga turut diadakan program Konvo anjura PMRAM untuk pelajar Azhar yang diadakan di Azhar Convention Centre (ACC) dan pada malamnya diadakan konsert di Hayyu Sadis (seksyen 6) bersempena dengan konvo tersebut. Antara artis ialah Nazrey Raihan dan artis Indon yang belajar di Azhar. Pada mulanya saya dan rakan-rakan nak pergi tapi oleh sebab dah terlampau letih seharian ujian jadi batalkan saja niat tu.

Pada hari Khamis pula, pada paginya ialah hari terakhir budak JPA menetap di ARMA. Mereka berpindah ke rumah yang telah disewa di Sayyidah Zainab. Bertuah diorang dapat rumah yang memang first hand (orang tak duduk lagi/rumah baru) . Gambar ada di sini. Kami tidad sebarang program yang dianjurkan jadi keluar pergi ziarah Rumah Perlis denagn Faiz nak perkenalkan kepada Ahli keluarga Perlis. Selepas itu kami pergi Kedai Darussalam cawangan di Hayyu Sabix (seksyen 7) untuk beli kitab Al Taj

Pada malamnya di Arma ada program untuk pelajar Terengganu bersama MB Terengganu. Majlis penyerahan zakat dan sumbanga kepada pelajar cemerlang diadakan kepada anak-anak Terengganu.

Setakat itu sahaja flashback untuk tiga hari aktiviti kami. Gambar0gambar akan diupload kemudian :-)

October 14, 2008

68. Pengembaraan kami 7

Posting kali ini menceritakan pengalaman kami ke Iskandariah ataupun Alexandria. Sebelum itu kami berterima kasih kepada CEO ARB Dato Rozali Pawanteh dan Puan Norazlia serta Encik Shamsudin yang kami bahasakan diri dengan Bang Din. Ini kerana segala perbelanjaan kami ditanggung sepenuhnya oleh pihak Amanahraya. Lawatan ini disertai oleh beberapa orang senior kami, Ustaz Fauzi, Fadeer, Yusri dan beberapa pelajar Indonesia sahabat kepada pemandu pelancong kami Ustaz Hakim. Ustaz Hakim ialah pelajar di sini dan menetap di sini. Perjalanan kami bermula jam

7.30 pagi : Bas tiba di ARMA. Bas pun bergerak masuk ke lebuhraya. Keadaan kami jalan agak sesak di Kaherah memandangkan orang masuk bekerja dan pelajar masuk ke sekolah. Kami menuju ke Hyatt Hotel kerana wakil ARB menetap di situ. Sebelum itu kami singgah di Giza kerana di situ terletak Piramid milik firaun dn sphinx, binatang berkepala singa dan berbadan manusia.

Piramid dan Sphinx (kurang jelas
kerana jauh)













Perkhidmatan kereta kuda yang disediakan
















Kesesakan jalanraya di Kaherah














Hotel Hyatt di Kaherah



Kami hanya singgah dan tidak masuk kerana perjalanan ke Iskandariah masih jauh. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Piramid ialah 50 genih. Sepanjang perjalanan kami singgah di RNR Mesir. Seterusnya kami meneruskan perjalanan dan kami dapat lihat

RNR di Mesir


Kereta Waja pun ada di Mesir








1. Perumahan penduduk Mesir di Giza. Kebanyakan bangunan kelihatan seperti tidak siap tetapi itulah rumah penduduk di Mesir. Selain itu kami dapat lihat juga unta yang sedang dipindahkan menggunakan lori ke mana destinasi tak tau la.

Rumah penduduk di Giza














Unta naik lori


2. Kawasan padang pasir sedang dibangunkan menjadi kawasan perumahan. Jadi nanti semua kawasan padang pasir akan menjadi kawasan perumahan elit dan dinamakan Mesir Jadidah atau Mesir Baru

3. Kawasan penanaman mangga dan pisang. Semua pisang dihasilkan sendiri oleh penduduk Mesir dan kami dikhabarkan juga terdapat pisang yang tidak mempunyai cop Mesir yang ada di Mesir diimport dari Israel.

Ladang pisang

4. Sarang burung Merpati

5. Kawasan ladang kurma.

1.30 tgh : Kami memasuki bandar Alex. Keadaan agak sesak

Monument of the unknown Soldier di Alex

Kami menuju ke Qat Bai atau . Kami menghabiskan masa satu jam di situ. Kubu itu terletak betul-betul tepi laut. Kubu pertahanan pada masa pemerintahan Salahudin Ayubi



Depan Qatbai

2.30 tgh : Kami solat Zohor dan jama' di Masjid Abu Abas. Masjid ini terdapat makam ulama.

Masjid Abu Abas


Keretapi yang ada depan masjid





3.00 ptg : Kami singgah makan di Restoren makanan laut namanya Fish Market. Kedai ini terletak tepi laut dan kebanyakannya pelangganya ialah pelancong luar. Masing-masing nampak berselera kerana lapar agaknya pada waktu itu.


Masing-masing nampak berselera















Makanan yang disajikan

4.00 ptg : Kami siggah di Montaza Palace atau Istana Montaza dan solat jama' di masjid berdekatan dengannya. Depan Istana itu terdapat hotel namanya Helnan Palestin. Kami pun kurang pasti apa yang terdapat di Istana itu dan hanya bergambar, tidak masuk ke dalam. Di situ kami berjumpa dengan pelajar Malaysia yang menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran ditaja oleh biasiswa MARA.
















Depan Montaza Palace

635 ptg : Kami hanya singgah di Maktabah atau Perpustakaan Alexandria tetapi tidak masuk ke dalam. Kami hanya menuggu Dato' Rozali yang menuju ke Asrama pelajar perubatan bagi melawat keadaan mereka di sana.

7.10 malam : Kami singgah di Carrefour di Alex bagi membeli barang-barang keperluan. Khabar gembira yang kami dapat ialah Dato Rozali telah bermurah hati dengan memberi kami duit raya sebanyak seratus genih seorang untuk membeli barang keperluan. Masing-masing bergegas mencari barang yang hendak dibeli.



Banyak barang yang dibeli sampai terlebih bajet

Selepas selesai jam 9.30 malam kami pun pulang semula ke Kaherah.


Kami sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ARB yang menaja perbelankaan kami sepanjang hari ini terutamanya kepada Dato' Rozali Pawanteh dan Puan Norazlia serta Encik Shamsuddin.. :-)

Setakat itu dahulu penegembaraan kami untuk hari Isnin

67. Pengembaraan kami 6

Posting kali ini menceritakan pengembaraan kami untuk hari Ahad dahulu. Ini kerana saya tak sempat nak mengupdate blog semalam sebabnya awal-awal lagi bermula jam 7 pagi semua pelajar tajaan Amanahraya telah dibawa berjalan ke Iskandariah atau Alexandria dengan Dato' Rozali dan Puan Norazliah dan Encik Shamsuddin. InsyaAllah saya akan menceritakan pengembaraan kami Alex pada posting yang berikutnya.

Pada hari ahad, sebelah paginya kami tidak melakukan sebarang aktiviti. Bermula selepas Asar higga selepas MAghrib kami hanya menghabiskan masa di Masjid Azhar bertalaqqi dengan Sheikh Ahmad. Mengenai talaqqi kami akan diceritakan dalam Catatan Pengembara

Selepas talqqi sehingga masuk waktu Maghrib, terdapat sebahagian pelajar yang berpuasa termasuk la saya. Jadi selepas selesai solat Maghrib kami pun pergi la ke Restoren Ad berdekatan dengan Masjid Azhar yang kami pernah pergi sebelum ini, cumanya menu kali ini kami tak makan shawarma lagi, cuba makanan lain pula. Namanya Batatis ataupun roti yang diisi dalamnya kentang.

Batatis


selepas selesai solat isyak kami menyambung sedikit lagi pengajian dan selepas habis kami pun pulang ke ARMA

Sekadar itu sahaj pengembaraan kami pada hari Ahad :-)

October 13, 2008

66. Ucapan Khas

Ayah dan Ummi di pagi raya

Posting kali ini ditujukan untuk ayah saya yang sekarang berada di Malaysia. Hari ini tanggal 13 Oktober merupakan ulang tahun kelahiran ayah saya .

Ucapan saya ialah semoga ayah panjang umur murah rezeki dan beroleh keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian. Saya juga berharap agar Allah sentiasa memberi kekuatan untuk ummi dan ayah untuk melaksanakan segala pekerjaan dalam kehidupan seharian.

October 12, 2008

65 Program khas

Mengenai program Matrik Azhar yang kami ikuti sekarang merupakan program yang pertama kali diadakan. Jadi masa hari kedua kami sampai kami telah bertemu dengan Dato duta dan diterangkan serba sedikit mengenai program ini. Antaranya ialah :

1. Program ini ialah program khas (نظام خاص) Azhar / Matrik Azhar. Kesimpulannya ialah

* Program baru
* Ambilan selepas SPM dengan ada Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
* Tujuan : Melahirkan Ulama' Pelapis
* Cadangan 100 orang setiap tahun berserta tajaan
* Ada penilaian atau ujian dan sekurang-kurangnya Jaiyid
* Tempoh pengajian 10 bulan dan sepanjang waktu itu akan dimasukkan juga
- ICT
- Keusahawan
- Bahasa Arab, Perancis dan Inggeris
- Pengajian Islam

* Sekiranya tidak lulus perlu ulang
* Dipantau sendiri oleh duta
* Diadakan kuliah yang khas iaitu :
- Kuliah tidak campur dengan pelajar lain
- Diajar oleh pensyarah yang diberi intensif. Maknanya pensyarah yang berbayar
- Akan belajar asas semua madah iaitu lughah, usuluddin, syariah. Sebelum ini kami diberitahu akan belajar syariah sahaja tetapi rupanya akan belajar semua. Waktu M.A baru focus bidang mana yang nak diambil

* Pengajian kami katanya dinamakan Kuliah Dirasat.

*Kelas yang sepatutnya bermula 12 Okt ditangguh ke minggu depan.
*Akan ada pelajar yang akan datang bagi memenuhkan bilangan kami. Kami dikahabarkan akan ada 50 orang yang mengikuti program ini. 24 yang ditaja dan selebihnya sendiri atau zakat negeri

Segala perkembangan terkini akan saya ceritakan dari semasa ke semasa. Wassalam :-)

64. Pengembaraan kami 5

Hari ni hari Sabtu, kami tidak banyak berjalan-jalan tetapi lebih banyak menghabiskan masa di Masjid Azhar. Masuk sahaja waktu zohor, kami dimaklumkan ada pengajian talaqqi di Masjid Azhar. Jadi kami menaiki bas yang menuju ke Mahattah Saidatina Aishah. Dalam perjalanan ke sana kami berhenti di Jamiah Azhar.

Pengajian pada hari itu sebanyak lima kitab sekaligus. Segalanya diceritakan dalam Catatan Pengembara

Jadi selepas selesai solat Maghrib jam 5.50 petang, kami pulang semula ke ARMA kerana malamnya ada diadakan majlis jamuan dengan Datuk Duta di Kafe ARMA. Selain itu Dato' Ahmad Rodzi bin Pawanteh Group Managing Director and Chief Executive Officer (GMD/CEO) Amanahraya turut bersama. Kami menjamu selera dan diceritakan serba sedikit mengenai program yang kami jalani sekarang. Dato' Ahmad Rodzi tersebut turut memberi sedikit nasihat agar belajar bersungguh-sungguh. Kami dikhabarkan pengajian kami yang sepatutnya bermula 12 Okt ditunda kepada minggu depan kerana ada sedikit masalah yang masih belum selesai.

Dato duta dan Dato' Ahmad Rodzi bin Pawanteh serta Dr Jamil (orang yang menguruskan pelajar Malaysia medic di Mesir)

Selepas selesai makan, kami bergambar dengan Dato' duta dan tetamu yang hadir

Setakat ini dahlu pengembaraan kami untuk hari Sabtu :-)

October 11, 2008

63. Pengembaraan kami 4

Bahagian luar Masjid Sultan Hassan

Hari ini Jumaat jadi menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid. Jadi hari ini merupakan Jumaat kami yang pertama di bumi Mesir ini. Semua pelajar telah dibawa ke Masjid Sultan Hussein. Masjid ini dahulunya merupakan tempat pengajian 4 mazhab iaitu mazhab dan sekarang masih dapat dilihat tinggalan bilik yang kelas yang digunakan dahulu untuk pengajian 4 mazhab tersebut.



Saya dan ustaz Fauzi serta Ustaz Abd razak pergi dahulu berbanding rakan-rakan yang lain. Setibanya kami di sana orang masih tak ramai sampai. Selepas selesai mendengar khutbah dan solat Jumaat Imam mengumumkan ada ulama dari Darul Ifta' di Dubai hadir bersama. Jadi beliau menyampaikan tazkirah selepas itu.

Ulama dari Dubai..











bahagian dalam Masjid Sultan Hassan



Selepas habis tazkirah itu, kami dikhabarkan ada pengajian talaqqi oleh Sheikh Ahmad. Beliau merupakan tenaga pengajar di Azhar. Kitab yang diajarkan ialah ialah Kitab Feqah Al-Iqna'. Masing-masing tak faham apa yang disampaikan. Kalau boeh diumpamakan 100 % yang dapat hanya mungkin 10 % je kot. Maklumlah budak baru. Untuk cerita lebih lanjut saya ceritakan in my second blog.

Selepas selesai solat Asar, kami semua pun pulang ke ARMA. Tapi semasa menuggu bas, Ustaz Fauzi mengajak saya ke Hayyu Sabix kerana di sana ada Rumah Perlis. Lagipun pelajar di rumah perlis Ustaz Hadi Abu Hassan nak berjumpa. Setibanya kami di sana, Timb YDP Ustaz Rafiz menyambut dan kami dijamu makan nasi tomato special yang dimasak oleh pelajar di situ. Selesai solt maghrib dan Isya saya dan Ustaz Fauzi pergi ke Rumah Kedah baru pula yang terletak di kawasan bernama Akhir Syari' maknanya hujung jalan.

Rumah Kedah baru




Kebetulan malam tu peljar tajaaan Yayasan Kedah baru sampai. Di situ saya beramah mesra dengan Ustaz Fadhil mantan Timb YDP rumah Kedah dan sekarang menjadi penasihat kepada Rumah Kedah. Rumah Kedah yang baru ni besar dan mempunyai 11 tingkat, 3 tingkat untuk ikhwah iaitu pelajar lelaki dan selebihnya untuk pelajar akhawat atau pelajar perempuan.

Jadi Ustaz Fadhil ingin berjumpa dengan pelajar Matrik Azhar ini yang berasal dari Kedah untuk beramah mesra. Setibanya kami di ARMA, kami terus menuju ke keda makan yang disukai ole Ustaz Fauzi dan Ustaz Fadhil. Diorang gelar kedai ini sebagai Kedai Pak long, kedai ini terletak di pasar berdekatan dengan ARMA juga. Makanan yang dihidangkan seperti nasi dan daging ayam dan ada la roti dipanggil "Ish". Dah habis makan kami pulang ke ARMA je.