May 23, 2008

20. Murtad


Just want to revise what I had learn during the kuliah maghrib with Ustaz Zulkarnain Abidin ( pic above) one of the huffaz or al hafiz and now teaching in one of the school in Perlis. tajuk kuliah tak dapat nak dipastikan sebab sy pn dtg a little bit late. Semasa kuliah tu dia ada menyentuh beberapa perkara mengenai jenayah dan hukumannya dalam undang-undang Islam ataupun Hukum yang berpandukan Syara'. Antaranya jenayah Mencuri, Menghalang perjalanan orang lain serta kesalahan menyamun, dan Murtad. Apa yg sy tertarik ialah jenayah murtad. Jadi sy tulis slm bentuk point je la bg senang nk igt dn fhm

* Maksud Murtad

Bahasa : Berpatah balik (kurang difahami dn ustaz pn tidak menghuraikannya)
Istilah : Berpatah balik daripada Islam (di sini penulis kitab menggunakan lafaz daripada bukan lafaz kepada, jd nk kena faham betul nih)

Huraian : Fitrah beragama semua manusia ialah beragama Islam, jd takrif berbunyi "Berpatah balik daripada Islam" bermakna seseorang itu telah keluar dari fitrahnya yg asal iaitu menganut agama yang benar yakni Islam..(huraian dr penulis blog nih, tk dpt dipastikan kesahihannya)

* Hukumannya ialah bunuh tapi di sini ada perbezaan sedikit di kalangan ulama

- Syeikh Qardawi dan ulama yang lain menyatakan seseorang yang murtad hendaklah ditahan terlebih dahulu dan diberi penerangan mengenai Islam dengan lebih mendalam
- Imam Abu Hanifah menyatakan hukum bunuh bagi seseorang yang murtad adalah wajib dan menahannya dan diberi penerangan mengenai Islam dengan lebih mendalam adalah sunat

Huraian bg Imam Abu Hanifah : Bunuh pun boleh dan menahannya serta diberi penerangan tentang Islam terlebih dahulu pun boleh

Mungkin hukum agak kurang jelas. Harap dibuat semakan lain...

*Syarat2 plak (ada banyak tp yg ditulis sedikit saja)

- Berakal

Huraian : Sekiranya seseorang itu mabuk dan menyatakan sesuatu yang menghina Allah dan Rasul, hukum adalah berdosa tetapi tak diwajibkan bunuh seperti yang berlaku kepada Saidina Ali yang menjadi imam selepas minum arak semasa arak belum diharamakan dan beliau membaca surah Al Kafirun yang menyebabkan makna surah telah berubah...

-Jika dilihat dari sudut masalah talak, seseorang yang melafazakan talak dalam keadaan mabuk dikira jatuh talaknya mabuk.

-Di sini terdapat sedikit khilaf kerana sebahagian ulama menyatakan talak tidak jatuh kerana dia tidak berakal. Tetapi sebahagian menyatakan jatuh talak biarpun mabuk kerana talak itu menjadi balasan kepada individu yang tadi kerana dia mabuk..( harap difahami kerana bahasa agak berbelit)

- Sukarela

Huraian : Seperti yang berlaku kepada Ammar bin Yasir yang telah dipaksa murtad sekiranya tidak mahu dibunuh seperti ayahnya Yasir dan ibunya Sumayyah. Rasullullah telah bertanya kepadanya adakah masih ada iman dalam hatinya ketika dia mengucapkan kalimah kufur itu tadi dan dia berkata masih ada iman dalam hatinya tetapi cuma dia tidak tahan dengan siksaan yang dikenakan kepadanya.

* Apa yang menarik perhatian di sini ialah apabila Ustaz menyebut mengenai Fatimah Tan yang membuat tuntutan ingin keluar dari Islam atas sebab tidak mengamalkan ajaran itu sejak dari kecil dan tuntutannya berjaya.

* Tapi di sini semasa perbicaraan peguam yang mewakili pihak Islam iaitu Hanifa Maidin menyatakan keluar daripada Islam adalah jenayah.

*Jadi sekiranya Fatimah Tan menyatakan dia ingin keluar dari Islam seolah-olah dia ingin melakukan jenayah. Jika dia ingin melakukan jenayah Hakim tidak boleh membenarkannya dan sepatutnya hakim perlu berkata " Saya tidak ada kuasa dalam menentukan hukuman dalam hal ini"

* Tetapi tuntutan itu telah berjaya dan jika dilihat sekiranya hakim berkata seperti yang ditulis di atas pasti kes ni masih tergantung dan tiada penyelesaian.

* Jadi nak tulis di sini hukuman yang telah Allah tentukan adalah yang terbaik dan tiada yang lebih baik daripadanya. Tetapi ada segelintir yang masih menyatakan hukum Allah ni masih tidak sesuai diamalkan dalam masyarakat sekarang..

Sekiranya ada yang silap harap dimaafkan dan dibetulkan

-Ballighu anni walau ayat- -Sampaikan dariku walau satu ayat-

2 comments:

azalakapoor said...

wow.. informatif betul post ni. hehe, mcm bc mjlh I pun ade gak..

AiMaN KiSaH said...

huhu
trimas