May 18, 2008

16. ~GiLa, GaDuH, OtAk~


sedapnya tido


Alkisah, di sebuah kampung yang terletak jauh di pedalaman ada tiga saudara yang tinggal di sebuah pondok usang di hujung kampung. Mak dan ayah mereka telah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji dan tinggallah mereka bertiga. Nama tiga saudara nih ialah GILA yang sulung, GADUH yang kedua dan OTAK yang bongsu. (apa la pelik sgt nama nih??, ntah la mak bapak doirang letak nma nih)

Pada suatu hari nak dijadikan cerita, Gaduh anak yang bongsu telah hilang dari rumah selepas keluar bermain bersama rakannya di taman permainan. Jadi apabila dia tidak pulang ke rumah, abangnya Otak pun memberitahu abang yang sulung Gila selaku ketua keluarga menggantikan ayah mereka yang pergi menunaikan umrah. Gila pun berasa cemas dan gelisah kerana adik mereka itu seorang yang hyper active (aktif sgt la tuh). Mereka berdua segera mencari Gaduh di serata kampung. Malangnya tak dapat dijumpai.

Akhirnya Otak mencadangkan kepada Gila supaya membuat laporan polis bagi mencari adik mereka yang hilang itu. Gaduh pun bersetuju dengan cadangan itu dan mereka berdua pun pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Setiba di balai polis, Gila pun masuk ke dalam balai polis dan Otak menunggu di luar kerana dia merupakan seorang yang pemalu,,haha,, Jadi apabila sampai di kaunter nak membuat laporan, polis pun bertanya kepada Gaduh dan terjadi perbualan sesama mereka :

"Boleh saya bantu encik?" Gila pn jawab

"Saya nak cari Gaduh" polis tu pun pelik melihat Gila dan dahinya berkerut mcm nenek tua..polis tu menyambung perbualan mereka

"Encik ni Gila ke? Gila pun menjawab dengan slumber,,

"Ya saya Gila" Polis tu tanya lagi dengan hati yang marah

"Encik ada Otak?" Gila pun menjawab dengan nada slumbernya

"Ada sedang tunggu di luar" Polis tu pun berkata

"Aduh,, boleh sakit mental aku kalau macam nih"

Akhirnya polis tadi terpaksa dikejarkan ke Hospital TR ( tanjong rambutan le tuh)....Gila oun berkata,,"pelik sangat ke nama aku nih?"

Moralnya : Apabila kita sudah menjadi ibu bapa berilah nama yang baik kepada anak2 kerana nama merupakan suatu doa kepada mereka. Lagi satu apabila nama kita nih pelik kan dah menyusahkan orang, tengok pegawai polis tuh, dah kena hantar hospital tanjng rambutan sebab nama yang unik dan pelik,,,huhu

No comments: