July 30, 2008

35. Diet cara Rasulullah

Sempena peristiwa Isra' dan Mikraj ini elok sekiranya kita mengingati kembali peristiwa yang berlaku kepada junjangan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W yang mana dalam peristiwa ini baginda telah diisar'kan yakni baginda telah diperjalankan pada waktu malam dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa di bumi Palestin yang mana sekarang masih lagi dikuasai oleh puak kafirin iaitu Yahudi laknatullah. Manakala peristiwa Mikraj pula ialah Nabi S.A.W telah dinaikkan oleh Allah ke atas langit dari selapis ke selapis hinggalah sampai ke Sidratul Muntaha.

Daripada peristiwa ini juga ibadah solat telah difardhukan kepada baginda yang mana pada mulanya telah difardhukan sebanyak 55 rakaat tapi atas dasar belas kasihan nabi kepada umatnya, baginda telah naik bertemu Allah beberapa kali bagi minta agar dikurangkan rakaat, tapi malangnya masih ada segelintir di kalangan umatnya sendiri yang masih mengabaikan ibadah solat ini yang merupakan soalan pertama yang akan ditanya oleh Allah pada hari akhirat kelak. Lebih teruk lagi ada yang tidak menunaikan ibadah solat langsung. Nauzubillah min zalik.

Setelah menerima fardhu solat baginda kemudiannya kembali semula ke Mekah dalam masa hanya satu malam. Inilah yang merupakan kekuasaan Allah yang ingin ditunjukkan kepada nabi Muhammad di mana Allah mampu untuk melakukan segalanya biarpun pada fikiran manusia yang cetek ini mustahil untuk berlaku.

Jadi di sini mari kita hayati sunnah nabi kita yang mana kemungkinan besar daripada kita masih tidak mengetahui akan perkara ini iaitu diet cara Rasulullah yang mana barangsiapa yang mengamalkannya InsyaAllah mendapat keberkatan daripada Allah dan dijauhi daripada penyakit...Aminn

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan BUAH + SUSU misalnya seperti KOKTEL

Jangan makan BUAH SELEPAS MAKAN NASI SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM MAKAN NASI

TIDUR SATU JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YANG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA

MINUM SEGELAS AIR SEJUK (BUKAN AIS) SETIAP PAGI

MAKAN DENGAN TANGAN DAN JILAT JARI SELEPAS MAKAN KERANA TERKANDUNG DI CELAH2 JARI TADI ENZIM2 YANG 10 KALI GANDA TERDAPAT DALAM AIR LIUR

Mungkin agak pelik jika dibaca tapi marilah bersama-sama kita mengamalkannya...

July 21, 2008

34. Wear your seatbelt



Moral yang boleh didapati dari klip video ni :

1. Hantu pun tau ajar anak dia suruh pakai tali pinggang..haha
2. Jangan letak kotak tisu di belakang, susah nak ambik kalau nak guna
3. Jangan lalu kawasan gelap seorang diri, nanti ada teman lain yang mengikuti
4. Gunalah tali pinggang keledar walau duduk belakang
5. Periksa dahulu sebelum menerima sesuatu dari orang yang tak dikenali

dan banyak lagi...pikir-pikirkanlah..haha..just for joking

ni iklan tebaru proton...

July 19, 2008

33. Tujuh Golongan yang mendapat naungan Arasy Allah pada hari akhirat

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim


1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib

lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

32. Ziarah bebudak Matrik Changlon


Semalam 18 Julai, lepas Jumaat tak tau apa nak buat baik pergi melawat member dekat Matrik Changlon. Dah lama tak melawat diorang dan diorang pun selalu call tanya bila nak mai. " ok..ok nnt ak pergi" he3. Kadang-kadang kalau nak pergi jumpa diorang ada yang balik rumah. Tak best la kalau tak jumpa semua orang. Memandangkan keta pun tak dak orang guna, baik ak drive dulu.

Sempat gak sembang-sembang dengan diorang walaupun sibuk dengan study sebab minggu depan ada exam untuk 10 % kepada exam sebenar. Diorang pun ada yang tanya lepas Mtrik nak sambung belaja mana, ak cakap je la klu korang perform dapat smbg blaja tpt hebat punya Apa pun gud luck la korang.

July 18, 2008

31. 5 Ibn Kathir (512)


Bebudak kelas agama vokasional 5 Ibn Kathir a.k.a 512 suma dah sambung belajar memandangkan sekarang pun dah bulan Julai, hampir semua pelajar lepasan SPM 07 dah kembali ke alam pembelajaran. Sebagai ketua kelas yang mengambil berat tentang hal anak buah ( poyo la plak) kena la ambil tahu mana diorang belajar tapi mana diorang sambung belajar hah?? Based on maklumat daripada pen ketua kelas dapatlah maklumat tentang hal diorang sekarang. Ntah2 ada yang dh kahwin..tak..tak..awal lagi..belaja dulu..hehe

Kita start dengan bebudak lelaki dulu sebab kita orang tak ramai pun lima orang je pun..

AMIRUL ASYRAF a.k.a MONG (nama panggilan je)
INTEC ( persediaan selama 18 bulan)
ACCOUNTING

MOHAMMAD SYUKRI BIN HASSAN
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Military Resource Management and Studies


MOHD SYAZWAN BIN MOHAMAD
STAM ( stayer)
KISAS

NAZMI ASYRAF BIN NADZIM
UNIVERSITI DARUL IMAN ( UDM)
SYARIAH

sekarang bebudak pompuan plak..diorang nih ramai 10 orang,nih yg malas nk tulis nih..ha2

SITI HASANAH RASIDI
TAYLOR COLLEGE
ACCOUNTING

SHARIFAH NUR AISHAH TUAN SEMBAK
INTEC ( persediaan selama 18 bulan)
ACCOUNTING

HAZIMAH ABDUL RAHIM
UNIVERSITI DARUL IMAN ( UDM)
PENDIDIKAN AL QURAN SUNNAH DAN PENGAJIAN ISLAM

NURUL ASYIKIN ZAINI
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ( USIM)
PERAKAUNAN

Asasi UIA di NILAI, Negeri Sembilan ( jado org nogori la plak korang)

1. SITI NAZILA ZAINUDDIN= BAHASA ARAB
2. SITI NURYANA AHMAD LATIF = LAW
3. NUR FARHANA ABU BAKAR = ECONS
4. NURUL IFTIDAR NOHAMAD AMRAN = ECONS

Yang menyambung pengajian ke matrik

1. MARIYAMAH SAINUDIN
MATRIK CHANGLON
PERAKAUNAN

2. NOR ASYIKIN MOHD SHAMSUDIN
MATRIK KUALA NERANG
PERAKAUNAN

pesanan buat korang,belajar betul2 biar jadi insan cemerlang, harumkan nama kelas 512 ( poyo la plak), ingat ustazah kelas kita Ustazah Norliah Selamat dan semua guru2 yang banyak memberi dorongan dekat kita dulu..

p/s : si penulis blog ni skrg,,stam di iptips,,hehe

July 17, 2008

30. An interview at AmanahRaya





Semalam 16 Julai tarikh temuduga sy bagi biasiswa Amanaharaya di pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Temuduga yang sepatutnya bermula pukul 10.30 pagi tiba-tiba jadi pukul 12.00 tgh. Rupa-rupanya nama dipanggil mengikut senarai yang disediakan dan nama sy merupakan second last. Ish..lama tunggu..mungkin ada hikmah kot..Ingatkan boleh jumpa dengan pelajar KISAS tapi yang tak bestnya diorang temuduga pada 15 Julai. Tak pe la. Calon yang ditemuduga dengan sy hampir 8 orang je. Ingatkan macam temuduga JPA. Yang menjadi kejutan orang terakhir yang ditemuduga pun pelajar muslimat KISAS gak kelas 505. Kalau tak silap nama dia Siti Munawwarah. Dia sepatutnya temuduga awal tapi jalan sesak jadi dia sampai lambat sikit ke pejabat amanahraya di jalan ampang tu.

Pengalaman mula rasa cuak sebab kalau temuduga JPA masuk ramai sampai 6 orang tapi yang ni temuduga individu. HAHA..rilek je la..Ingatkan nak tanya soalan susah rupa-rupanya lebih kepada perbualan dan perbincangan. Mungkin lebih kepada nak tengok personaliti dan cara kita berkomunikasi je. Buat je la habis baik yang lain serah dekat Allah. Tunggu je keputusan sekarang ni...Heheh...

Ni gambar yang dimabil sebelum nak balik masa malam tu..Menara KL ni cantik pemandangan kalau dilihat waktu malam..

p/s : gambar atas tu nampak je happy tapi cuak gak tu,,haha

29. Sayonara


Khairul Fahmi a.k.a Jeng yang dahulunya pernah belajar di UNIMAP telah selamat melanjutkan pengajiannya dalam bidang perguruan sebab baru mendapat tawaran dari Maktab Tengku Bainun dekat Penang. Baru datang seminggu je dekat UNIMAP dah dapat tawaran jadi cikgu. Kursus yang ditawarkan ialah major dalam bidang Matematik dan minor dalam dalam subjek Bahasa Malaysia. Pendaftaran Maktab hari Isnin 14 hb yang lepas.

Komen Jeng selama seminggu belajar di UNIMAP

"Belajar dekat sini best tapi cuma letih naik bas" Mau taknya unimap ni tempat belajar merata tempat sebab kolej yang sebenar dalam pembinaan..

p/s : lepas ni jadi cikgu la plak,,tak jadi engineer la..