Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

September 20, 2009

103. Aktiviti dan program sepanjang perayaan Aidilfitri

Pertama kali beraya Aidilfitri di bumi Mesir ini penuh dengan aktiviti dan kenangan. Jadi semuanya disematkan dalam bentuk gambar agar apabila dilihat dan dibaca nanti teringat kembali bagaimana rasanya beraya jauh dari keluarga tercinta di Malaysia.

Sehari sebelum hari raya

Kami pelajar di Rumah Amanah Raya bersepakat mengadakan satu majlis kenduri sesama kami sebagai meraikan perayaan pertama di Mesir ini. Semuanya masing-masing merasakan kali pertama beraya dari keluarga dan mungkin perasaan sedih dan teringat akan famili masih ada Jadi sebagai menghilangkan semua perasaan itu, diadakan majlis makan bertempat di bumbung atas rumah kami.

Gaul kentang nak buat bergedil makan dengan soto

Daging untuk dibuat rendang yang dimasak oleh pegawai kami.... :-)


Petang sebelum raya

Aktivit memasak dimulakan. Pembahagian menu yang dimasak oleh pelajar lelaki dan perempuan dibuat. Jadi pakat-pakat masak



Malam raya

Takbir diadakan sejurus selepas isya selepas diumumkan keesokan harinya hari raya. Majlis berlansung di bumbung di rumah kami.


Laungan Takbir

Pelajar Perempuan


Akhir majlis bertukar menjadi tukang basuh pinggan



Pagi raya

Semuanya keluar bagi menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid berdekatan rumah. Solat bermula jam 6 pagi dengan takbir berkumandang tidak sesayu seperti di Malaysia. Manakala pelajar Melayu solat agak lewat pada jam 7.45 pagi. Seterusnya kami semua baik lelaki dan perempuan menuju ke Dewan Malaysia Abbasiyah bagi menikmati hidangan dan jamuan yang dianjurkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Suasana seakan-akan berada di Malaysia memandangkan bilangan pelajar Malaysia di sini begitu ramai. Takbir dan tahmid bunyinya juga memang macam di Malaysia. Betul kata orang raya di sini meriah..

Masing-masing baru balik masjid

Masing-masing dengan jubah baru

Bersama pak guard rumah


Bersama rendang yang sedap

Salam perantauan dari kami buat semua di Malaysia dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir batin

Depan Rumah Amanah Malaysia


Tukar uniform melayu pula

Bersama abang Rusman senegeri



Kelihatan suasana perayaan di Mesir tidak semeriah seperti Malaysia di kalangan rakyatnya sendiri. Antara adat seperti menziarahi keluarga serta memakai pakaian baru kurang kelihatan di kalangan rakyat Mesir. Mungkin juga di tempat atau kawasan lain berlaku perkara ini. Jadi inilah namanya pengalaman. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi yang penting sambutan di Malaysia lagi besstttt...

Di Dewan Malaysia Abbasiyah



Rakyat Malaysia beraya


Pelajar Kuliah Ulum Islami

Bersama Ridhwan member satu negeri

Menikmati satay

Selepas ini terus dengan program rumah terbuka yang diadakan oleh pelajar anak-anak negeri masing. Antaranya pada hari raya pertama di Rumah Kelantan seterusnya raya kedua di Rumah Kedah dan raya ketiga di Rumah Perlis dan seterusnya. Tak payah nasi dah minggu ni. Pada raya keempat insyaAllah kami akan menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru tajaan Amanah Raya Berhad seramai 28 orang. Jadi Ahlan wa Sahlan...

May 17, 2009

93. Visiting our friend

اSalah seorang pelajar kelas ج namanya Hanif dari Johor kurang sihat dan tak dapat menghadiri kuliah. Jadi sebagai tanda simpati, rakan sekelas ambil kesempatan bertanya khabar. Kebetulan Hanif tinggal di rumah Johor yang jaraknya tak jauh dari rumah kami. Harap Hanif cepat sembuh dan dapat menghadapi peperiksaan yang bakal tiba akhir bulan Mei ini.
شفاه اللله

Hanif antara Rahman Dan Jaid

Bagusnya Luqman buat air

May 3, 2009

90. Opening of our new house

Minggu lepas telah berlansung majlis perasmian rumah baru bagi pelajar tajaan Amanah Raya Berhad. Rumah baru kami yang bertempat di Hayyu Sabi kini diduduki sebanyak 24 orang pelajar buat masa sekarang yang kesemuanya di bawah tajaan ARB. InysaAllah pada bulan akan tiba pula generasi kedua yang akan mengikuti prgram Matrikulasi Al Azhar yang telah diberi nama oleh doktor yang mengajar kami sekarang dengan nama كلية العلوم الإسلامية الأزهرية للوافدين .Kuliah ini diberi nama dengan nama sademikian kerana buat masa sekarang pelajar yang mengikuti program ini hanyalah dari Malaysia.

Majlis pada malam itu disertai oleh hampir keseluruhan pelajar-pelajar Pra Al Azhar yang terdiri dari Pelajar-pelajar Sabah bawah tajaan Yayasan Sabah, pelajar Johor di bawah Zakat Johor dan pelajar-pelajar di bawah kendalian Akademi Al Quran. Pada malam itu juga Dato Duta sudi meluangkan masa bersama kami dan juga Kontraktor yang bertanggungjawab menguruskan rumah ini. Wakil ARB dari Malaysia yang datang ialah Puan Azliah Suhod bersamanya dua orang wartawan TV3 yang membuat liputan bagi program ini untuk ditayangkan dalaml program MHI.

Dato duta dan para tetamu


Para pelajar yang hadir

Tetamu menjamu selera

Petang menjelang majlis berlansung

Puan Azliah bersama pelajar perempuan

Sehari sebelum majlis berlansung, Puan Azliah serta dua orang wartawan TV3 telah pergi ke Universiti Al Azhar bagi menemuramah doktor yang mengajar kami bagi mendapatkan maklumat tentang program yang kami lalui sekarang.


Wartawan menyusun kerusi untuk menemuramah

Dr Amin Al Khudori bersama Dr Abdul Hadi sedang menerangkan sesuatu kepada Puan Azliah

89. Lagu Kalimatan dan penghargaan

Posting kali ini suka untuk saya merakamkan penghargaan kepada Ustaz Fauzi selaku tutor dalam membantu saya mencantikan lagi blog ini. Pertamanya antara sumbangan beliau ialah lagu nasyid yang pengunjung blog ini akan mula-mula dengar apabila menziarahi blog saya ini. Lagu ini memang diminati oleh ramai pengunjung dan selalunya mereka akan meminta saya membertahu sumber lagu ini dan bagaimana hendak meletakkan lagu ini dalam blog mereka. Antara komen yang saya dapat dalam chatbox saya :

raihaana: salam, lagu arab ni tajuk apa eh? nk download..mcm sedap+meaningful =), syukran

azim: aiman mcm mana nak buh lagu dlm blog arr tlg

hasan: salam, nak tanya lagi la pada sifu, macamana nak letak lagu ke nasyid ke pada blog, macam anta buat????

Thoyba Mursyidah: Salam ziarah sdr. ana memang teramat suka dengan lagu di blog sdr ni. boleh tau sourcenya?

Jadi bagi memudahkan mereka yang masih lagi tidak mengetahui sumber lagu ini, lagu ini bertajuk Kalimatan oleh Talib Al Habib. Bagi memudahkan mencari lagu ini taip saja di youtube tajuk lagu ini dan insyaAllah akan ada video berserta terjemahan lagu ini. Saya juga ada menulis lagu ini dalam Bahasa Arab di sebelah kanan atas sekali pada blog saya. Lagu ini merupakan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang telah dijadikan nasyid agar mudah untuk pendengar semua mudah menghafalnya. Di sini saya letakkan video dari youtube



Nasyid yang didengari oleh pengunjung semua berbentuk flash dan saya ambil urlnya dari Ustaz Fauzi yang sudi memberinya kepada saya tanpa sebarang bayaran. :-)

Selain itu juga saya rakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Fauzi yang telah sudi melapangkan masanya bagi menyiapkan apa yang saya panggil sebagai blog adress.



.::سيروا على بركة الله::.







Kesudian beliau membuat satu blog adress untuk saya amatlah saya hargai. Syukran Ustaz Fauzi. Saya harap Ustaz Fauzi berjaya dalam bidang yang diceburinya bagi menyambung pelajaran dalam bidang Master.

.::putaran kehidupan::.

Gambar bersama Ustaz Fauzi semasa di Mesir

December 12, 2008

79. Hebahan

Salam kepada semua

Pada 18 Disember 2008, bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah akan diadakan satu Majlis Himpunan Bekas Pelajar ataupun Reunion untuk para pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah yang berada di seluruh Mesir. Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhwah yang telah lama dibina sejak di berada di Bumi Waqafan dulu dan bagi saling mengenali antara satu sama lain yang mungkin ada yang telah lama berada di Bumi Mesir ini tapi tidak mengenali antara satu sama lain.

Semua bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah yang berada di Bumi Mesir ini amatlah dialu-alukan untuk hadir ke majlis ini sama ada yang berada di Kaherah khususnya dan yang berada di cawangan amnya. Kedatangan sahabat sekalian amatlah diharapkan. Perjumpaan ini bukanlah bagi menunjukkan kita taksub dengan sekolah kita, tapi tujuannya yang penting adalah bagi menghayati semula lima keunikan yang kita belajar semasa berada di Kolej dulu iaitu Ukhwah. Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir bagi memeriahkan majlis.

Bagi pelajar yang akan hadir diminta boleh mengesahkan kehadiran dengan menghubungi saya sendiri atau Saudara Fahrul Razi Razak secepat mungkin bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Bawa bersama LE 5 sebagai bayaran makan semasa majlis ini.

Sekian,,wassalam,,segala perkembangan terbaru mengenai majlis akan saya muatkan kemudian.

December 11, 2008

78. Aidil Adha di perantauan

Sehari sebelum raya, kami berkesempatan untuk pergi ke Sayedah Zainab, tempat pelajar perubatan tajaan JPA untuk berbuka puasa di sana. Alhamdulillah mereka dpat menyediakan juadah untuk kami biarpun dalam keadaaan cepat dan segera dan kami datang tanpa memberitahu mereka. Banyak2 terima kasih kepada sesiapa yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk kami terutamanya yang nasi ayam yang sedap. Boleh buka kedai lepas ni :-)




Ini merupakan Aidil Adha saya yang pertama di bumi Mesir dan jauh dari keluarga. Alhamdulillah suasana di Malaysia masih terasa disebabkan mungkin bilangan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir ramai. Makanan terasa Malasyia, takbir berbunyi Malaysia dan pakaian pun masih Baju Melayu. Padi pagi raya semua penghuni di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) telah disediakan bas untuk solat raya di Asyir, memandangkan pihak kedutaan dan persatuan perubatan menjalankan ibadah korban di sana sejurus habis solat sunat hari raya. Solat telah diimamkan oleh pegawai dari Jabatan Pelajaran Malaysia Kaherah (JPMK) dan khutbah telah disampaikan oleh TYT Duta, Datuk Zainal Abidin. Banyak binatang ternakan yang telah dikorbankan pada pagi tersebut. Ibadah korban bermula jam 9 pagi dan diakhiri denagn jamuan makan daging korban tersebut pada jam 1 tengah hari. Juadah telah disediakan oleh rumah negeri dari Selangor, Kedah dan Pahang. Semua rumah negeri saling bergotong-royong dalam menyediakan juadah dan melaksanakan ibadah korban.















Unta yang dikorbankan













Nasi impit di Mesir


Pada hari raya ketiga, Rumah Perlis telah mengdakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidiladha. Satu-satunya rumah yang buat open house pada raya ketiga.

Bergambar depan rumah Perlis

December 7, 2008

76.Khabar yang banyak

Musim sejuk sudah lama tiba di Mesir. Jadi sebagai persediaan kami pun bercadanag membeli selimut tebal atau nama lainnya Lihaf/Saratoga. Selimut ini memang akan dibeli oleh hampir semua pelajar memandangkan musim sejuk maksimum akan menjelang bulan satu nanti. Biat masa sekarang sejuknya boleh tahan lagi la. Mujurlah semasa membeli selimut tersebut, ada rakan arab seorang yang menjadi penawar harga kepada kami, namanya Toha. Akhirnya dapatlah kami beli dengan harga LE 130 yang sepatutnya LE 180 selepas tawar-menawar.















Semasa penyerahan selimut dan selimutku.. :-)

Sebelum datang Mesir dulu, dikhabarkan bahawa Hari Raya Aidil Adha lebih meriah daripada Hari Raya Aidil Fitri. Rasanya betul apa yang dikhabarkan. Pernah atau tak terbayang profession "Pak guard kambing"??Sebenarnya bukan profession pun cumanya itulah hakikat Mesir. Menjelang Aidil Adha, penuhlah di tepi-tepi jalan kambing, lembu, biri-biri berbanding dari hari-hari biasa. Pada malamnya pula akan adalah pak arab yang tidur bersama-sama kambing sebagai Jaga takut-takut hilang pula nanti. Yang peliknya orang arab boleh tahan bau kambing yang tak pernah mandi tu. Mungkin dah setiap hari macam itu agaknya.















Lembu dan kambing lori dan kambing yang akan disembelih


Yang berbungkus itu sebenarnya daging yang masih baru lagi

Saya lihat pemandangan ini sepanjang menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir. Bukannya nak pulang ke Malaysia cumanya nak menghantar ustaz yang nak pulang ke Malaysia, Ustaz Zulkhairi dari Kedah. Beliau pernah mengajar Nahu (tatabahasa Arab) kepada kami sebentar sebelum pulang, tapi tidak sempat nak habiskan sebab ustaz sibuk mengajar di tempat lain. Tempatnya telah pun diganti oleh Ustaz Fauzi. Apa pun terima kasih kepada Ustaz Zulkhairi, semoga berjaya dalam profession yang diceburi.
















Airport Mesir dan bergambar kenangan dengan Ustaz Zulkhairi sebelum pulang






gambar tentang bilik saya di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah











Bilik bujang je