Showing posts with label kisas. Show all posts
Showing posts with label kisas. Show all posts

December 1, 2009

106. Eid Adha fi Misr

Setelah sekian lama tak menulis dalam blog,rasa agak sedikit idea nak tulis. Jadi posting kali ini mengenai sambutan Aidiladha buat kali kedua di Mesir. Kadang-kadang terfikir cepat masa berlalu, tapi sesuatu perkara bila dah berlalu memang rasa cepat. Suasana raya di sini meriah. Boleh dilihat sepanjang jalan kambing dan lembu dijual bagi sesiapa yang nak mengerjakan ibadah korban.

Alhamdulillah tahun ini seramai 4 orang pelajar tajaan ARB mengerjakan ibadah korban di rumah ini dan ditambah dengan 2 orang daripada senior yang turut mengerjakan ibadah korban. Masing-masing meyembelih seekor kambing dan kami berjaya mengadakan majlis kenduri di rumah ini. Sebahagian hasil sembelihan disumbangkan kepada masjid berdekatan dan selebihnya dibuat kari pada hari kenduri tersebut.

Menjelang Aidiladha

Misi membeli kambing yang nak disembelih dijalankan. Selepas beberapa survey dijalankan di sepanjang jalan bertanyakan harga yang sesuai bagi seekor 'ma'iz' atau kambing kacang yang sesuai dengan saiz dan harganya. Akhirnya dapat berjumpa dan kami membeli kambing tersebut dengan harga yang setimpal dengan saiz kambing.

Kenangan dengan kambing korban



Pagi raya

Menu pagi raya nasi goreng special. Masing-masing mengisi perut selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid Salam berdekatan rumah kami sebelum menuju ke Hayyu Asyir bagi memeriahkan majlis korban di sana pada hari raya pertama. Beraya dengan orang yang banyak tolong masa mula-mula sampai dulu Ustaz Firdaus a.k.a tokwan. Dapat merasa laksa special macam masakan jepun..

Suasana pagi raya menanti "nasi goreng special"


Unta yang jinak

Di dataran Asyir

Bergambar dengan abang firdaus a.k.a tokwan
Raya Kedua

Majlis rumah terbuka pun banyak pada hari ini. rombongan ke rumah anak negeri seperti Kedah dan Kelantan diadakan. Selain dapat makan-makan ukhwah juga dapat dieeratkan sesama pelajar di Mesir ini.

Bergambar bersama Pegawai Kedah Sheikh Yusuf a.k.a Abah

Depan Rumah Kelantan dengan pelajar perubatan dan
Ustaz Hafizi a.ka Ustaz Ji

Raya ketiga

Hari yang dinanti telah tiba. Majlis bermula seawal selepas subuh dengan takbir. Sembelihan yang pertama dilakukan oleh pak arab memandangkan kami semua orang baru. Sembelihan seterusnya dilakukan sendiri oleh orang yang membuat korban tersebut. Malam sebelumnya semua pakat potong daging lembu korban yang baru disembelih. Selain kambing ada dari pihak akhawat yang telah menyumbangkan wang untuk satu bahagian lembu untuk dibuat korban. Jadi menu kami bukan setakat kambing, ada juga daging rebus cicah air asam.

Jom potong daging

Sementara menunggu proses penyembelihan bergambar dengan Abg Juzaili

Ramai pakat kalut melapah

Faiz ketua perah santan

Pakat dok tengok kambing kena sembelih


Kambing dipam bagi mudah nak lapah kulit

Kerja melapah bermula

rajin bekerja

Kenangan batch 52 depan rumah Amanah

Depan rumah Perlis

Raya keempat

Majlis kenduri di rumah lepasan pelajar KISAS. Tapi sebenarnya kenduri ini dibuka kepada semua cumanya tuan rumah dan ahli rumah ini semuanya lepasan KISAS. Majlis dihadiri oleh super senior Abang Juzaili dan Abang Nazrul yang masing-masing sedang menyambung Master dan tahun tiga di Universiti Azhar.

Himpunan senior dan junior

December 24, 2008

81. Reunion pelajar KISAS

Pada tarikh 18 Disember 2008, Majlis Ramah Mesra bersama wakil ALKIS dari Malaysia telah selesai berlangsung. Ramai pelajar-pelajar KISAS yang berada di seluruh Mesir turun padang datang ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah, tetapi pelajar di Mansoura tiba lewat kerana berlaku sedikit masalah yang tidak dijangka. Apa pun majlis itu berlangsung dengan meriah sekali.



Urusetia di kaunter pendaftaran



Himpunan semua pelajar lelaki







Bergambar dengan kawan-kawan


Semalam bertarikh 23 disember 2008, seorang bekas guru Fizik dari KISAS sempat menghabis masa di DMAK sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia. Beliau datang ke Mesir untuk kerana makan angin. Jadi alang-alang dah sampai, beberapa pelajar KISAS menjemput Mr Ch'ng untuk memberi sedikit nasihat kepada pelajar-pelajar di sini.

Pelajar perubatan dan pengajain Islam yang menyambut Mr Ch'ng

December 14, 2008

80. Sekolahku bertukar wajah



















Tiada apa yang nak ditulis, cumanya terkejut denagn pembaharauan yang berlaku selepas KISAS bergelar Sekolah Kluster. Apa pun tngok blog ni untuk maklumat lanjut...

December 12, 2008

79. Hebahan

Salam kepada semua

Pada 18 Disember 2008, bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah akan diadakan satu Majlis Himpunan Bekas Pelajar ataupun Reunion untuk para pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah yang berada di seluruh Mesir. Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhwah yang telah lama dibina sejak di berada di Bumi Waqafan dulu dan bagi saling mengenali antara satu sama lain yang mungkin ada yang telah lama berada di Bumi Mesir ini tapi tidak mengenali antara satu sama lain.

Semua bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah yang berada di Bumi Mesir ini amatlah dialu-alukan untuk hadir ke majlis ini sama ada yang berada di Kaherah khususnya dan yang berada di cawangan amnya. Kedatangan sahabat sekalian amatlah diharapkan. Perjumpaan ini bukanlah bagi menunjukkan kita taksub dengan sekolah kita, tapi tujuannya yang penting adalah bagi menghayati semula lima keunikan yang kita belajar semasa berada di Kolej dulu iaitu Ukhwah. Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir bagi memeriahkan majlis.

Bagi pelajar yang akan hadir diminta boleh mengesahkan kehadiran dengan menghubungi saya sendiri atau Saudara Fahrul Razi Razak secepat mungkin bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Bawa bersama LE 5 sebagai bayaran makan semasa majlis ini.

Sekian,,wassalam,,segala perkembangan terbaru mengenai majlis akan saya muatkan kemudian.

November 21, 2008

73. Long journey

Setelah sekian lama blog ni tidak diusik, akhirnya hari ini ada juga kesempatan untuk mengupdatenya. Orang Malaysia asyik tanya, "Aiman, bila nak update blog??" Maaf sebab kesuntukan masa. Posting kali ni menghimpunkan banyak pengalaman di Mesir ni. Pada 11 November yang lepas, seorang pelajar KISAS mengadakan reunion. Rumah dia dekat Hayyu Thamin. Jadi pelajar KISAS diajak ke rumahnya memandangkan dia pun baru sahaja menamatkan pengajian di Darul Ifta'. Gambar-gambar kenangan menghimpunkan pelajar KISAS yang ada di bumi Mesir ni dari tahun SPM 02-07. Sebenarnya banyak lagi pelajar KISAS di Mesir tapi kalau himpun semua tak muat la rumah ustaz tu.

SPM 07

SPM 06

SPM 05

SPM 04

SPM 03

SPM 02

Himpunan semua


1 November, Kelas pengajian pun bermula. Tempat pengajian kami di Universiti Azhar di Hayyu Sadis (Section 6). Kelas bermula jam 9 pagi sampai 1 tengah hari. Cuti yang diberikan satu hari sahaja iaitu Jumaat sebab di Mesir hari Jumaat memang semua pejabat atau sekolah cuti. Pelajar-pelajar semuanya pergi menaiki bas. Katanya akan disediakan bas tapi tak ddapat kabar apa lagi, jadi naik je bas awam yang ada.

Pada peringkat permulaan, kami diterapkan dengan asas Bahasa Arab. Pelajaran kami dibahagikan kepada empat kemahiran seperti mendengar, membaca, menulis dan memahami Bahas Arab. Setipa hari belajar dua subjek sahaja dan setiap subjek 2 jam. Pensyarah kebanyakan dari Kuliah Lughah dan terjemah dari Universiti Azhar. Subjek yang diajarkan seperti :

1. Istima' ( kemahiran mendengar)
2. Qiraah ( kemahiran membaca)
3. Kitabah ( kemahiran menulis)
4. Muhadasah ( kemahiran memahami)


Kami difahamkan kelas akan berjalan selama 10 bulan. Permulaan kami akan belajar asas-asas Bahasa Arab, seterusnya nahu dan sarf ( tatabahasa Bahasa Arab) dan akhirnya akan belajar asas-asas subjek pengajian Islam seperti Feqah dan banyak lagi. Kelas pengajian dan bermula selama tiga minggu, dan minggu lepas kami berpindah ke tempat baru di Kuliah Dirasat Islamiah ( Kuliah Pengajian Islam) . Kelas kami terbahagi kepada tiga kumpulan; 2 kumpulan lelaki dan 1 perempuan. Kelas kami memang tidak bercampur dengan pelajar Arab. Maklumat lanjut boleh didapati di blog ini.



kelas kami yang baru


Jadual pengajian akan saya tulis dalam blog kedua saya.