January 30, 2009

85. Khabar di sini

1) Pameran buku di Mesir telah pun bermula dan akan berakhir 2 Feb nanti. Pengunjung memang la ramai dari seluruh dunia. Ada juga orang Malaysia yang datang ke Mesir semata-mata untuk mengunjungi pameran buku kedua terbesar di dunia selepas Jerman. Terdapat 7 dewan yang masing-masing besarnya macam dewan sivik. Kalau sehari memang tidak cukup untuk melawat semua buku yang ada di situ. Harga buku ada yang murah, ada yang sama saja dan ada yang mahal dari sebelumnya. Pelajar-pelajar di sini selalunya akan menyimpan wang untuk borong di sini. Pameran berlangsung pada setiap awal tahun bulan Januari dan Februari


Pintu masuk ke tapak pameran yang sesak



Peniaga dari Turki

Depan tapak pameran milik kerajaan Arab Saudi

2) Mesir sekarang sedang menghampiri akhir musim sejuk dan berpindah ke musim luruh. Tapi sejuk masih lagi terasa cumanya berangin. Angin yang kuat berserta debu yang banyak. Itu yang tak tahan. Memang sakit mata la kadang-kadang.

Pemandangan kabus di luar asrama

3) Hari Selasa 20 Januari kalau tak silap, kami dikunjungi dari orang Malaysia Dr Fattah Syukri yang merupakan lepasan Kolej Islam dan Uni Azhar dalam bidang perubatan. Beliau datang kerana melawat isteri dan isterinya yang sedang sambung belajar di sini. Tujuannya beliau jumpa kami sekadar menceritakan pengalamannya selama berada di Mesir dulu.

Bergambar kenangan

4. Uni Azhar sekarang baru sahaja habis peperiksaan. Tapi sebelum itu, mesti la semua pelajar berada dalam mo exam. memang kalau pergi ke Masjid Azhar dapat rasai mod itu. Ramai sungguh pelajar yang ulangkaji peperiksaan tak kira dari Malaysia, Thailand, Indonesia, mesir sendiri dan banyak lagi.Seolah-olah pesta ulangkaji pula.


Sekarang Azhar bercuti bagi semester pertama selama 2 minggu dan semester baru akan bermula 15 Feb nanti. Selalunya kalau cuti orang akan jaulah je ke tempat-tempat menarik di Mesir tapi kami pra azhar peperiksaan bermula lepas cuti. Doa-doa la kami di sini :-)

January 13, 2009

84. Cairo Book Fair

http://www.cairoibf.org/


Cairo International Book Fair
When: 21 Jan - 2 Feb 2009 (annual)
Where: Cairo Fair Grounds

The Cairo International Book Fair at Cairo Fair Grounds is one of the leading cultural activities in the Middle East and, with over 3000 exhibitors and three million international visitors per year, the biggest in the world after Frankfurt.

The event was initially set up in 1969 with the purpose of narrowing the gap between Arabic and foreign language books - the latter outnumbering the former. Within the first few editions, it became a cultural landmark, attracting intellectuals, publishers, writers and book lovers from around the world. In addition to literature, science and intellectual book collections, there are arts events, seminars, music and discussions with world-famous guest speakers.

January 12, 2009

83. Sympathize with Gaza

Mari bersama kita doakan saudara kita di Palestin

Gambar pemain bola tersebut ialah pemain bola sepak Mesir, Mohd Abu Treka. Gambar diambil dari akhbar Berita Harian tahun 2008

January 9, 2009

82. Majlis makan malam

Pada hari Selasa 5 Januari 2009, telah diadakan majlis makan malam di dewan DMAK. Majlis dihadiri oleh Pengerusi ARB dan CEO ARB serta Puan Azliah. Majlis bermula jam 6 dan berakhir jam 11 malam. Semua pelajar pra Azhar dijemput dan tujuan asal ialah majlis menandatangani kontrak rumah. Rumah yang dimaksudkan ialah rumah yang telah dibeli oleh ARB untuk semua pelajar tajannya. Semua pelajar dijangka berpindah pada 15 April 09 ke rumah baru yang terletak di Hayyu Sabi' ataupun seksyen 7, berdekatan dengan rumah Wilayah dan rumah Kedah baru. Malam itu juga pelajar-pelajar telah dihadiahkan jaket yang telah dijanjikan dulu sempena musim sejuk oleh pihak ARB.Gambar-gambar majlis pada malam itu akan dumatkan kemudian, InsyaAllah :-)





Tuan rumah dan pihak ARB



Sahabatku yang hensem sangat malam ni

Semua pelajar lelaki Pra Azhar

Semua pelajar perempuan Pra Azhar

Selepas berakhir majlis tersebut, beberapa orang pelajar telah mengambil peluang untuk pergi ke Lapangan Terbang untuk menghntar seorang lagi ustaz berasal dari Kedah yang pulang ke Malaysia iaitu Ustaz Fauzi. Beliau graduan Azhar dalam bidang Lughah atau bahasa. Sebelum ini beliau pernah mengajar kami nahu dan sarf. Jadi sebagai tanda terima kasih, kami pun turut sama ke airport. Semoga Ustaz Fauzi berjaya dalam bidang yang diceburi. :-)

Bergambar dengan Ustaz Fauzi