Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

May 17, 2009

94. Just around the corner

Imtihan akhir or final examination is just around the corner. Jadual pun dah diketahui dan boleh dilihat in my second blog

Hope all students success during this examination.......... :-) Pray for our success

Selepas imtihan ini semua pelajar Matrikulasi Azhar yang telah diberi nama كلية العلوم الإسلامية الأزهرية للوافدين akan bercuti selama tiga minggu dan akan menghadapi kelas musim panas seperti mana yang dikhabarkan oleh para doktor yang mengajar kami.

January 12, 2009

83. Sympathize with Gaza

Mari bersama kita doakan saudara kita di Palestin

Gambar pemain bola tersebut ialah pemain bola sepak Mesir, Mohd Abu Treka. Gambar diambil dari akhbar Berita Harian tahun 2008

September 17, 2008

53 . Bless my journey


Alhamdulillah tarikh nak berangkat dah dapat. Lama dah sebenarnya tapi malas tulis awal-awal nnati dok ingat nak tinggalkan Malaysia ni cepat. Apapun nnati nak pergi jugak. Menuntut ilmu yang manfaat agar dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan menyampaikan kepada masyarakat di Tanah Air Tercinta ni. (fulamak jiwang la plak mamat ni). Dengar khabar pelajar-pelajar yang ditaja oleh Amanah Raya telah meningkat jadi 25 orang. Makin ramai ukhwah kami. Jadual penerbangan yang telah diberikan ialah

Tarikh penerbangan : 5 Okt0ber 2008 (Ahad)
Waktu : 3.35 pagi
Tempat : Of course KLIA
Penerbangan : QR 621 (Kelas Eko)
Jenis tiket : Sehala (igtkan pergi balik..haha)

Satu lagi tarnsit di Doha, Qatar. Ada chance nak jelajah negara orang. JAdi sebelum pergi baik tanya nasihat orang yang dah berada di sana. Semuanya kenal pun melalui blogger. Ada hikmahnya buat blog.


(pusat beli-belah di qatar airport)

Pesanan sahabat-sahabat blogger yang dah berada di sana .

Elamansyud / Ibn Zuhan :

*Salam ziarah balas tatapan* Secangkir pesanan buat bekalan* Kitab Al-Quran kalam hafazan* Kuasai bahasa kunci persediaan* Ahlan wa sahlan ila Ardhil Kinanah

Almansuqie :
ape2 pun ikhlaskn hati, btlkn niat...tu yg pling penting.... :welcom to ardil anbiya'

Syauqi Azhari :

salam. kata2 yg berbunyi "indah khabar dari rupa" mungkin ada benarnya. pesanan saya, apabila ustaz tiba di Mesir nanti, terimalah ia dgn seadanya. klu nak cari yg indah / menarik / moden / canggih / cun / mungkin kurang. tp itu tak penting krn tujuan utama adlh utk menuntut ilmu Allah di bumi para nabi ini sedalam yg mungkin. maka, klu nampak ada yg tak kena, tutup mata

Muthaqqaf Azhari :

persiapan fizikal tu xde mslh dr segi material... cuma dr segi rohani, dalaman kena niatkan menuntut ilmu krn Allah utk menegakkan Islam kelak...lg 1 study, study gak... berpersatuan xdilupakan utk melatih diri bersama masyarakat nti k... :)

Harap Allah memepermudahkan perjalananku sepanjang menenutut ilmu di sana. Ardhu Kinanah...

September 16, 2008

52. 16 September. Realiti atau Fantasi ?


Tarikh 16 September sudah heboh dibicarakan di merata-rata tempat, tak kira di warung-warung kopi, di pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah dan banyak lagi. Sebab apa tarikh ni begitu hangat dibincangkan? Adakah kerana 16 September adalah tarikh hari lahir artis terkenal seperti Mawi, tarikh ulangtahun perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K atau kerana ianya tarikh final konsert rancangan TV Akademi Fantasia? Yang pasti semuanya tidak berkaitan langsung dengan tarikh 16 September.

Tarikh 16 September begitu hangat dibincangkan kerana ia merupakan suatu tarikh yang menjadi buruan atau harapan suatu pihak dan menjadi mimpi ngeri bagi pihak yang lain. Mengapa tarikh ini begitu gah sekali sehinggakan boleh menggembirakan seseorang dan menakutkan seseorang? Tak lain tak bukan kerana tarikh keramat ini pernah dinyatakan oleh individu yang berprofil tinggi di negara ini yang sekarang merangkap Ketua pembangkang di Parlimen untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan yang sedia ada bagi digantikan dengan kepimpinan yang baru. Sudah tentu kepimpinan yang baru ini akan memacu negara kita Malaysia ke suatu era baru yang mana lebih telus dan bersih dari segi pemerintahannya.

Jadi kita tunggu dan lihat sahaja, samada perancangan dan percaturan politik yang dirancangkan akan mencapi target dan sasarannya. Just wait and pray....Aminnn

September 15, 2008

51. Ramadhan vs Raya





vs








Posting kali ni nak cerita tentang sambutan Ramadhan dan Raya. Mana yang lebih diutamakan oleh rakyat di negara kita ni secara umumnya. Kalau mengikut perkiraan, hari ni merupakan hari yang ke 15 umat Islam di Malaysia berpuasa. Jadi ada baki 15 hari lagi. Sekarang kita telah berada di pertengahan bulan yang mulia ini sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Kadang-kadang perasaan bercampur baur antara suka dan duka. Suka kerana hendak menyambut Hari Raya Aidilifitri dan duka kerana Ramadhan hendak meninggalkan kita. Entah sempat atau tidak untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.

Seperti mana hadis yang selalu kita dengar apabila masuk sahaja bulan Ramadhan..Mafhumnya

"Awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan akhirnya terselamat dari siksaan api neraka"

"1st 10 Rahmah (kasih sayang), 2nd 10 magfirah (kemapunan), 3rd 10 itqun min an-nar (Allah merdekakan dari neraka)

Jadi sekarang kita berada di fasa kedua ataupun fasa magfirah yakni keampunan daripada Allah s.w.t. Tapi sejauh manakah falsafah Ramadhan dihayati dan digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat di negara ini secara umumnya. Apabila lalu sahaja di pasar raya, terdengar sahaja lagu raya. Memang dah pasar raya kena mainkan lagu raya agaknya. Tapi lagu ni bukan sahaja baru dimainkan tetapi sejak dari hari pertama Ramadhan lagi sudah kedengaran lagu-lagu seperti "Balik kampung", "Selamat hari raya"

Bukan salah hendak memainkan lagu itu, tambahan pula untuk mendatangkan mood raya itu sendiri, cumanya mana yang lebih aula atau lebih penting, mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah yang berlipatkali ganda atau lebih asyik menyambut raya sehingga mengabaikan amal ibadat di bulan puasa. Bukankah elok jika dimainkan lagu yang berunsur kesedaran seperti lagu Harapan Ramadhan yang dinyanyikan oleh Man Bai dan Raihan. Jika diteliti senikata lagu ini memang penuh dengan nasihat dan peringatan yang berguna buat pendengarnya.


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Jadi apabila orang ramai terdengar lagu itu, lebih terasa untuk menyambut Ramadhan berbanding hari raya yang lambat lagi akan menjelang tiba. Jika dilihat smabutan hari Raya di negara Islam seperti Mesir, Bulan Ramadhan lebih merih sambutannya berbanding Hari raya Aidilfitri itu sendiri. Seperti yang diceritakan dalam blog pelajar yang belajar Mesir

"Suatu perkara yang aneh lagi di Mesir ini adalah sambutan umat Islam Mesir terhadap Bulan Ramadhan lebih meriah dan terasa berbanding Hari Raya Aidilfitri. Selain daripada masjid-masjidnya yang penuh dengan jemaah pada setiap lima waktu, fanus-fanus Ramadhan (seperti tanglong) yang berbentuk menara masjid dengan lampu yang berwarna warni digantung di sana sini. Setiap kali bersua muka, selepas memberikan salam, akan disusuli pula dengan ucapan “Ramadhan Karim” (Ramadhan itu mulia). Maka pihak yang menjawab pula akan mengucapkan “Allahu Akram” (Allah lebih mulia)."

Memang suasana ini jarang sekali didapati di negara kita Malaysia. Jika ada pun hanya boleh dikira dengan jari kerana sedikit. Biarpun nanti ada yang mengatakan "Mesir tu negara Islam, bumi baik-baik" Tapi tidak bolehkah kita menjadikan bumi bertuah kita Malaysia ini seperti di sana, yang mana sambutan Ramadhannya lebih meriah.

Jadi marilah selalu tingkatkan amalan kita di bulan puasa ini, seperti mana para sahabat dahulu apabila tiba sahaja bulan puasa kerja mereka tidak lain hanyalah beribadah dan baca Al- quran.

September 13, 2008

50. Depan ada buaya


Klip video pilihan bulan ini, iklan raya tahun 2003. Walaupun dah lama berlalu, tapi ada sati scene yang membuatkan ak tergelak sakan. Hahahaha...Masa usu jatuh tergolek nak kejar abang dia pergi cari daging. Ak tengok scene tu macam real je, bukan yang jatuh buat-buat..Korang fikir la sendiri..

Moral dari klip video ni :

1. Patuhi arahan ibu dan bapa kerana keberkatan hidup kita terletak kepada keberkatan kedua-dua ibu bapa kita. Tapi dalam klip ni ibu je sebab tajuk video ni pun janda anak tujuh.

2. Berusaha sehabis mungkin untuk memenuhi hajat ibu dan bapa.

3. Jangan percaya cakap orang yang kena tinggal..haha..macam usu yang kena tinggal oleh abang2 dia

ada banyak lagi..korang list la sendiri...Enjoy it

September 12, 2008

49. Paksaan dalam tarbiyah. Wajarkah?

Beberapa hari lepas, soalan ni tertera dalam shoutbox blog saya. Soalan ini dikemukakan oleh rakan blogger jugak, namanya nawfal timur. Bagi menjawabnya saya hanya boleh memberi sedikit pandangan. Sebelum itu, mari kita tengok apa yang dimaksudkan dengan tarbiyah itu tadi?

Sebagai seseorang yang pernah menjalani proses tarbiyah di Kolej Islam dulu, saya hanya mampu menceritakan secebis pengalaman sepanjang mengalami proses tersebut. Pelajar form 4 khususnya akan menjalani proses tarbiyah yang merupakan salah satu keunikan di KISAS selain daripada friends, teachers, ukhwah dan biah solehah. Selalunya tarbiyah dilakukan oleh senior-senior kami dari pelajar form 5 dan ada juga pelajar form 6 yang terlibat. Sepanjang proses tersebut, pelajar-pelajar form 4 diwajibkan agar mengikuti segala program-program keagamaan di asrama khususnya dan di sekolah. Ini termasuklah program seperti kuliah-kuliah selepas solat fardhu, bacaan Al - Mulk sebelum tidur, bacaan Al - Mathurat, Program tahsin Al - Quran sebelum Maghrib dan banyak lagi. Sekiranya didapati ada pelajar yang melanggar atau tidak mengikuti program yang dijalankan, ada la denda atau pun akibatnya. Tujuannya adalah untuk mendidik kami pelajar form 4 khusunya agar mematuhi peraturan dan tidak terlepas dari mengikuti program tarbiyah ini.

Berbalik kepada soalan tadi, "Wajarkah paksaan digunakan dalam proses tarbiyah?" Pada hemat saya, kalau dalam skop pelajar, wajar digunakan tetapi dengan cara yang berhikmah. Bukan dengan menurut hawa nafsu dan untuk melepaskan geram kepada seseorang. Ini kerana, saya pernah mendengar cerita yang menyatakan pada zaman Rasulullah s.a.w dulu pun, pernah suatu ketika sahabat atau Rasulullah sendiri membetulkan saf peperangan dengan menggunakan pedang. Biarpun arahan untuk membetulkan saf atau barisan peperangan tadi hanya boleh dilakukan dengan hanya kata-kata, tapi dalam peristiwa ini pedang yang digunakan sebagai ganti. Kesahihan cerita ini saya kurang pasti. Harap dirujuk kembali.

Tujuan tarbiyah itu adalah untuk membentuk peribadi dan sahsiah yang elok terhadap individu yang ditarbiyah itu tadi. Jadi jika dalam skop pelajar sekolah, wajar dilaksanakan paksaan. Tetapi sepeti yang dinyatakan awal tadi, mestilah mengikut cara yang berhikmah bukan untuk melepaskan geram kepada seseorang sahaja. Jika sekadar hanya secara berlembut, dibimbangi pelajar-pelajar tidak merasa gerun dalam hati mereka untuk meninggalkan perbuatan yang tidak berfaedah. Ini kerana pada zaman sekarang, banyak budaya dan cara hidup yang tidak baik telah meresap masuk ke dalam hati pelajar-pelajar sekolah khusunya. Jika perkara ini tidak dibendung, dibimbangi menjadi lebih teruk.

Setakat ini sahaja pandangan saya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Nawfal Timur.

p/s : kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan

August 31, 2008

43. Flashback

Oleh sebab tak sempat nak update, baik kita flashback peristiwa penting yang berlaku sejak akhir-akhir bulan Ogos ni

26 Ogos 2008 - Pilihanraya kecil Permatang Pauh. Ada yang menggelarnya sebagai ibu segala pilihanraya keran calon yang bertanding merupakan orang yang berprofil tinggi melainkan seorang calon tu (AKIM), tak masuk kira-kira. Alhamdulillah berkat usaha dan pertolongan daripada Allah S.W.T kejayaan telah berpihak kepada Pakatan Rakyat

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

For more detail, check it out DSAI

27 Ogos 2008 - Kuliah Maghrib Dr Harun Din di Madi, Perlis. Tajuk dan perbincangan kuliah lebih kepada tafaqquh fiddin.

28 Ogos 2008 - DSAI menjejakkan kaki semula ke Parlimen untuk mengangkat sumpah sebagai new MP. Kehadiranyya kali ini bukanlah sebagai Anggota Kabinet lagi tetapi telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang..



29 Ogos 2008 - Pembentangan Bajet 2009 di Parlimen oleh PM Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi a.k.a Pak lah

Bajet 2009

30 dan 31 Ogos 2008 - Sambutan Hari kemerdekaan ke 51. Seluruh Malaysia menyambutnya tetapi boleh dikatakan kurang meriah kerana kurang kelihatan Jalur Gemilang dikibarkan di merata tempat. Tema tahun ni " Perpaduan teras Kejayaan "

Logo Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
Rasional Logo

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding
bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras
Kejayaan”.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang
bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan
memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaumkaum
di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah
mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan
rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh
kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem

Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna
kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


August 26, 2008

41. Ramlang Porigi, I salute you




Malam tadi,turut bersama bermunajat dengan TGNA ialah imam Ramlang Porigi,Imam masjid Wilayah yang menimbulkan kemarahan rakyat ramai kerana menjadi saksi sumpah laknat Saiful.Satu kejutan kepada semua.Imam Ramlang Porigi dilapurkan berucap di hadapan ribuan rakyat PP yang hadir untuk membuat pengakuan dan penjelasan akan kehadirannya bersama majlis sumpah laknat Saiful.Imam Ramlang juga dilapurkan akan berceramah di beberapa tempat di PP.Apa hikmat disebalik keikhlasan dan keberanian Imam Ramlang ini?

Inilah tanda awal munajat rakyat yang sentiasa memohon agar ALLAH menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan mula menampakkan hasil.Paling manis kepada kita ialah kemunculan Imam Ramlang bersama TGNA.

Tanda bahawa DSAI telah mengambil langkah yang betul dalam berdepan fitnah besar ini.Imam Ramlang juga menunjukkan sikap seorang mukmin yang baik bila beliau membuat pengakuan di depan TGNA bahawa beliau tidak mahu bersubahat dengan kepalsuan yang dibuat oleh golongan yang tak takut dengan azab ALLAH.Sesungguhnya ALLAH memberi Imam Ramlang kekuatan untuk berdepan dengan fitnah durjana ini.Inilah janji ALLAH kepada hamba hambanya yang taat dan sentiasa memohon pertolongannya.Sesungguhnya munajat rakyat tidak sia sia dan alim ulamak kita tidak mempersia siakan ilmu mereka.

Syabas kepada Imam Ramlang dan semuga enta istiqamah dalam perjuangan menegak kebenaran ini.Sesungguhnya enta telah melalui minggu minggu yang mencabar sejak majlis sumpah laknat itu dan enta telah menerima berbagai cemuhan dan kencaman dari banyak pihak termasuk juga dari ana.Untuk itu terimalah permohonan maaf secara terbuka dari ana.Semuga pihak pihak yang pernah mengencam Imam Ramlang turut menghulurkan permohanan maaf mereka.

"YA ALLAH YA TUHANKU,TUNJUKKAN YANG BENAR ITU BENAR UNTUK KAMI IKUTI DAN TUNJUKKAN YANG BATHIL ITU BATHIL UNTUK KAMI JAUHI""



pengakuan sendiri oleh Ustaz Ramlang Porigi

p/s : ana minta maaf banyak2 dkt
Ustaz Ramlang Porigi kalau sebelum ni ada terkata yang tak baik dkt enta...

For more information, maybe this can help

July 10, 2008

27. Antara Fushah dan Ammi 2

Bahasa Arab merupakan bahasa yang unik dan menarik, ia juga adalah bahasa rasmi bagi agama Islam, kerana itu ia perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar ketulinan dan kesinambungannya terpelihara. Al-Quran sebagai pelembagaan kepada agama Islam juga telah diturunkan dalam Bahasa Arab.

Secara amnya, Bahasa Arab merupakan eleman yang penting untuk menyatukan bangsa dan ia juga mencerminkan ketamadunan bangsa tersebut. Selain itu, bahasa Arab juga merupakan lidah rasmi bagi seruan Ilahi dan gedung simpanan ajaran Islam untuk penganutnya. Ia juga memainkan peranan yang cukup besar dalam mengembalikan kepercayaan manusia daripada menyembah berhala kepada menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Apa yang lebih mengagumkan kita lagi, Bahasa Arab juga merupakan bahasa perantaraan makhluk kepada Penciptanya, umpama ibadah harian kita iaitu sembahyang. Tidak sah sembahyang seseorang itu jika tidak menggunakan Bahasa Arab. Ini jelas menunjukkan kepada kita satu ikatan yang sangat kukuh di antara Bahasa Arab dan al-Quran yang tidak mungkin didapati pada bahasa-bahasa lain di dalam kitab suci mereka.

Islam adalah agama yang begitu sinonim dengan Bahasa Arab dan dunia tidak akan mengenali Islam tanpa al-Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab. Oleh kerana itu, ajaran Islam mewajibkan ke atas penganutnya untuk mempelajari bahasa ini dan memahaminya. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Taimiah “Seseungguhnya Bahasa Arab itu adalah sebahagian daripada agama, mengetahuinya adalah satu kewajipan kerana memahami al-Quran dan as-Sunnah adalah wajib dan keduanya tidak akan dapat difahami kecuali dengan memahami Bahasa Arab”. Disandarkan lagi kepada satu kaedah yang menyebut, “sekirannya kewajipan sesuatu perkara itu terikat dengan satu perkara yang lain maka perkara itu menjadi wajib”. Saidina Umar r.a juga pernah berkata “pelajarilah bahasa Arab kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu”. Apabila kita membincangkan tentang Bahasa Arab, maka sudah tentu ia adalah Bahasa Arab Fushah (baku dan tulin). Bahasa Arab Fushah merupakan bahasa asal Arab yang dapat difahami oleh seluruh bangsa Arab walau dari negara mana sekalipun dan bahasa inilah yang telah menyatukan bangsa-bangsa Arab dan seterusnya menghapuskan perselisihan yang berlaku sesama mereka.

Dewasa ini menyaksikan Bahasa Arab Fushah sedang hangat disaingi oleh Bahasa Arab Ammi (bahasa pasar) dengan begitu meluas sekali. Sehingga ada yang mencadangkan agar Bahasa Arab Ammi dijadikan bahasa kedua yang digunakan secara rasmi di media cetak atau elektronik, diberikan pengiktirafan untuk dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan dikaji kesusasteraan yang ada padanya. Cadangan ini dilihat sebagai satu usaha yang sangat merbahaya bertujuan untuk memecah belahkan kesatuan bangsa Arab dan akhirnya menjauhkan mereka daripada memahami bahasa al-Quran itu sendiri.Perlu dibezakan di sini di antara lahjah (loghat setempat) dan ammi (bahasa pasar). Lahjah ialah perbezaan daripada segi sebutan huruf seperti huruf qaf disebut ga, tetapi bahasa Arab Ammi merupakan bahasa kedua yang tidak mempunyai teori di dalam penggunaannya. Ia adalah hasil campuran daripada Bahasa Arab Fushah yang telah diubah cara sebutannya dan bahasa asing (bukan Arab) yang tidak diketahui asal usulnya. Bahasa Arab Ammi inilah yang telah diguna pakai oleh hampir keseluruhan bangsa-bangsa Arab termasuk para ulama’ dan sasterawan. Jika diperhatikan dengan lebih mendalam lagi, fenomena ini mampu mengugat bahasa Arab Fushah itu sendiri untuk terus kekal sebagai bahasa rasmi dan berkemungkinan ia akan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga tidak lagi diguna pakai kecuali pada ruang lingkup yang agak kecil.Menyedari hakikat ini, muncullah beberapa usaha untuk mengangkat dan memartabatkan semula Bahasa Arab Fushah di samping menenggelamkan terus pengaruh bahasa Arab Ammi yang kian menular di kalangan masyarakat Arab. Usaha-usaha tersebut dijalankan bermula di peringkat sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di mana pemahaman tentang peri pentingnya penguasaan Bahasa Arab Fushah ini diterapkan kepada golongan pelajar dan juga mahasiswa.

Usaha-usaha ini juga secara tidak langsung diterapkan melalui pertukaran kemahiran-kemahiran di dalam bidang tertentu di antara negara-negara Arab yang akan menyebabkan mereka terpaksa berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan Bahasa Arab Fushah. Ini merupakan satu usaha dan perkembangan baik yang tidak dapat dilihat sejak 50 tahun dahulu. Sebagai contoh amat sulit bagi orang Arab Syria untuk memahami perbualan orang Arab Maghribi dan begitu juga sebaliknya, malahan bahasa Arab Fushah ini kebanyakannya difahami oleh golongan tertentu sahaja seperti mereka yang berpendidikan tinggi. Tetapi sekarang keadaannya sudah agak berbeza, mereka sudah mampu berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Arab Fushah seratus peratus atau hampir-hampir kepada bahasa Arab Fushah walaupun mereka terdiri daripada golongan masyarakat biasa. Ini adalah satu rahmat dan kehendak Allah s.w.t untuk terus memelihara Islam dan al-Quran daripada terus terpesong atau pupus tanpa penganut yang benar-benar memahami kedua-duanya. Pemeliharaan Allah s.w.t dan usaha daripada kita jugalah yang akan menyebabkan Bahasa Arab terus terbela dan mendapat tempat utama di sisi masyarakat Arab khususnya. Melihat kepada perkembangan tersebut, kita mengharapkan agar bangsa Arab terus mengambil berat dan berbangga terhadap Bahasa Arab yang telah banyak membawa kejayaan kepada mereka. Jika sekiranya usaha-usaha yang telah dijalankan untuk memartabatkan Bahasa Arab Fushah ini berterusan, tidak mustahil bangsa arab akan kembali menggunakan bahasa asal mereka sehinggalah sesama masyarakat setempat, insya-Allah.

Di antara matlamat yang diharapkan untuk menjayakan usaha ini dalam penerapan pendidikan Bahasa Arab Fushah ialah melalui percakapan yang baik, pembacaan yang peka dan berkesan, pemahaman yang sempurna dan penulisan berkualiti yang mampu mencetus karya–karya sastera yang berkualiti tinggi. Perlu kita fahami di sini, bahawa penggunaan Bahasa Arab Fushah dalam komunikasi seharian sama ada melalui penulisan mahupun percakapan sebenarnya boleh membantu dalam menjaga warisan peradaban bangsa Arab itu sendiri, tahukah kita bahawa setiap perkataan Bahasa Arab ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri, seolah-olah sejarah dan adat lama mereka terus hidup untuk meriwayatkan kembali kisah silamnya. Begitulah hebatnya ciptaan Tuhan dalam menjadikan sesuatu perkara. Oleh itu, marilah bersama kita memelihara Bahasa Arab Fushah ini daripada anasir-anasir yang boleh melemahkannya kerana dengan lemahnya Bahasa Arab akan lemahlah kesatuan bangsa dan akhirnya menyebabkan bangsa Arab akan berpecah belah dan bercakaran tanpa kesudahan. Jika ini benar-benar terjadi, Islam akan lemah dan terpinggirlah al-Quran, kesempatan ini akan diambil oleh golongan yang bencikan Islam untuk menjatuhkan Islam. Sebaliknya dengan terpeliharanya Bahasa Arab, kesatuan bangsa Arab akan terus terjamin dan umat Islam akan terus kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar di mana sumber utamanya adalah al-Quran

Dipetik daripada laman web persatuan pelajar malaysia syria

26. Antara Fushah dan Ammi

Bahasa Arab merupakan bahasa yang dituturkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Oleh kerana keistimewaan yang dimiliki oleh Bahasa Arab,Allah telah menurunkan mukjizat terbesar nabi Muhammad saw menggunakan lisan Arab.Kriteria istimewa yang dimiliki oleh Bahasa Arab adalah seperti mempunyai prosa kata yang banyak dan kaya dengan lafaz yang mampu mengungkapkan setiap ekspresi penutur.Setiap huruf yang berbeza mengandungi intonasi tersendiri yang mencerminkan maksud perkataan tersebut.Contohnya perkataan لين yang bermaksud lembut sesuai dengan huruf yang dipilih kerana huruf ل ي ن melahirkan intonasi yang lembut juga.Manakala perkataan غضب yang bermaksud marah terdiri daripada huruf-huruf yang mempunyai intonasi yang agak kasar.Bahasa Arab sememangnya memiliki keunikan yang menakjubkan jika mengkajinya secara terperinci.

Namun,apa yang mendukacitakan adalah nasib Bahasa Arab Fushah(baku) hari ini agak menyedihkan memandangkan ramai yang memandang sepi akan keistimewaan yang dimiliki.Justeru terdapat usaha untuk menjadikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Ammi yang tidak mempunyai dasar yang kukuh sebagai kiblat hidup mereka.Bahasa Arab Ammi(rojak) yang jauh tersimpang dari prosa dan tatabahasa Arab yang tulen bermula sejak zaman sebelum kebangkitan Islam lagi.Fenomena kerosakan bahasa ini timbul disebabkan faktor politik(kolonial),sosial, ekonomi,perang saraf(di dalam bahasa Arab sendiri),arus kemodenan,kesilapan memindahkan fakta dan pelbagai lagi.

Kesalahan umum dalam penggunaan prosa Arab telah berkembang secara berleluasa.Malah penyair terkemuka pada zaman Jahiliyyah juga turut terlibat dalam fenomena kerosakan bahasa ini.Contoh yang boleh saya hadirkan adalah kata-kata Ubaidillah bin Ziyad yang merupakan gabenor Islam di Kufah dan Basrah,

“bermaksud bukalah pedang kamu.Maksud sebenar beliau adalah,”hunuskan pedangmu” dan perkataan yang paling tepat adalah” “.Beliau telah terpengaruh dengan penggunaan lafaz-lafaz Farsi kerana ibu beliau beasal daripada Farsi.

Tambahan lagi,percampuran orang Arab dan ‘Ajam(bukan Arab )telah merancakkan lagi fenomena ini apabila lahirnya pelbagai lafaz-lafaz baru yang menggabungkan beberapa bahasa yang berbeza.

Mengintai dari skop politik,kolonial atau penjajahan merupakan faktor terpenting yang membantutkan penggunaan Bahasa Arab Fushah di kalangan masyarakat Arab.Mesir sendiri yang dijajah oleh Perancis dan Inggeris telah dilanda satu revolusi apabila Bahasa Ammi mula dipakai secara berleluasa.Unsur-unsur kemodenan yang dibawa berpenjajah menjauhkan masyarakat Islam daripada pegangan Islam lantas meninggalkan Bahasa Al-quran dan lebih bangga bertutur menggunakan Bahasa Ammi atau bahasa penjajah.Bahasa Ammi mula diadaptasi dalam media elektronik dan cetak.Justeru timbul banyak gerakan yang membantu pertumbuhan Bahasa Ammi di Mesir.Contohnya Wilhalm Spita Jermany telah menyeru masyarakat Mesir mempopularkan Bahasa Ammi melalui buku beliau berjudul “Tatabahasa Arab Ammi Mesir” yang diterbitkan pada tahun 1880.Permulaan ini diikuti dengan kesungguhan bangsa asing mempelajari lahjah atau dialek Mesir dalam usaha menguburkan Bahasa Arab Fusha.Antaranya seorang orentalis Perancis,Selfredtrada Sasi telah menerbitkan hasil kajian beliau berjudul”Bahasa Ammi Mesir dan Syam”.Malah sebuah universiti di United Kingdom telah menubuhkan jabatan khusus pada awal kurun ke 19 untuk mengkaji secara teliti tentang Bahasa Arab Fusha dan Ammi.Lalu di manakah peranan kita untuk mendalami Bahasa Al-Quran ini?

Apa yang menyedihkan,lahir di kalangan anak tempatan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk mempertahankan bahasa ibonda.Sebaliknya mereka menyeru masyarakat membudayakan Bahasa Ammi.Kamal Hasan dalam karya beliau”Bahasa Arab Kontemporari” telah memperkenalkan bahasa yang lebih ringan untuk digunapakai dengan memperincikan hanya beberapa bab terpenting dalam Nahu(tatabahasa Arab)sahaja untuk dipelajari.Beliau juga mengharuskan penggunaan beberapa kalimah asing dalam pertuturan Bahasa Arab Fusha untuk memudahkan penutur mengungkapkan apa yang terlintas di mindanya.

Tuntasnya,fenomena ini telah menyentuh sensitiviti ulamak kita untuk bangkit menyedarkan masyarakat peri pentingnya memprolifikkan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan.Justeru,kita wajib menilai dengan mata hati betapa Bahasa Arab Ammi tidak langsung sama kedudukannya dengan Bahasa Arab Fusha.Saya seru diri saya dan sahabat-sahabat untuk membudayakan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan semaksimum mungkin .



Dipetik daripada artikel from one of my blogroll....Selepas membaca artikel ini, jangan kita katakan bahasa ammi itu tidak baik dan tidak patut digunakan. Ini kerana ustaz sy yang merupakan lepasan Universiti Al azhar pernah mengatakan pelajar2 yang ingin menguasai uslub ataupun gaya bahasa yang oarang arab gunakan, kita perlu tahu bahasa ammi. Jadi belajar bahasa ammi untuk mengetahui gaya bahasa yg org gunakan dan bertutur dalam bahasa fushah...

July 5, 2008

24. Nice pic


Setelah sekian lama menyepi sy kembali dalam blog. Bukannya apa cuma banyk kerja yang perlu disetelkan tambah lagi exam STam pun dah nak dekat. Jadi masa tu kurang sikit nak update blog nih. Tapi selepas dah selseai hantar kerja khusus STAM rasa macam aman dunia. So posting yang pertama nih nak cita tentang gambar nih. Terjumpa dlam laman web tranungkite. Apa yang menarik ialah gambar ni kalau di kebanykan negeri selalu kita tengok tak pakai tudung tapi bila diletakkan di negeri nih pasti kena pakai tudung.

Hikmahnya ialah bila sesuatu perkara tu boleh mengikut tuntutan Islam yang sebenar cuma masyarakat saja yang tidak mahu mempraktikkannya...Contohnya gambar ni, dah diletakkan tudung kan lagi cantik dan sejuk mata memandang...

May 30, 2008

23. Alahai P. Ramlee



Kebanyakan daripada kita dah menonton filem arahan P. Ramlee tapi mungkin sedar tak sedar ada sedikit babak dari filem tu yang agak sinis untuk dibincangkan. Saya bukanlah ingin membawa sebarang unsur pergaduhan di sini kerana mungkin akan merasakan filem ini akan menyebabkan perbalahan dalam politik.

Jadi fikir-fikirkanlah. Filem ni pun pernah memenangi filem terbaik Asia.

Hehe....Rupa-rupanya P. Ramlee dah lama tau......

May 23, 2008

20. Murtad


Just want to revise what I had learn during the kuliah maghrib with Ustaz Zulkarnain Abidin ( pic above) one of the huffaz or al hafiz and now teaching in one of the school in Perlis. tajuk kuliah tak dapat nak dipastikan sebab sy pn dtg a little bit late. Semasa kuliah tu dia ada menyentuh beberapa perkara mengenai jenayah dan hukumannya dalam undang-undang Islam ataupun Hukum yang berpandukan Syara'. Antaranya jenayah Mencuri, Menghalang perjalanan orang lain serta kesalahan menyamun, dan Murtad. Apa yg sy tertarik ialah jenayah murtad. Jadi sy tulis slm bentuk point je la bg senang nk igt dn fhm

* Maksud Murtad

Bahasa : Berpatah balik (kurang difahami dn ustaz pn tidak menghuraikannya)
Istilah : Berpatah balik daripada Islam (di sini penulis kitab menggunakan lafaz daripada bukan lafaz kepada, jd nk kena faham betul nih)

Huraian : Fitrah beragama semua manusia ialah beragama Islam, jd takrif berbunyi "Berpatah balik daripada Islam" bermakna seseorang itu telah keluar dari fitrahnya yg asal iaitu menganut agama yang benar yakni Islam..(huraian dr penulis blog nih, tk dpt dipastikan kesahihannya)

* Hukumannya ialah bunuh tapi di sini ada perbezaan sedikit di kalangan ulama

- Syeikh Qardawi dan ulama yang lain menyatakan seseorang yang murtad hendaklah ditahan terlebih dahulu dan diberi penerangan mengenai Islam dengan lebih mendalam
- Imam Abu Hanifah menyatakan hukum bunuh bagi seseorang yang murtad adalah wajib dan menahannya dan diberi penerangan mengenai Islam dengan lebih mendalam adalah sunat

Huraian bg Imam Abu Hanifah : Bunuh pun boleh dan menahannya serta diberi penerangan tentang Islam terlebih dahulu pun boleh

Mungkin hukum agak kurang jelas. Harap dibuat semakan lain...

*Syarat2 plak (ada banyak tp yg ditulis sedikit saja)

- Berakal

Huraian : Sekiranya seseorang itu mabuk dan menyatakan sesuatu yang menghina Allah dan Rasul, hukum adalah berdosa tetapi tak diwajibkan bunuh seperti yang berlaku kepada Saidina Ali yang menjadi imam selepas minum arak semasa arak belum diharamakan dan beliau membaca surah Al Kafirun yang menyebabkan makna surah telah berubah...

-Jika dilihat dari sudut masalah talak, seseorang yang melafazakan talak dalam keadaan mabuk dikira jatuh talaknya mabuk.

-Di sini terdapat sedikit khilaf kerana sebahagian ulama menyatakan talak tidak jatuh kerana dia tidak berakal. Tetapi sebahagian menyatakan jatuh talak biarpun mabuk kerana talak itu menjadi balasan kepada individu yang tadi kerana dia mabuk..( harap difahami kerana bahasa agak berbelit)

- Sukarela

Huraian : Seperti yang berlaku kepada Ammar bin Yasir yang telah dipaksa murtad sekiranya tidak mahu dibunuh seperti ayahnya Yasir dan ibunya Sumayyah. Rasullullah telah bertanya kepadanya adakah masih ada iman dalam hatinya ketika dia mengucapkan kalimah kufur itu tadi dan dia berkata masih ada iman dalam hatinya tetapi cuma dia tidak tahan dengan siksaan yang dikenakan kepadanya.

* Apa yang menarik perhatian di sini ialah apabila Ustaz menyebut mengenai Fatimah Tan yang membuat tuntutan ingin keluar dari Islam atas sebab tidak mengamalkan ajaran itu sejak dari kecil dan tuntutannya berjaya.

* Tapi di sini semasa perbicaraan peguam yang mewakili pihak Islam iaitu Hanifa Maidin menyatakan keluar daripada Islam adalah jenayah.

*Jadi sekiranya Fatimah Tan menyatakan dia ingin keluar dari Islam seolah-olah dia ingin melakukan jenayah. Jika dia ingin melakukan jenayah Hakim tidak boleh membenarkannya dan sepatutnya hakim perlu berkata " Saya tidak ada kuasa dalam menentukan hukuman dalam hal ini"

* Tetapi tuntutan itu telah berjaya dan jika dilihat sekiranya hakim berkata seperti yang ditulis di atas pasti kes ni masih tergantung dan tiada penyelesaian.

* Jadi nak tulis di sini hukuman yang telah Allah tentukan adalah yang terbaik dan tiada yang lebih baik daripadanya. Tetapi ada segelintir yang masih menyatakan hukum Allah ni masih tidak sesuai diamalkan dalam masyarakat sekarang..

Sekiranya ada yang silap harap dimaafkan dan dibetulkan

-Ballighu anni walau ayat- -Sampaikan dariku walau satu ayat-

May 16, 2008

15.~Tak pe la~



Dua hari lepas, masa baru balik dari kelas, mak pn tegur

"tak tengok ke surat baru sampai tuh?"

"surat apa?"

"surat Uitm la"

laaaa,, dh tolak tawaran baru nak sampai surat,,bgtau dalam internet surat mula dipos start 5 mei tp hri nih 14 mei baru nak sampai,,Tak pa la lg pn baru ja tolak tawaran dua hari lepas,,

Hurhh,,first2 nak tolak tawaran uitm tuh rasa kena pikir banyak kali jgk sebab kalau dah tolak tawaran tuh bermakna nama akan digugurkan serta merta, maknanya no second chance la, tak mcm tolak tawaran JPA, just tulis "Jawapan anda telah disimpan dalam pengkalan data kami,terima kasih" lgpn dh tolak tawaran JPA, tawarn nih pn tolak la jawabnya sbb dh mmg niat awal tuh nak sambung amik STAM. Jadi rasa okay la lps tolak tawarn tuh..

First rasa mcm btul ke ni hah?? Ye la sebab solat istikharah pn tak ckp tiga malam sbb JPA nak jawapan awal sgt, jadi tak cukup syarat la tuh, tk tau la samada petunjuk Allah tuh ada ke tidak??

Tapi nak cita dkt sini, lepas tolak je tawaran JPA tuh dgn Uitm,,ada la pengalaman skit,,cita dia mcm nih....

"ptg tuh lps bka laman web JPA dn tolak tawaran tuh, keluar skjp pg beli nasi lemak,,lapar la,,dalam perjalanan tuh sampai la dekat gerai tuh, ade sorg pompuan tgh beli nasi, jadi kita sebagai pelanggan kedua pn tunggu la,,tapi lepas tuh ada sorg mamat nih (mgkn sebaya je umur) menyusul, dia pn bungkus gak, tak pe la, tapi yg nk jd ceritanya tuan kedai tuh, ada ke patut dia mntk order mamat slps sy,,ADUHH nih yg hot nih,,"aku dtg dulu dia mntk order orang lain plak"
ARGHH,, sound terus la lps tuh,,"pak cik nasi bungkus tiga" pak cik tu pun bungkus la nasi sy dlu. "Nasib baik bungkus nasi aku dulu" hehe,, tidak nih mengamuk satgi kot,, haha

lps tuh masa nak balik,,elok nak belok masuk dalam taman dekat rumah sy je ada la pasangan couple nih, aduhhh,, mmg sakit mata tengok, ada ke patut dok bergaduh mcm nak dgn budak2 siap tarik2 tangan lagi, bergaduh dh la tepi jalan, hishhh, "korang nih tak malu ke?? orang lalu lalang dok tengok,, remaja zaman sekarang,,

Next, balik ja rumah terfikir la plak sejenak, "mgkn ada hikmah aku tolak tawaran tuh"(haha mcm org bermadah la plak) mgkn aku nih Allh pilih suruh smbg ja bidang agama supaya boleh perbetulkan masalah yang berlaku dalam masyarakat zaman sekarang nih,,Firstly, mkat skrg nih tak adil dalam buat kerja mcm tuan nasi lemak tuh,, secondly, remaja zaman sekarang dah hilang rasa malu sampai nak bergaduh sebab nak putus hubungan cinta pun bergaduh tepi jalan sedangkan orang lalu lalang dok tengok slumber je,,

Mungkin nih rasanya petunjuk yang Allah nak tunjuk walaupun tak ditunjukkan dalam mimpi yang selalu kita rasa kalau petunjuk mesti dalam mimpi ( rasanya la sebab just pikir mungkin nih yang Allah nak tunjuk)

Kesimpulannya sesiapa pun yang nak belajar, belajar betul2 dan niat keranaNya,, set dalam diri apabila dah habis nanti nak perbetulkan diri dan masyarakat zaman sekarang nih..Tak semestinya sesapa yang tak sambung dalam bidang agama tu tak bagus, yang penting belaja2 sebaik mungkin dan lakukan yang terbaik untuk Agama...

Sekadar lontaran pengalaman agar dapat dijadikan perkongsian dalam dunia siber nih,,

p/s: nih la kelebihan tulis blog, apa je yg nmpk dlm kehidupan harian pun bleh ditulis dlm blog nih,,,haha

Salam,,

May 15, 2008

13.~Tagged punye hal~

hahah,,,I've been tagged by shymaa,,tag nih ape hah??as I know kena jawab soalan je la,,,sbb tgk member len pn asal kena tag je kena jawab soalan,,ok lah as my 1st time kena tag jawab je la,,lgpn bleh membanyakkan posting nih,,hak,,hak,,

lima hadiah,,,

1.Nak pergi umrah,,,Macam rancangan Jemputan umrah tuh,,

2.Kereta yang seronok dipandu,,Mula2 nak keta viva ja tapi nanti sama plak mcm org yang tag nih,,shymaa,,tapi pilih keta len la plak,,SUZUKI SWIFT

3.Kalau dah ada keta mesti nak moto plak,,haha(mamat nih dh bg betis nak paha plak),,Yang org minat skrg nih,,YAMAHA LC 135 cc

4.Benda nih bleh kata majoriti orang yang kena tag mesti nak jgk..laptop,,Yang prg selalu gila2 sgt skrg nih,,LAPTOP SONY VAIO dan satu lg hset NOKIA N95(ish,,byk btul mamat nih nk,,haha)

5.Next kalau Umrah bleh pg,,keta dah ada mesti la nak tangkap gambar,,kalau tengok tv mesti pernah tengok iklan tangkap gambar dalam air tuh,,OLYMPUS WATERPROOF,,,


sebab2 plak,,

  1. Nak qadha balik yang pergi masa darjah satu dulu,,masa tuh bukan tahu apa lagi,,tau main ja,,asal waktu maghrib dgn isyak ja mesti keluar jalan2 dkt kedai keliling masjidil haram,,jd nak pg mekah nak buat ibadah yang sempurna la
  2. Ada keta baru senang nak gerak skit,,Tak kena hujan,,senang skit nak p blaja..haha
  3. Nanti kalau nak save minyak,,naik la moto plak,,asyik2 keta ja,,naik moto senang skit nak mencelah kalau ada traffic jam,,especially waktu org keluar pejabat lbh kurang pkl 1 tgh dgn 5 ptg,,haha
  4. Ada laptop sng skit nk tulis blog nih,,lgpn laptop nih bkn barang kehendak tp dh jd barang keperluan,,byk perkara memerlukan komp tak kira la laptop ke PC ke,,dan tambahan drpd tuh kena ada internet connection jgk sbb nak byr cukai pn dh gna internet mcm e filling tuh...
  5. Yang nih senang skit nak tangkap gambar,,tak yah pinjam org pya lg,,lgpn waterproof nih lg best,,,dlm air pn bleh tgkp gmbr,,,

lima
impression that i admire,,

impression nih ape hah???kurang difahani soalan,,,tp tk pe,,kita tukar skit,,,5 impression to the ones that I will admire..(tiru akmal skit)
  1. minat belaja
  2. ikhlas buat kerja
  3. memahami
  4. senang dibuat berkawan
  5. nmpk cool dn relax je tp sebenarnya pandai
(btul ke nih apa yg ditulis nih??btol je la,,huhu)

lima Inventions yg best

  1. Tv sbb dlu tv hitam putih ja tp skrg nig mcm colour2 ada,,dh tuh siap ada mcm2 channel lg,,mcm iklan astro tuh,,”mcm2 ada”
  2. Kapal terbang sbb kalau dulu orang nak pg makah atau mana2 tpt yg jauh msti kena guna kapal laut,,wuuu,,lama tu perjalanan,ada sampai berpulu-puluh hari,,kalau dalam perjalanan tuh ada yang meninggal,,mknanya jd rezeki jaws la,,tp skrg nih nk p mna2 tpt yg jauh pnbleh trbg ja,,nk p tpt dkt pn trbg mcm KL nk AS,,45 min smpai,,duduk pn tk panas seat lg dh kena turun
  3. Teleskop,,benda yang simple tp bleh tgk benda yg jauh,,bleh kita fikir ke ada alat yg bleh bantu kita punya daya penglihatan yg terbatas nih???
  4. Personal Digital Assistance(PDA),,benda yg hanya bleh disimpan dlm poket tp bleh menyimpan maklumat sebuah komp,,wuyooo,,canggih th,,kalau nk pg meeting bwa PDA pn dh ckp
  5. Ala klu idea yg last skali nih msti susah,,hmmm,,yes,,,kereta mesra alam,,tu yg best,,tk perlu gna minyak save budget,tp yg penting dia tak mengeluarkan asap yg kotor ke udara

p/s: sy lebih suka benda yang kecil tp byk fungsi

Lima
most hated thing
  1. Kalau kena menunggu,,Penantian suatu penyeksaan,,
  2. Kalau naik kenderaan ambik masa yg panjang dn tk bleh nk buat pa pn.Cthnya naik ketapi,,wuu,,mmg letih dan tension,,ada la skali tuh nk try naik ketapi nk balik dr KISAS mai perlis nih (nk amik pengalaman)mmg tension,,lbh kurang 10 jam dok dlm tuh,,bertolak 8 mlm smpai pkl 10 pg esok…pengalaman
  3. Dipermainkan contohnya ada org kata ada someone nk jumpa sedangkan org yg disuruh jumpa tuh tk tau mna2 pn,,ceh,,aku DIPERMAINKAN….
  4. Diarah buat mcm2…aduh nih yg paling tk suka nih tp kalau yg suruh tuh parents,cikgu,org yg lebih tua bleh consider lg sbb mmg wajib tolong pn tp kalau yg mengarah tuh dia kena buat gak tp mengarah org ja.Silap2 kasut lekat di mulut nnt,,haha
  5. Orang kacau waktu tidor..haha..nih mcm akmal ja nih,,mmg pn,,sapa suka kena kaco waktu tidur,,lbh2 lg waktu sedap tidor mcm waktu hujan ke…haha
Finally settle gk tagged nih...Fuhh..mmg berpeluh den pikior (loghat perak) benda nih
Pasni ada who will be the next victim???....hahah

  • Fikri Nazari bakal pengarah toksiak masjid seluruh msia ( just kiddin lorr)
  • Hanifi bakal engineer
  • Hanif md nor bakal protaz

May 12, 2008

7.Matrikulasi


(No tel yang di atas banner tuh tiada kena mengena dengan matrik.Jangan tel plak nanti...haha)

Hari nih 12 Mei semua pelajar lepasan SPM seluruh Malaysia pun akan mendaftarkan diri sebagai pelajar Matrikulasi di seluruh Malaysia.Sama la jugak macam aku tapi aku tolak je tawaran masuk matrik nih.Tawaran yang disediakan ialah perakaunan selama setahun dan sains ada yang setahun dan ada yang dua tahun.Aku pulak ditawarkan untuk perakaunan selama setahun,,tapi tak pergi jugak.Member2 ramai yang nak pergi matrik compare to Upu.Aku pun tak tahu nape sedangkan in my opinion I would choose I would choose upu je compare to matrik.Nak tahu sebabnya???

Kalau kita dah masuk upu amik diploma,sijil kita nanti dah konform laku punya kalau nak minta kerja nanti berbanding sijil matrik mana boleh minta kerja lagi.Lagi satu kalau dah masuk matrik kena struggle btol2 la kan nak dapat pointer yang boleh melayakkan masuk U (tapi kalau amik diploma pun kena belajar sungguh gak,mana ada perkara yang mudah dalam dunia nih..haha)

Dulu orang selalu cakap,kalau masuk matrik maknanya dah sebelah kaki masuk U.Mugkin boleh diterima lagi kata2 tuh tapi dengan syarat Belajar betul2.Memang hangat la tajuk nih diperbincangkan dalam group bdk2 kisas samada nak pegi matrik ke nk pg U,, siap ada tajuk "Matrik vs Upu"..haha..mcm2 la bdk2 kisas nih

Tapi apepn to sape2 yang sambung di matrik tu kita hormat dia punya keputusan dan gud luck in your study,especially to all my bez frenz syafiq rahman yang dpt matrik changlun (dekat ja nnti aku pi la tengok hang selalu...haha)


May 10, 2008

4.Further study dalam bidang agama

Many people thougt that if someone further thier studies in bidang agama,especially in Syariah and Usuluddin or any other bidang that will study in middle east like Mesir, Jordan or any other coutries surely they will say "balik nnt ade keje ke?" or migt be they will comment "buat apa nk smbg bidang agama, baik jd doctor ke, engineer ke, architect ke baru le gaji banyak skit"

ish...ish...sampai macam ni sekali tanggapan orang kepada pelajar2 yg nk further studies dalam bidang agama nih.Adakah matlamat hidup kita hanya nak kerja besar-besar and then gaji banyak pastu pencen????Rasenye sape2 yang berfikir demikian cetek sekali la pemikiran dan matlamat hidupnya di muka bumi nih

Tapi pada hakikatnya rezeki semuanya terletak di tangan Tuhan yang Maha Kuasa yakni Allah S.W.T.Kita sebagai manusia hanya perlu merancang dan Allah yang sebaik-baik penentu.Apa yang kita boleh buat ialah tetapkan niat kita belajar hanya kerana Allah dan buat yang sebaik mungkin in our study.Kalau yang selalu balik tak de kerje cube tanye dia balik, " Dulu masa belajar dulu nit kerana apa?"hah....Most probably niat kerana kebendaan

Why I wrote this because one of my senior had face this challenges.He told me that just after he further his study by taking Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM),many of his uncles or aunties asked him"sambg bidang ape?"dia pn jawab le "nak amik STAM"diorang pun balas"ohh jadi ni nak pe mesir la nih??"dia dgn yakin jawab"InsyaAllah ade rezeki"But the reply was not so nice still with the same"balik nnt ade keje ke??baik smbg amik medic je"sbb memandangkan my senior tu pn dapat tawaran medic oversea..

My senior said to me"rase mcm nk bersyarah je kat pakcik tuh,alah klu pg mesir pun ingat lekeh sangat ke??"tapi nasib baik sempat cool down..Hahah..kitaorang pun gelak je la sebagai penghilang kemarahan tadi...

Jadi nk elak ape yg jd dkt my senior from happen to me baik bagitau je dpt tawaran hebat2..Asal orang tanye je nk sambung bidang mane cakap je "sambung accountant dkt Australia"Biar GEMPAK skit bunyinye....

Tapi tulah yang berlaku sekarang.Masyarakat lebih memandang kepada profesion yang hebat2 berbanding menjadi yang menjadi pensyarah dalam bidang agama.But this only happen to certain people and for those who undertstand that further studies in bidang agama pun worthful that's many of them...

Many people said that "kalau hang belajaq nk dunia belum tentu akhirat hang akan dapat tapi kalau hang belajaq nak akhirat dunia sudah pasti hang akan ddapat jugak"Ni selalunya petua orang utara kpd sy sbg penguat semangat..

I hope those who read my writing tidak merasakan bidang profesional nih tidak penting.Sebenarnya dua2 bidang penting: bidang agama dan bidang profesional.I also hope that nobody will think that I try to condemn those who want to continue thier study in profession like Medic or Engineer.Keep doing your job and try to reach your GOL as this will help you to bring back the UMMAH to the highest level

Jadi kesimpulannya belajarlah dua bidang sekali: bidang profesional dan bidang agama.Biar jadi Profesional Ustaz ataupn shot form dia Protaz..

SALAM