May 17, 2009
94. Just around the corner
Hope all students success during this examination.......... :-) Pray for our success
Selepas imtihan ini semua pelajar Matrikulasi Azhar yang telah diberi nama كلية العلوم الإسلامية الأزهرية للوافدين akan bercuti selama tiga minggu dan akan menghadapi kelas musim panas seperti mana yang dikhabarkan oleh para doktor yang mengajar kami.
September 27, 2008
56. Sumbangan Aidilfitri




September 16, 2008
52. 16 September. Realiti atau Fantasi ?

Tarikh 16 September sudah heboh dibicarakan di merata-rata tempat, tak kira di warung-warung kopi, di pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah dan banyak lagi. Sebab apa tarikh ni begitu hangat dibincangkan? Adakah kerana 16 September adalah tarikh hari lahir artis terkenal seperti Mawi, tarikh ulangtahun perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K atau kerana ianya tarikh final konsert rancangan TV Akademi Fantasia? Yang pasti semuanya tidak berkaitan langsung dengan tarikh 16 September.
Tarikh 16 September begitu hangat dibincangkan kerana ia merupakan suatu tarikh yang menjadi buruan atau harapan suatu pihak dan menjadi mimpi ngeri bagi pihak yang lain. Mengapa tarikh ini begitu gah sekali sehinggakan boleh menggembirakan seseorang dan menakutkan seseorang? Tak lain tak bukan kerana tarikh keramat ini pernah dinyatakan oleh individu yang berprofil tinggi di negara ini yang sekarang merangkap Ketua pembangkang di Parlimen untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan yang sedia ada bagi digantikan dengan kepimpinan yang baru. Sudah tentu kepimpinan yang baru ini akan memacu negara kita Malaysia ke suatu era baru yang mana lebih telus dan bersih dari segi pemerintahannya.
Jadi kita tunggu dan lihat sahaja, samada perancangan dan percaturan politik yang dirancangkan akan mencapi target dan sasarannya. Just wait and pray....Aminnn
September 15, 2008
51. Ramadhan vs Raya


vs
Posting kali ni nak cerita tentang sambutan Ramadhan dan Raya. Mana yang lebih diutamakan oleh rakyat di negara kita ni secara umumnya. Kalau mengikut perkiraan, hari ni merupakan hari yang ke 15 umat Islam di Malaysia berpuasa. Jadi ada baki 15 hari lagi. Sekarang kita telah berada di pertengahan bulan yang mulia ini sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Kadang-kadang perasaan bercampur baur antara suka dan duka. Suka kerana hendak menyambut Hari Raya Aidilifitri dan duka kerana Ramadhan hendak meninggalkan kita. Entah sempat atau tidak untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.
Seperti mana hadis yang selalu kita dengar apabila masuk sahaja bulan Ramadhan..Mafhumnya
"Awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan akhirnya terselamat dari siksaan api neraka"
"1st 10 Rahmah (kasih sayang), 2nd 10 magfirah (kemapunan), 3rd 10 itqun min an-nar (Allah merdekakan dari neraka)
Jadi sekarang kita berada di fasa kedua ataupun fasa magfirah yakni keampunan daripada Allah s.w.t. Tapi sejauh manakah falsafah Ramadhan dihayati dan digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat di negara ini secara umumnya. Apabila lalu sahaja di pasar raya, terdengar sahaja lagu raya. Memang dah pasar raya kena mainkan lagu raya agaknya. Tapi lagu ni bukan sahaja baru dimainkan tetapi sejak dari hari pertama Ramadhan lagi sudah kedengaran lagu-lagu seperti "Balik kampung", "Selamat hari raya"
Bukan salah hendak memainkan lagu itu, tambahan pula untuk mendatangkan mood raya itu sendiri, cumanya mana yang lebih aula atau lebih penting, mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah yang berlipatkali ganda atau lebih asyik menyambut raya sehingga mengabaikan amal ibadat di bulan puasa. Bukankah elok jika dimainkan lagu yang berunsur kesedaran seperti lagu Harapan Ramadhan yang dinyanyikan oleh Man Bai dan Raihan. Jika diteliti senikata lagu ini memang penuh dengan nasihat dan peringatan yang berguna buat pendengarnya.
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Jadi apabila orang ramai terdengar lagu itu, lebih terasa untuk menyambut Ramadhan berbanding hari raya yang lambat lagi akan menjelang tiba. Jika dilihat smabutan hari Raya di negara Islam seperti Mesir, Bulan Ramadhan lebih merih sambutannya berbanding Hari raya Aidilfitri itu sendiri. Seperti yang diceritakan dalam blog pelajar yang belajar Mesir
"Suatu perkara yang aneh lagi di Mesir ini adalah sambutan umat Islam Mesir terhadap Bulan Ramadhan lebih meriah dan terasa berbanding Hari Raya Aidilfitri. Selain daripada masjid-masjidnya yang penuh dengan jemaah pada setiap lima waktu, fanus-fanus Ramadhan (seperti tanglong) yang berbentuk menara masjid dengan lampu yang berwarna warni digantung di sana sini. Setiap kali bersua muka, selepas memberikan salam, akan disusuli pula dengan ucapan “Ramadhan Karim” (Ramadhan itu mulia). Maka pihak yang menjawab pula akan mengucapkan “Allahu Akram” (Allah lebih mulia).
Memang suasana ini jarang sekali didapati di negara kita Malaysia. Jika ada pun hanya boleh dikira dengan jari kerana sedikit. Biarpun nanti ada yang mengatakan "Mesir tu negara Islam, bumi baik-baik" Tapi tidak bolehkah kita menjadikan bumi bertuah kita Malaysia ini seperti di sana, yang mana sambutan Ramadhannya lebih meriah.
Jadi marilah selalu tingkatkan amalan kita di bulan puasa ini, seperti mana para sahabat dahulu apabila tiba sahaja bulan puasa kerja mereka tidak lain hanyalah beribadah dan baca Al- quran.
September 13, 2008
50. Depan ada buaya
Klip video pilihan bulan ini, iklan raya tahun 2003. Walaupun dah lama berlalu, tapi ada sati scene yang membuatkan ak tergelak sakan. Hahahaha...Masa usu jatuh tergolek nak kejar abang dia pergi cari daging. Ak tengok scene tu macam real je, bukan yang jatuh buat-buat..Korang fikir la sendiri..
Moral dari klip video ni :
1. Patuhi arahan ibu dan bapa kerana keberkatan hidup kita terletak kepada keberkatan kedua-dua ibu bapa kita. Tapi dalam klip ni ibu je sebab tajuk video ni pun janda anak tujuh.
2. Berusaha sehabis mungkin untuk memenuhi hajat ibu dan bapa.
3. Jangan percaya cakap orang yang kena tinggal..haha..macam usu yang kena tinggal oleh abang2 dia
ada banyak lagi..korang list la sendiri...Enjoy it
September 11, 2008
48. Rahsia di sebalik الصوم
اللهم انك تحب العفو فاعفوا عنا وعن والدينا وعن جميع المسلمين والمؤمنين والمؤمنات ..آمين... يا رب العالمين
Rahsia Huruf dalam kalimah صوم
Shaum ertinya Puasa..
Huruf Shad - mengisyaratkan الصبر = Sabar.
"Sesungguhnya dibalasi pahala orang yang bersabar dengan tanpa Hisab".. al Quran.
Huruf Waw- mengisyaratkan الورع = Wara. iaitu meninggal perkara yang samar (syubhat).
" Wara itu penghulu amalan" -al hadis riwayat al Tirmizi.
Huruf Mim- mengisyaratkan المحسن = Muhsin. Berbuat ihsan.
" Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berlaku IHSAN diatas setiap perkara"- al hadis riwayat Muslim.
Sangatlah perlu memerhatikan tiga sifat ini apabila seseorang itu sedang berpuasa. Kebiasaannya perkara-perkara yang menjuruskan kepada tiga perkara inilah atau sebaliknya yang menjadi fokus latihan, ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t kepada kita ketika menjalani ibadah puasa yang sempurna. Samaada puasa tingkatan khusus atau khusus al khusus. Sebaliknya kemungkinan puasa awami yang kita miliki, yang hanya menahan lapar dan dahaga disiang hari, jika kita tidak menjaga dan mengawasi ketiga-tiga perkara tersebut.
Allahu Musta'an...
September 3, 2008
46. Fadhilat ramadhan 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
September 2, 2008
45. Fadhilat Ramadhan 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
September 1, 2008
44. Ramadhan datang lagi
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
August 26, 2008
42. Victory for Pakatan Rakyat, InsyaAllah

SURAT TERBUKA KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH
Kepada Pengundi Permatang Pauh khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Bahang Pilihanraya Umum ke12 masih kita rasai sehingga ke hari ini selepas Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri di Malaysia.
Namun segala usaha yang kita lakukan tidak akan berjaya tanpa bantuan Allah SWT serta sokongan dan keyakinan rakyat seluruhnya.
Syabas dan tahniah! Namun usaha kita masih belum sempurna selagi kezaliman serta penyelewengan masih berkuasa di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Pemilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parlimen di P44 Permatang Pauh adalah satu lagi langkah yang kita sepakati bersama bagi menumbangkan kezaliman Umno-Barisan Nasional. PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus komited dan terus berjuang membela seluruh nasib rakyat.
Saudara/i yang dihormati sekelian,
Islam tidak pernah menghalang kita untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu keadilan dan kepentingan rakyat, dalam rangka untuk memakmurkan buka bumi ini.
Saya dan seluruh kepimpinan PAS akan sentiasa komited membantu Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.
Dengan pengalaman luas yang ada pada beliau serta komitmen beliau yang telah teruji dan terbukti sehingga kini, saya yakin kita akan dapat bersama-sama menyelamatkan Malaysia dan seluruh rakyat daripada ancaman kezaliman politik, penindasan ekonomi serta peminggiran agama, selama hampir 51 tahun kita merdeka.
Erti kemerdekaan yang kita capai tidak bermakna sekiranya minda dan jasad kita tetap dijajah dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat serta bernegara dan kita masih terperangkap dalam politik perkauman sempit yang memecah-belahkan kita.
Bermula dari tarikh 16 ogos 2008 Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mula berkempen di Permatang Pauh.
Pelbagai tomahan dan fitnah telah dilontarkan terhadap beliau demi melemahkan semangat para pendokong kebenaran dan menimbulkan keraguan kepada para pengundi.
Namun kita tidak pernah mengalah dan masih dapat mengekalkan keyakinan pengundi Permatang Pauh terhadap calon kita. Kemenangan pasti akan kita perolehi jika kita membulatkan tekad untuk membentuk suatu kerajaan yang adil dan berkebajikan.
Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjadikan tarikh 26 Ogos 2008 tarikh bersejarah bagi menyaksikan pertarungan sengit antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera Parti Barisan Nasional, dimenangi oleh pihak Kebenaran dan Keadilan yang didukungi seluruh lapisan rakyat.
Bangkitlah bersama-sama kita menyokong perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan untuk semua agama, kaum dan budaya di tanah air kita.
Yakinlah kemenangan dan keadilan pasti akan dianugerahkan Allah SWT kepada kita.
Dengan ini saya merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, agar bersama-sama menggembleng tenaga menentang kezaliman, rasuah dan segala penyelewengan kuasa yang sedang berleluasa.
Sehubungan itu juga saya mengajak semua pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi calon Pakatan Rakyat.
Semoga Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita dalam kemenangan yang paling bermakna ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin!
Wassalamu alaikum dan Salam Perjuangan,
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
22 Sya�aban 1429 / 24 Ogos 2008. - mr_
Perkembangan terbaru DSAI boleh didapati di sini
41. Ramlang Porigi, I salute you
Malam tadi,turut bersama bermunajat dengan TGNA ialah imam Ramlang Porigi,Imam masjid Wilayah yang menimbulkan kemarahan rakyat ramai kerana menjadi saksi sumpah laknat Saiful.Satu kejutan kepada semua.Imam Ramlang Porigi dilapurkan berucap di hadapan ribuan rakyat PP yang hadir untuk membuat pengakuan dan penjelasan akan kehadirannya bersama majlis sumpah laknat Saiful.Imam Ramlang juga dilapurkan akan berceramah di beberapa tempat di PP.Apa hikmat disebalik keikhlasan dan keberanian Imam Ramlang ini?
Inilah tanda awal munajat rakyat yang sentiasa memohon agar ALLAH menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan mula menampakkan hasil.Paling manis kepada kita ialah kemunculan Imam Ramlang bersama TGNA.
Tanda bahawa DSAI telah mengambil langkah yang betul dalam berdepan fitnah besar ini.Imam Ramlang juga menunjukkan sikap seorang mukmin yang baik bila beliau membuat pengakuan di depan TGNA bahawa beliau tidak mahu bersubahat dengan kepalsuan yang dibuat oleh golongan yang tak takut dengan azab ALLAH.Sesungguhnya ALLAH memberi Imam Ramlang kekuatan untuk berdepan dengan fitnah durjana ini.Inilah janji ALLAH kepada hamba hambanya yang taat dan sentiasa memohon pertolongannya.Sesungguhnya munajat rakyat tidak sia sia dan alim ulamak kita tidak mempersia siakan ilmu mereka.
Syabas kepada Imam Ramlang dan semuga enta istiqamah dalam perjuangan menegak kebenaran ini.Sesungguhnya enta telah melalui minggu minggu yang mencabar sejak majlis sumpah laknat itu dan enta telah menerima berbagai cemuhan dan kencaman dari banyak pihak termasuk juga dari ana.Untuk itu terimalah permohonan maaf secara terbuka dari ana.Semuga pihak pihak yang pernah mengencam Imam Ramlang turut menghulurkan permohanan maaf mereka.
"YA ALLAH YA TUHANKU,TUNJUKKAN YANG BENAR ITU BENAR UNTUK KAMI IKUTI DAN TUNJUKKAN YANG BATHIL ITU BATHIL UNTUK KAMI JAUHI""
pengakuan sendiri oleh Ustaz Ramlang Porigi
p/s : ana minta maaf banyak2 dkt Ustaz Ramlang Porigi kalau sebelum ni ada terkata yang tak baik dkt enta...
For more information, maybe this can help
August 25, 2008
40. هيا نتعلم العامية المصرية
عدم تحريك الحرف الأخر من الكلمة
الأمثلة
*داليوم ده عندنا درس جديد
هذا اليوم عندنا درس جديد
*خالد بيقرأ في الكتاب
محمد يقرأ في الكتاب
*إحنا دلوقت بنبدأ نغهم شوية
الآن هذا الوقت نبدأ نغهم قليل
*جيت اليوم علشان أتعلم معك
جئت اليوم لكى أتعلم معك
* محمد ئال لكلام ده
محمد قال هذا الكلام
تنبيه
أظنك تفهم أكثر قليلا الآن
* فريد بيلعب في درس
فريد يلعب في الدرس
شوف المعلم بيرفع ايدو علشان
انظر الى المعلم يرفع يده لأجله
*انت بتقول ايه ؟
انت تقول ماذا ؟
August 19, 2008
39. Sunnah Nabi dan sains
Seperti mana yang kita sedia maklum, junjungan nabi kita sebelum baginda wafat, baginda masih lagi menyebut di bibirnya dengan perkataan UMMATI, iaitu bermaksud ummatku. . Mengapa nabi tidak menyebut nama Khadijah, mengapa nabi tidak menyebut nama Aishah? Bahkan apa yang bermain di hati nabi ialah umatnya. Ini menunjukkan betapa sayangnya baginda kepada umatnya berbanding kepada ahli keluaganya sendiri. Jadi bagi menunjukkan rasa sayang nabi kepada umatnya, baginda telah meninggalkan harta yang paling berharga yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam keseluruahnnya. Antaranya ialah dari segi pemakanan baginda sendiri :-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
5. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
6. Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
August 8, 2008
38. Teori Sains dan Ibadah Solat
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
July 30, 2008
35. Diet cara Rasulullah
Daripada peristiwa ini juga ibadah solat telah difardhukan kepada baginda yang mana pada mulanya telah difardhukan sebanyak 55 rakaat tapi atas dasar belas kasihan nabi kepada umatnya, baginda telah naik bertemu Allah beberapa kali bagi minta agar dikurangkan rakaat, tapi malangnya masih ada segelintir di kalangan umatnya sendiri yang masih mengabaikan ibadah solat ini yang merupakan soalan pertama yang akan ditanya oleh Allah pada hari akhirat kelak. Lebih teruk lagi ada yang tidak menunaikan ibadah solat langsung. Nauzubillah min zalik.
Setelah menerima fardhu solat baginda kemudiannya kembali semula ke Mekah dalam masa hanya satu malam. Inilah yang merupakan kekuasaan Allah yang ingin ditunjukkan kepada nabi Muhammad di mana Allah mampu untuk melakukan segalanya biarpun pada fikiran manusia yang cetek ini mustahil untuk berlaku.
Jadi di sini mari kita hayati sunnah nabi kita yang mana kemungkinan besar daripada kita masih tidak mengetahui akan perkara ini iaitu diet cara Rasulullah yang mana barangsiapa yang mengamalkannya InsyaAllah mendapat keberkatan daripada Allah dan dijauhi daripada penyakit...Aminn
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan BUAH + SUSU misalnya seperti KOKTEL
Jangan makan BUAH SELEPAS MAKAN NASI SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM MAKAN NASI
TIDUR SATU JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YANG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA
MINUM SEGELAS AIR SEJUK (BUKAN AIS) SETIAP PAGI
MAKAN DENGAN TANGAN DAN JILAT JARI SELEPAS MAKAN KERANA TERKANDUNG DI CELAH2 JARI TADI ENZIM2 YANG 10 KALI GANDA TERDAPAT DALAM AIR LIUR
July 21, 2008
34. Wear your seatbelt
Moral yang boleh didapati dari klip video ni :
1. Hantu pun tau ajar anak dia suruh pakai tali pinggang..haha
2. Jangan letak kotak tisu di belakang, susah nak ambik kalau nak guna
3. Jangan lalu kawasan gelap seorang diri, nanti ada teman lain yang mengikuti
4. Gunalah tali pinggang keledar walau duduk belakang
5. Periksa dahulu sebelum menerima sesuatu dari orang yang tak dikenali
dan banyak lagi...pikir-pikirkanlah..haha..just for joking
ni iklan tebaru proton...
July 19, 2008
33. Tujuh Golongan yang mendapat naungan Arasy Allah pada hari akhirat
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib
lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.
July 10, 2008
27. Antara Fushah dan Ammi 2
Bahasa Arab merupakan bahasa yang unik dan menarik, ia juga adalah bahasa rasmi bagi agama Islam, kerana itu ia perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar ketulinan dan kesinambungannya terpelihara. Al-Quran sebagai pelembagaan kepada agama Islam juga telah diturunkan dalam Bahasa Arab.
Secara amnya, Bahasa Arab merupakan eleman yang penting untuk menyatukan bangsa dan ia juga mencerminkan ketamadunan bangsa tersebut. Selain itu, bahasa Arab juga merupakan lidah rasmi bagi seruan Ilahi dan gedung simpanan ajaran Islam untuk penganutnya. Ia juga memainkan peranan yang cukup besar dalam mengembalikan kepercayaan manusia daripada menyembah berhala kepada menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Apa yang lebih mengagumkan kita lagi, Bahasa Arab juga merupakan bahasa perantaraan makhluk kepada Penciptanya, umpama ibadah harian kita iaitu sembahyang. Tidak sah sembahyang seseorang itu jika tidak menggunakan Bahasa Arab. Ini jelas menunjukkan kepada kita satu ikatan yang sangat kukuh di antara Bahasa Arab dan al-Quran yang tidak mungkin didapati pada bahasa-bahasa lain di dalam kitab suci mereka.
Islam adalah agama yang begitu sinonim dengan Bahasa Arab dan dunia tidak akan mengenali Islam tanpa al-Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab. Oleh kerana itu, ajaran Islam mewajibkan ke atas penganutnya untuk mempelajari bahasa ini dan memahaminya. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Taimiah “Seseungguhnya Bahasa Arab itu adalah sebahagian daripada agama, mengetahuinya adalah satu kewajipan kerana memahami al-Quran dan as-Sunnah adalah wajib dan keduanya tidak akan dapat difahami kecuali dengan memahami Bahasa Arab”. Disandarkan lagi kepada satu kaedah yang menyebut, “sekirannya kewajipan sesuatu perkara itu terikat dengan satu perkara yang lain maka perkara itu menjadi wajib”. Saidina Umar r.a juga pernah berkata “pelajarilah bahasa Arab kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu”. Apabila kita membincangkan tentang Bahasa Arab, maka sudah tentu ia adalah Bahasa Arab Fushah (baku dan tulin). Bahasa Arab Fushah merupakan bahasa asal Arab yang dapat difahami oleh seluruh bangsa Arab walau dari negara mana sekalipun dan bahasa inilah yang telah menyatukan bangsa-bangsa Arab dan seterusnya menghapuskan perselisihan yang berlaku sesama mereka.
Dewasa ini menyaksikan Bahasa Arab Fushah sedang hangat disaingi oleh Bahasa Arab Ammi (bahasa pasar) dengan begitu meluas sekali. Sehingga ada yang mencadangkan agar Bahasa Arab Ammi dijadikan bahasa kedua yang digunakan secara rasmi di media cetak atau elektronik, diberikan pengiktirafan untuk dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan dikaji kesusasteraan yang ada padanya. Cadangan ini dilihat sebagai satu usaha yang sangat merbahaya bertujuan untuk memecah belahkan kesatuan bangsa Arab dan akhirnya menjauhkan mereka daripada memahami bahasa al-Quran itu sendiri.Perlu dibezakan di sini di antara lahjah (loghat setempat) dan ammi (bahasa pasar). Lahjah ialah perbezaan daripada segi sebutan huruf seperti huruf qaf disebut ga, tetapi bahasa Arab Ammi merupakan bahasa kedua yang tidak mempunyai teori di dalam penggunaannya. Ia adalah hasil campuran daripada Bahasa Arab Fushah yang telah diubah cara sebutannya dan bahasa asing (bukan Arab) yang tidak diketahui asal usulnya. Bahasa Arab Ammi inilah yang telah diguna pakai oleh hampir keseluruhan bangsa-bangsa Arab termasuk para ulama’ dan sasterawan. Jika diperhatikan dengan lebih mendalam lagi, fenomena ini mampu mengugat bahasa Arab Fushah itu sendiri untuk terus kekal sebagai bahasa rasmi dan berkemungkinan ia akan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga tidak lagi diguna pakai kecuali pada ruang lingkup yang agak kecil.Menyedari hakikat ini, muncullah beberapa usaha untuk mengangkat dan memartabatkan semula Bahasa Arab Fushah di samping menenggelamkan terus pengaruh bahasa Arab Ammi yang kian menular di kalangan masyarakat Arab. Usaha-usaha tersebut dijalankan bermula di peringkat sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di mana pemahaman tentang peri pentingnya penguasaan Bahasa Arab Fushah ini diterapkan kepada golongan pelajar dan juga mahasiswa.
Usaha-usaha ini juga secara tidak langsung diterapkan melalui pertukaran kemahiran-kemahiran di dalam bidang tertentu di antara negara-negara Arab yang akan menyebabkan mereka terpaksa berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan Bahasa Arab Fushah. Ini merupakan satu usaha dan perkembangan baik yang tidak dapat dilihat sejak 50 tahun dahulu. Sebagai contoh amat sulit bagi orang Arab Syria untuk memahami perbualan orang Arab Maghribi dan begitu juga sebaliknya, malahan bahasa Arab Fushah ini kebanyakannya difahami oleh golongan tertentu sahaja seperti mereka yang berpendidikan tinggi. Tetapi sekarang keadaannya sudah agak berbeza, mereka sudah mampu berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Arab Fushah seratus peratus atau hampir-hampir kepada bahasa Arab Fushah walaupun mereka terdiri daripada golongan masyarakat biasa. Ini adalah satu rahmat dan kehendak Allah s.w.t untuk terus memelihara Islam dan al-Quran daripada terus terpesong atau pupus tanpa penganut yang benar-benar memahami kedua-duanya. Pemeliharaan Allah s.w.t dan usaha daripada kita jugalah yang akan menyebabkan Bahasa Arab terus terbela dan mendapat tempat utama di sisi masyarakat Arab khususnya. Melihat kepada perkembangan tersebut, kita mengharapkan agar bangsa Arab terus mengambil berat dan berbangga terhadap Bahasa Arab yang telah banyak membawa kejayaan kepada mereka. Jika sekiranya usaha-usaha yang telah dijalankan untuk memartabatkan Bahasa Arab Fushah ini berterusan, tidak mustahil bangsa arab akan kembali menggunakan bahasa asal mereka sehinggalah sesama masyarakat setempat, insya-Allah.
Di antara matlamat yang diharapkan untuk menjayakan usaha ini dalam penerapan pendidikan Bahasa Arab Fushah ialah melalui percakapan yang baik, pembacaan yang peka dan berkesan, pemahaman yang sempurna dan penulisan berkualiti yang mampu mencetus karya–karya sastera yang berkualiti tinggi. Perlu kita fahami di sini, bahawa penggunaan Bahasa Arab Fushah dalam komunikasi seharian sama ada melalui penulisan mahupun percakapan sebenarnya boleh membantu dalam menjaga warisan peradaban bangsa Arab itu sendiri, tahukah kita bahawa setiap perkataan Bahasa Arab ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri, seolah-olah sejarah dan adat lama mereka terus hidup untuk meriwayatkan kembali kisah silamnya. Begitulah hebatnya ciptaan Tuhan dalam menjadikan sesuatu perkara. Oleh itu, marilah bersama kita memelihara Bahasa Arab Fushah ini daripada anasir-anasir yang boleh melemahkannya kerana dengan lemahnya Bahasa Arab akan lemahlah kesatuan bangsa dan akhirnya menyebabkan bangsa Arab akan berpecah belah dan bercakaran tanpa kesudahan. Jika ini benar-benar terjadi, Islam akan lemah dan terpinggirlah al-Quran, kesempatan ini akan diambil oleh golongan yang bencikan Islam untuk menjatuhkan Islam. Sebaliknya dengan terpeliharanya Bahasa Arab, kesatuan bangsa Arab akan terus terjamin dan umat Islam akan terus kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar di mana sumber utamanya adalah al-Quran
Dipetik daripada laman web persatuan pelajar malaysia syria
26. Antara Fushah dan Ammi
Bahasa Arab merupakan bahasa yang dituturkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Oleh kerana keistimewaan yang dimiliki oleh Bahasa Arab,Allah telah menurunkan mukjizat terbesar nabi Muhammad saw menggunakan lisan Arab.Kriteria istimewa yang dimiliki oleh Bahasa Arab adalah seperti mempunyai prosa kata yang banyak dan kaya dengan lafaz yang mampu mengungkapkan setiap ekspresi penutur.Setiap huruf yang berbeza mengandungi intonasi tersendiri yang mencerminkan maksud perkataan tersebut.Contohnya perkataan لين yang bermaksud lembut sesuai dengan huruf yang dipilih kerana huruf ل ي ن melahirkan intonasi yang lembut juga.Manakala perkataan غضب yang bermaksud marah terdiri daripada huruf-huruf yang mempunyai intonasi yang agak kasar.Bahasa Arab sememangnya memiliki keunikan yang menakjubkan jika mengkajinya secara terperinci.
Namun,apa yang mendukacitakan adalah nasib Bahasa Arab Fushah(baku) hari ini agak menyedihkan memandangkan ramai yang memandang sepi akan keistimewaan yang dimiliki.Justeru terdapat usaha untuk menjadikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Ammi yang tidak mempunyai dasar yang kukuh sebagai kiblat hidup mereka.Bahasa Arab Ammi(rojak) yang jauh tersimpang dari prosa dan tatabahasa Arab yang tulen bermula sejak zaman sebelum kebangkitan Islam lagi.Fenomena kerosakan bahasa ini timbul disebabkan faktor politik(kolonial),sosial, ekonomi,perang saraf(di dalam bahasa Arab sendiri),arus kemodenan,kesilapan memindahkan fakta dan pelbagai lagi.
Kesalahan umum dalam penggunaan prosa Arab telah berkembang secara berleluasa.Malah penyair terkemuka pada zaman Jahiliyyah juga turut terlibat dalam fenomena kerosakan bahasa ini.Contoh yang boleh saya hadirkan adalah kata-kata Ubaidillah bin Ziyad yang merupakan gabenor Islam di Kufah dan Basrah,
“ “bermaksud bukalah pedang kamu.Maksud sebenar beliau adalah,”hunuskan pedangmu” dan perkataan yang paling tepat adalah” “.Beliau telah terpengaruh dengan penggunaan lafaz-lafaz Farsi kerana ibu beliau beasal daripada Farsi.
Tambahan lagi,percampuran orang Arab dan ‘Ajam(bukan Arab )telah merancakkan lagi fenomena ini apabila lahirnya pelbagai lafaz-lafaz baru yang menggabungkan beberapa bahasa yang berbeza.
Mengintai dari skop politik,kolonial atau penjajahan merupakan faktor terpenting yang membantutkan penggunaan Bahasa Arab Fushah di kalangan masyarakat Arab.Mesir sendiri yang dijajah oleh Perancis dan Inggeris telah dilanda satu revolusi apabila Bahasa Ammi mula dipakai secara berleluasa.Unsur-unsur kemodenan yang dibawa berpenjajah menjauhkan masyarakat Islam daripada pegangan Islam lantas meninggalkan Bahasa Al-quran dan lebih bangga bertutur menggunakan Bahasa Ammi atau bahasa penjajah.Bahasa Ammi mula diadaptasi dalam media elektronik dan cetak.Justeru timbul banyak gerakan yang membantu pertumbuhan Bahasa Ammi di Mesir.Contohnya Wilhalm Spita Jermany telah menyeru masyarakat Mesir mempopularkan Bahasa Ammi melalui buku beliau berjudul “Tatabahasa Arab Ammi Mesir” yang diterbitkan pada tahun 1880.Permulaan ini diikuti dengan kesungguhan bangsa asing mempelajari lahjah atau dialek Mesir dalam usaha menguburkan Bahasa Arab Fusha.Antaranya seorang orentalis Perancis,Selfredtrada Sasi telah menerbitkan hasil kajian beliau berjudul”Bahasa Ammi Mesir dan Syam”.Malah sebuah universiti di United Kingdom telah menubuhkan jabatan khusus pada awal kurun ke 19 untuk mengkaji secara teliti tentang Bahasa Arab Fusha dan Ammi.Lalu di manakah peranan kita untuk mendalami Bahasa Al-Quran ini?
Apa yang menyedihkan,lahir di kalangan anak tempatan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk mempertahankan bahasa ibonda.Sebaliknya mereka menyeru masyarakat membudayakan Bahasa Ammi.Kamal Hasan dalam karya beliau”Bahasa Arab Kontemporari” telah memperkenalkan bahasa yang lebih ringan untuk digunapakai dengan memperincikan hanya beberapa bab terpenting dalam Nahu(tatabahasa Arab)sahaja untuk dipelajari.Beliau juga mengharuskan penggunaan beberapa kalimah asing dalam pertuturan Bahasa Arab Fusha untuk memudahkan penutur mengungkapkan apa yang terlintas di mindanya.
Tuntasnya,fenomena ini telah menyentuh sensitiviti ulamak kita untuk bangkit menyedarkan masyarakat peri pentingnya memprolifikkan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan.Justeru,kita wajib menilai dengan mata hati betapa Bahasa Arab Ammi tidak langsung sama kedudukannya dengan Bahasa Arab Fusha.Saya seru diri saya dan sahabat-sahabat untuk membudayakan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan semaksimum mungkin .
Dipetik daripada artikel from one of my blogroll....Selepas membaca artikel ini, jangan kita katakan bahasa ammi itu tidak baik dan tidak patut digunakan. Ini kerana ustaz sy yang merupakan lepasan Universiti Al azhar pernah mengatakan pelajar2 yang ingin menguasai uslub ataupun gaya bahasa yang oarang arab gunakan, kita perlu tahu bahasa ammi. Jadi belajar bahasa ammi untuk mengetahui gaya bahasa yg org gunakan dan bertutur dalam bahasa fushah...
May 30, 2008
23. Alahai P. Ramlee
Jadi fikir-fikirkanlah. Filem ni pun pernah memenangi filem terbaik Asia.
Hehe....Rupa-rupanya P. Ramlee dah lama tau......
