Showing posts with label Matrik Azhar. Show all posts
Showing posts with label Matrik Azhar. Show all posts

October 10, 2009

104, Selesai program

Selesai sudah program pelancaran Rumah Amanah Malaysia Mesir yang terletak di Hayyu Sabi’ ini dan juga Majlis Amanahraya meraikan pelajar Malaysia di Mesir bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah bersama Datuk Seri Nazri. Majlis yang bermula 7 hingga 8 Oktober itu Alhamdulillah berjaya dijayakan oleh semua pelajar tajaan Amanahraya di Mesir dari kumpulan pertama dan juga pelajar yang baru tiba dua minggu lepas.

Majlis pelancaran Rumah Amanah Malaysia.

Rumah ini buat pertama kali dirasmikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz. Bangunan lima tingkat ini menempatkan pelajar bawah tajaan Amanah raya seramai 53 orang dari kumpulan pertama seramai 24 orang dan kumpulan kedua seramai 28 orang termasuk seorang warden Encik Firdaus bin Hat. Majlis bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 6 petang. Rombongan menteri disertai Datuk Dusuki, Pengurus Amanahraya, Datuk Zainal Abidin, Mantan Duta Besar ke Malaysia dan juga Dato’ Rodzi Pawanteh, Pengarah Urusan Amanahraya dan Puan Adzliah Suhod,wakil Amanahraya disertai wakil dari kedutaan tiba jam 2.30 petang.

Plak Rumah

Papan tanda rumah



Makan tengahari di Kafe Arau

Rombongan menteri telah meluangkan masa untuk makan tengah hari di Kafe Arau yang beroperasi di Rumah Perlis di Hayyu Sabi’ pada keesokan harinya. Ini memandangkan menu yang disediakan sedap dan lazat dan juga makanan semuanya ala timur. Masing-masing berpuas hati dengan menu yang disediakan.

Abg Man dengan Datuk Dusuki



sembang apa tu?


Majlis Sambutan Aidilfitri

Pada 8 Oktober keesokannya satu majlis Sambutan Aidilfitri meraikan pelajar Malaysia di Mesir telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah. Majlis ini ditaja sepenhnya oleh Amanahraya Berhad dan diadakan juga majlis ramah Mesra datuk Seri Nazri Aziz bersama pelajar Malaysia di sini. Majlis bermula jam 6 petang dan berakhir jam 8 malam.

Program ke Iskandariah

Selepas selesai semua program di Kaherah, bagi meraikan penat lelah pelajar menguruskan dua program sebagai balasannya pihak Amanahraya telah membawa semua pelajarnya ke Iskandariah bagi makan angin di sana. Dalam pada itu kami turut mengikut rombongan menteri melawat bangunan Pelajar Perubatan bawah tajaan MARA di Iskandariah. Sepanjang ziarah kami telah berpeluang masuk ke dalam Perpustakaan Iskandariah yang terkenal dengan tinggalan manuskrip dan buku lama. Terdapat satu muzium dalam perpustakaan itu yang menempatkan buku dan manuskrip lama.

Masing-masing tengok laut


Tepi laut


September 20, 2009

103. Aktiviti dan program sepanjang perayaan Aidilfitri

Pertama kali beraya Aidilfitri di bumi Mesir ini penuh dengan aktiviti dan kenangan. Jadi semuanya disematkan dalam bentuk gambar agar apabila dilihat dan dibaca nanti teringat kembali bagaimana rasanya beraya jauh dari keluarga tercinta di Malaysia.

Sehari sebelum hari raya

Kami pelajar di Rumah Amanah Raya bersepakat mengadakan satu majlis kenduri sesama kami sebagai meraikan perayaan pertama di Mesir ini. Semuanya masing-masing merasakan kali pertama beraya dari keluarga dan mungkin perasaan sedih dan teringat akan famili masih ada Jadi sebagai menghilangkan semua perasaan itu, diadakan majlis makan bertempat di bumbung atas rumah kami.

Gaul kentang nak buat bergedil makan dengan soto

Daging untuk dibuat rendang yang dimasak oleh pegawai kami.... :-)


Petang sebelum raya

Aktivit memasak dimulakan. Pembahagian menu yang dimasak oleh pelajar lelaki dan perempuan dibuat. Jadi pakat-pakat masak



Malam raya

Takbir diadakan sejurus selepas isya selepas diumumkan keesokan harinya hari raya. Majlis berlansung di bumbung di rumah kami.


Laungan Takbir

Pelajar Perempuan


Akhir majlis bertukar menjadi tukang basuh pinggan



Pagi raya

Semuanya keluar bagi menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid berdekatan rumah. Solat bermula jam 6 pagi dengan takbir berkumandang tidak sesayu seperti di Malaysia. Manakala pelajar Melayu solat agak lewat pada jam 7.45 pagi. Seterusnya kami semua baik lelaki dan perempuan menuju ke Dewan Malaysia Abbasiyah bagi menikmati hidangan dan jamuan yang dianjurkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Suasana seakan-akan berada di Malaysia memandangkan bilangan pelajar Malaysia di sini begitu ramai. Takbir dan tahmid bunyinya juga memang macam di Malaysia. Betul kata orang raya di sini meriah..

Masing-masing baru balik masjid

Masing-masing dengan jubah baru

Bersama pak guard rumah


Bersama rendang yang sedap

Salam perantauan dari kami buat semua di Malaysia dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir batin

Depan Rumah Amanah Malaysia


Tukar uniform melayu pula

Bersama abang Rusman senegeri



Kelihatan suasana perayaan di Mesir tidak semeriah seperti Malaysia di kalangan rakyatnya sendiri. Antara adat seperti menziarahi keluarga serta memakai pakaian baru kurang kelihatan di kalangan rakyat Mesir. Mungkin juga di tempat atau kawasan lain berlaku perkara ini. Jadi inilah namanya pengalaman. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi yang penting sambutan di Malaysia lagi besstttt...

Di Dewan Malaysia Abbasiyah



Rakyat Malaysia beraya


Pelajar Kuliah Ulum Islami

Bersama Ridhwan member satu negeri

Menikmati satay

Selepas ini terus dengan program rumah terbuka yang diadakan oleh pelajar anak-anak negeri masing. Antaranya pada hari raya pertama di Rumah Kelantan seterusnya raya kedua di Rumah Kedah dan raya ketiga di Rumah Perlis dan seterusnya. Tak payah nasi dah minggu ni. Pada raya keempat insyaAllah kami akan menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru tajaan Amanah Raya Berhad seramai 28 orang. Jadi Ahlan wa Sahlan...

September 17, 2009

101. Aktiviti sepanjang Ramadhan

Sepanjang Ramadhan di bumi Kaherah ini, pelbagai aktivit yang dijalankan. Jadi posting kali ini insyaAllah dipenuhi dengan gambar dan khabar dari Bumi Anbiya ini.

1. Daurah bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

Daurah bermula dari awal Ramadhan sehingga 21 Ramadhan dan Rumah Kedah di Hayyu Sabi telah menjadi tuan rumah untuk program ini. Daurah dihadiri oleh ramai penuntut tidak kira dari bidang agama dan juga perubatan. Pelajar dari nusantara antaranya Indonesia, Brunei dan Singapura turut sama menyertai.

2. Daurah dan jaulah ke Humaysara
Humaysara merupakan tempat letaknya makam Imam Tarikat Syazuliah. Program berlansung selama 3 hari 2 malam dan daurah ilmiah diisi sendiri oleh Syeikh Nurudin. Perjalanan dari Kaherah menuju ke Humaysara mengambil masa lebih kurang 14 jam seperti perjalanan dari Kangar ke Johor juga la.

3. Majlis Khatam Al Quran

Majlis berlansung di Rumah Amanah Malaysia antara pelajar-pelajar tajaan ARB sahaja. Alhamdulillah kami berpelunag juga untuk mengkhatamkan 30 Juzu Alquran dengan pembahagian pada setiap tingkat. Majlis belansung selepas subuh di surau.




4. Majlis Iftor Jamaie

Majlis dianjurkan sendiri oleh pelajar ARB khas untuk semua pelajar Kuliah Ulum Islami anataranya dari negeri Johor dan Sabah. Pegawai dari dua buah negeri tersebut dijemput menghadiri majlis itu. Majlis telah ditaja oleh kontraktor yang mengislah Rumah Amanah ini iaitu Mr. Khaled Attal. Pengisian pada malam itu disampaikan oleh Ustaz Fathi dari Kedah.





5. Hantar sahabat dan menyambut pelajar baru

Malam 26 Ramadhan yang lalu, saya berpeluang untuk menghantar seorang sahabat Mesir namanya Toha yang menyambung pelajaran ke Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN). Orang Malaysia datang Mesir menuntu ilmu di Azhar tapi dia pergi Malaysia sambung belajar di sana. Memang di minat sungguh dengan pelajar dari Asia terutama Malaysia dan Indonesia.
Kebetulan pada malam itu juga pelajar Matrikulasi Azhar dari Akademi Alquran juga tiba seramai 5 orang. Jadi terus tunggu di airport bagi menyambut mereka.






6. Maidah Rahman

Salah satu keunikan Mesir sepanjang Ramadhan makanan berbuka boleh didapati di mana sahaja di jalanan mahupun masjid. Ini kerana orang arab selalu melakukan infaq tambahan pada bulan ini dengan mengagihkan makanan kepada orang ramai terutama yang miskin. Akan disediakan khemah bagi orang ramai nak makan. Antara juadah seperti ayam dan daging atau kadang-kadang ikan serta roti yang femes dengan nama "i'sh biladi" atau roti.




selepas habis semua orang makan akan ada kanak-kanak dan orang yang datang mengutip sisa makanan unutk djiadikan hidangan mereka. Kasihan sungguh...
7. Terawih di Masjid Amru

Malam 27 Ramadhan Masjid ini akan dipenuhi jutaan orang kerana terawih akan diimamkan oleh Sheikh Jibril dan Qunut selalunya memakan masa sehingga sejam lamanya serta akan terdengar tangisan orang ramai kerana menghayatinya pemergian Ramadhan. Orang ramia mula memenuhi masjid bermula dari selepas zohor dan terus beriktikaf sehingga esoknya. Jalan menuju ke masjid akan penuh sesak.


makanan untuk berbuka disediakan dari awal

Gambar insyaAllah akan diupload dari semasa ke semasa bergantung kepada kemudahan internet. Suasana di Mesir sepanjang Ramadhan Alhamdulillah seronok dan hidup dengan ibadahnya biarpun di akhir-akhir.

August 2, 2009

99. Motor baru Azam baru..

Perjalanan hidup dan menuntut ilmu di Bumi Mesir masih panjang dan sesuai jika kami mempunyai sebuah kenderaan bagi memaudahkan nak bergerak ke merata tempat dan yang terdapat majlis pengajian. Jadi posting kali ini menceritakan sedikit pengalaman membeli motorsikal di sini. Fakhri salah seorang yang belajar bersama kami membuat keputusan membeli sebuah motorsikal bag menjimatkan wang tambang teksi ke universiti setiap hari. JAdi boleh la nak tumpang selalu lepas ini.....Memang sebelum ini sudah ada pelajar di kalangan kami yang mempunyai motorsikal Honda dari Jepun dan kali ini motorsikal jenama Dayun dari China. Mesir memang terkenal dengan lambakan barang-barang dan produk dari China dari pakaian, peralatan eletrik sehinggalah ke kenderaan seperti motorsikal kebanyakannya.

Jenama yang terkenal Dayun. Ada banyak lagi macam Halawa, Hojiang dll

Memang menjadi suatu kebiasaan kepada pelajar luar khusunya Malaysia mempunyai sebuah motorsikal seperti Honda Wave tapi versi Dayun dari China. Kebanyakan pelajar memilih Dayun berbanding Honda kerana perbezaan harga yang terlalu ketara. Dayun dari China harganya Le3300 dan Honda dari Jepun Le 7300. Tapi bergantung kepada penggunanya. Alah membeli menang memakai...



Gudang yang menjual motorsikal dari China

Proses pembelian yang sepatutnya sekejap berkahir hingga ke lewat malam. Pemasangan motorsikal yang pada awalnya dikatakan cuma sa'ah wan nus (sejam setengah) tapi berlarutan hingga tiga jam.

Menunggu bila nak siap ni..

Memandangkan dah biasa dengan fe'el orang arab macam ni..sabar je la tapi tak semua orang arab macam ini,,,,insyaAllah...

Tempat pemasangan motorsikal



Bergaya....