December 12, 2008

79. Hebahan

Salam kepada semua

Pada 18 Disember 2008, bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah akan diadakan satu Majlis Himpunan Bekas Pelajar ataupun Reunion untuk para pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah yang berada di seluruh Mesir. Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhwah yang telah lama dibina sejak di berada di Bumi Waqafan dulu dan bagi saling mengenali antara satu sama lain yang mungkin ada yang telah lama berada di Bumi Mesir ini tapi tidak mengenali antara satu sama lain.

Semua bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah yang berada di Bumi Mesir ini amatlah dialu-alukan untuk hadir ke majlis ini sama ada yang berada di Kaherah khususnya dan yang berada di cawangan amnya. Kedatangan sahabat sekalian amatlah diharapkan. Perjumpaan ini bukanlah bagi menunjukkan kita taksub dengan sekolah kita, tapi tujuannya yang penting adalah bagi menghayati semula lima keunikan yang kita belajar semasa berada di Kolej dulu iaitu Ukhwah. Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir bagi memeriahkan majlis.

Bagi pelajar yang akan hadir diminta boleh mengesahkan kehadiran dengan menghubungi saya sendiri atau Saudara Fahrul Razi Razak secepat mungkin bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Bawa bersama LE 5 sebagai bayaran makan semasa majlis ini.

Sekian,,wassalam,,segala perkembangan terbaru mengenai majlis akan saya muatkan kemudian.

December 11, 2008

78. Aidil Adha di perantauan

Sehari sebelum raya, kami berkesempatan untuk pergi ke Sayedah Zainab, tempat pelajar perubatan tajaan JPA untuk berbuka puasa di sana. Alhamdulillah mereka dpat menyediakan juadah untuk kami biarpun dalam keadaaan cepat dan segera dan kami datang tanpa memberitahu mereka. Banyak2 terima kasih kepada sesiapa yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk kami terutamanya yang nasi ayam yang sedap. Boleh buka kedai lepas ni :-)




Ini merupakan Aidil Adha saya yang pertama di bumi Mesir dan jauh dari keluarga. Alhamdulillah suasana di Malaysia masih terasa disebabkan mungkin bilangan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir ramai. Makanan terasa Malasyia, takbir berbunyi Malaysia dan pakaian pun masih Baju Melayu. Padi pagi raya semua penghuni di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) telah disediakan bas untuk solat raya di Asyir, memandangkan pihak kedutaan dan persatuan perubatan menjalankan ibadah korban di sana sejurus habis solat sunat hari raya. Solat telah diimamkan oleh pegawai dari Jabatan Pelajaran Malaysia Kaherah (JPMK) dan khutbah telah disampaikan oleh TYT Duta, Datuk Zainal Abidin. Banyak binatang ternakan yang telah dikorbankan pada pagi tersebut. Ibadah korban bermula jam 9 pagi dan diakhiri denagn jamuan makan daging korban tersebut pada jam 1 tengah hari. Juadah telah disediakan oleh rumah negeri dari Selangor, Kedah dan Pahang. Semua rumah negeri saling bergotong-royong dalam menyediakan juadah dan melaksanakan ibadah korban.















Unta yang dikorbankan













Nasi impit di Mesir


Pada hari raya ketiga, Rumah Perlis telah mengdakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidiladha. Satu-satunya rumah yang buat open house pada raya ketiga.

Bergambar depan rumah Perlis

December 7, 2008

77. Kullu am wa antum bikhair

Selamat hari raya Aidil adha buat keluarga dan sesiapa yang mengenali diri ini.

76.Khabar yang banyak

Musim sejuk sudah lama tiba di Mesir. Jadi sebagai persediaan kami pun bercadanag membeli selimut tebal atau nama lainnya Lihaf/Saratoga. Selimut ini memang akan dibeli oleh hampir semua pelajar memandangkan musim sejuk maksimum akan menjelang bulan satu nanti. Biat masa sekarang sejuknya boleh tahan lagi la. Mujurlah semasa membeli selimut tersebut, ada rakan arab seorang yang menjadi penawar harga kepada kami, namanya Toha. Akhirnya dapatlah kami beli dengan harga LE 130 yang sepatutnya LE 180 selepas tawar-menawar.















Semasa penyerahan selimut dan selimutku.. :-)

Sebelum datang Mesir dulu, dikhabarkan bahawa Hari Raya Aidil Adha lebih meriah daripada Hari Raya Aidil Fitri. Rasanya betul apa yang dikhabarkan. Pernah atau tak terbayang profession "Pak guard kambing"??Sebenarnya bukan profession pun cumanya itulah hakikat Mesir. Menjelang Aidil Adha, penuhlah di tepi-tepi jalan kambing, lembu, biri-biri berbanding dari hari-hari biasa. Pada malamnya pula akan adalah pak arab yang tidur bersama-sama kambing sebagai Jaga takut-takut hilang pula nanti. Yang peliknya orang arab boleh tahan bau kambing yang tak pernah mandi tu. Mungkin dah setiap hari macam itu agaknya.















Lembu dan kambing lori dan kambing yang akan disembelih


Yang berbungkus itu sebenarnya daging yang masih baru lagi

Saya lihat pemandangan ini sepanjang menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir. Bukannya nak pulang ke Malaysia cumanya nak menghantar ustaz yang nak pulang ke Malaysia, Ustaz Zulkhairi dari Kedah. Beliau pernah mengajar Nahu (tatabahasa Arab) kepada kami sebentar sebelum pulang, tapi tidak sempat nak habiskan sebab ustaz sibuk mengajar di tempat lain. Tempatnya telah pun diganti oleh Ustaz Fauzi. Apa pun terima kasih kepada Ustaz Zulkhairi, semoga berjaya dalam profession yang diceburi.
















Airport Mesir dan bergambar kenangan dengan Ustaz Zulkhairi sebelum pulang






gambar tentang bilik saya di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah











Bilik bujang je

December 2, 2008

75. Gerak Usahawan Mesir 08


Bermula dua hari lepas, telah diadakan satu Program Gerak Usahawan untuk pelajar-pelajar Mesir bertempat di Cairo International Conference Centre ( CICC) bertentangan dengan Universiti Al Azhar di Hayyu Sadis ( Seksyen Enam) tempat pelajar pra azhar belajar sekarang. Program ini telah diadakan pada tahun lepas dan kali ini sekali lagi Kementerin Pelajaran Tinggi memilih Mesir untuk mengajurkan program tersebut. Banyak usahawan berjaya dari Malaysia diperkenalkan kepada pelajar di sini sebagai pendorong buat pelajar yang mahu menyambung kerjaya dalam bidang keusahawanan. Banyak pelajar Malaysia yang hadir termasuklah dari pelajar perubatan di Mansoura dan Pengajian Islam di Dumyat, cawangan Azhar yang paling jauh. Semasa program tersebut, ramai daripada wakil bank dan usahawan yang berjaya membentangkan kertas kerja dan memberi motivasi kepada pelajar di sini yang ingin berjaya dalam bidang keusahawanan. Program berakhir denagn perasmian Mesyuarat Agong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mengikuti program ini selama dua hari dijalankan. Hasilnya lahirlah Koperasi Pelajar Malaysia di Mesir. Lepas ini dapatlah merasa makanan Malaysia di Mesir. Prgram ini akan bersambung di Iskandariah untuk pelajar-pelajar di sana.















Suasana dalam dewan dan bergambar dengan pelajar Syoubra Ustaz Thaisir
( Orang perlis)
















Waktu makan yang memang ditunggu-tunggu



Pada pagi Khamis sebelum bertolak ke CICC, ada surat dari Malaysia baru sampai. Surat yang memuatkan lampiran surat khabar Utusan Malaysia tentang berita pelajar Pra Azhar di Mesir. Dua minggu dikirim baru sampai. Berita dalm internet tak sama macam dalam akhbar. Rupa-rupanya gambar dia lebih banyak. Tak sangka nak keluar muka sebijik terpampang tapi yang sayangnya eja nama tak kena.Ish..ish... Tak pa sekali seumur hidup. :-)


















Keratan akhbar Utusan Malaysia 17 Nov 08


Berita lanjut boleh dibaca di sini

November 28, 2008

74. Usrah bersama duta

Hari Rabu yang lepas Dato' Duta telah meluangkan masanya dengan semua pelajar Pra Azhar, mengadakan perbincangan tentang buku bertajuk " Fahaman silap yang memundurkan Islam". hampir keseluruhan pelajar datang, dari rumah Johor di Hayyu Thamin sehinggalah rumah Sabah di Abas al Kad. Perbincangan bermula jam 7 sampai 9.30 malam.




Tekun mendengar


November 21, 2008

73. Long journey

Setelah sekian lama blog ni tidak diusik, akhirnya hari ini ada juga kesempatan untuk mengupdatenya. Orang Malaysia asyik tanya, "Aiman, bila nak update blog??" Maaf sebab kesuntukan masa. Posting kali ni menghimpunkan banyak pengalaman di Mesir ni. Pada 11 November yang lepas, seorang pelajar KISAS mengadakan reunion. Rumah dia dekat Hayyu Thamin. Jadi pelajar KISAS diajak ke rumahnya memandangkan dia pun baru sahaja menamatkan pengajian di Darul Ifta'. Gambar-gambar kenangan menghimpunkan pelajar KISAS yang ada di bumi Mesir ni dari tahun SPM 02-07. Sebenarnya banyak lagi pelajar KISAS di Mesir tapi kalau himpun semua tak muat la rumah ustaz tu.

SPM 07

SPM 06

SPM 05

SPM 04

SPM 03

SPM 02

Himpunan semua


1 November, Kelas pengajian pun bermula. Tempat pengajian kami di Universiti Azhar di Hayyu Sadis (Section 6). Kelas bermula jam 9 pagi sampai 1 tengah hari. Cuti yang diberikan satu hari sahaja iaitu Jumaat sebab di Mesir hari Jumaat memang semua pejabat atau sekolah cuti. Pelajar-pelajar semuanya pergi menaiki bas. Katanya akan disediakan bas tapi tak ddapat kabar apa lagi, jadi naik je bas awam yang ada.

Pada peringkat permulaan, kami diterapkan dengan asas Bahasa Arab. Pelajaran kami dibahagikan kepada empat kemahiran seperti mendengar, membaca, menulis dan memahami Bahas Arab. Setipa hari belajar dua subjek sahaja dan setiap subjek 2 jam. Pensyarah kebanyakan dari Kuliah Lughah dan terjemah dari Universiti Azhar. Subjek yang diajarkan seperti :

1. Istima' ( kemahiran mendengar)
2. Qiraah ( kemahiran membaca)
3. Kitabah ( kemahiran menulis)
4. Muhadasah ( kemahiran memahami)


Kami difahamkan kelas akan berjalan selama 10 bulan. Permulaan kami akan belajar asas-asas Bahasa Arab, seterusnya nahu dan sarf ( tatabahasa Bahasa Arab) dan akhirnya akan belajar asas-asas subjek pengajian Islam seperti Feqah dan banyak lagi. Kelas pengajian dan bermula selama tiga minggu, dan minggu lepas kami berpindah ke tempat baru di Kuliah Dirasat Islamiah ( Kuliah Pengajian Islam) . Kelas kami terbahagi kepada tiga kumpulan; 2 kumpulan lelaki dan 1 perempuan. Kelas kami memang tidak bercampur dengan pelajar Arab. Maklumat lanjut boleh didapati di blog ini.



kelas kami yang baru


Jadual pengajian akan saya tulis dalam blog kedua saya.