July 17, 2008

30. An interview at AmanahRaya





Semalam 16 Julai tarikh temuduga sy bagi biasiswa Amanaharaya di pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Temuduga yang sepatutnya bermula pukul 10.30 pagi tiba-tiba jadi pukul 12.00 tgh. Rupa-rupanya nama dipanggil mengikut senarai yang disediakan dan nama sy merupakan second last. Ish..lama tunggu..mungkin ada hikmah kot..Ingatkan boleh jumpa dengan pelajar KISAS tapi yang tak bestnya diorang temuduga pada 15 Julai. Tak pe la. Calon yang ditemuduga dengan sy hampir 8 orang je. Ingatkan macam temuduga JPA. Yang menjadi kejutan orang terakhir yang ditemuduga pun pelajar muslimat KISAS gak kelas 505. Kalau tak silap nama dia Siti Munawwarah. Dia sepatutnya temuduga awal tapi jalan sesak jadi dia sampai lambat sikit ke pejabat amanahraya di jalan ampang tu.

Pengalaman mula rasa cuak sebab kalau temuduga JPA masuk ramai sampai 6 orang tapi yang ni temuduga individu. HAHA..rilek je la..Ingatkan nak tanya soalan susah rupa-rupanya lebih kepada perbualan dan perbincangan. Mungkin lebih kepada nak tengok personaliti dan cara kita berkomunikasi je. Buat je la habis baik yang lain serah dekat Allah. Tunggu je keputusan sekarang ni...Heheh...

Ni gambar yang dimabil sebelum nak balik masa malam tu..Menara KL ni cantik pemandangan kalau dilihat waktu malam..

p/s : gambar atas tu nampak je happy tapi cuak gak tu,,haha

29. Sayonara


Khairul Fahmi a.k.a Jeng yang dahulunya pernah belajar di UNIMAP telah selamat melanjutkan pengajiannya dalam bidang perguruan sebab baru mendapat tawaran dari Maktab Tengku Bainun dekat Penang. Baru datang seminggu je dekat UNIMAP dah dapat tawaran jadi cikgu. Kursus yang ditawarkan ialah major dalam bidang Matematik dan minor dalam dalam subjek Bahasa Malaysia. Pendaftaran Maktab hari Isnin 14 hb yang lepas.

Komen Jeng selama seminggu belajar di UNIMAP

"Belajar dekat sini best tapi cuma letih naik bas" Mau taknya unimap ni tempat belajar merata tempat sebab kolej yang sebenar dalam pembinaan..

p/s : lepas ni jadi cikgu la plak,,tak jadi engineer la..

July 15, 2008

28. A trip to kebun

Hari Ahad minggu lepas diadakan satu picnic dekat kebun buah rambutan. Uhhh,,best nih boleh dapat pengalaman petik buah di kebun. Dekat negeri Perlis ni ada orang iaitu tuan kebun buah-buahan menjalankan aktiviti boleh dinamakan bisnes la jugak. Aktiviti ni dinamakan PAJAK. Selalu kalau dengar perkataan pajak mesti ingat pajak gadai je tapi tu la mula2 memang pelik dengar. PAJAK ni maksudnya tuan kebun tadi memajak pokok buah di kebunnya untuk sesiapa yang mahu. Jadi bagi sesiapa yang berkeinginan boleh datang ke kebun tadi dan pilih pokok buah mana yang dia nak ambik. Selalunya dijalankan waktu musim buah je la. Apabila buah di pokok tadi dah masak ranum, individu yang memajak pokok tadi boleh la datang mengambil buah di pokok tu tadi hingga habis. Selalunya satu pokok dipajak lebih kurang RM 30. Memang berbaloi sampai tak habis nak makan,,siap boleh buat kenduri lagi, mana taknya satu pokok bukannya sikit buah yang ada tambahan pokok rambutan. He2..kenyang makan buah la jawabnya.....Ni la gambar2 yang sempat diambil masa dekat kebun dulu...

petik jangan tak petik...














wui,,banyaknya buah rambutan..














sempat berpicnic lagi..

July 10, 2008

27. Antara Fushah dan Ammi 2

Bahasa Arab merupakan bahasa yang unik dan menarik, ia juga adalah bahasa rasmi bagi agama Islam, kerana itu ia perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar ketulinan dan kesinambungannya terpelihara. Al-Quran sebagai pelembagaan kepada agama Islam juga telah diturunkan dalam Bahasa Arab.

Secara amnya, Bahasa Arab merupakan eleman yang penting untuk menyatukan bangsa dan ia juga mencerminkan ketamadunan bangsa tersebut. Selain itu, bahasa Arab juga merupakan lidah rasmi bagi seruan Ilahi dan gedung simpanan ajaran Islam untuk penganutnya. Ia juga memainkan peranan yang cukup besar dalam mengembalikan kepercayaan manusia daripada menyembah berhala kepada menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Apa yang lebih mengagumkan kita lagi, Bahasa Arab juga merupakan bahasa perantaraan makhluk kepada Penciptanya, umpama ibadah harian kita iaitu sembahyang. Tidak sah sembahyang seseorang itu jika tidak menggunakan Bahasa Arab. Ini jelas menunjukkan kepada kita satu ikatan yang sangat kukuh di antara Bahasa Arab dan al-Quran yang tidak mungkin didapati pada bahasa-bahasa lain di dalam kitab suci mereka.

Islam adalah agama yang begitu sinonim dengan Bahasa Arab dan dunia tidak akan mengenali Islam tanpa al-Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab. Oleh kerana itu, ajaran Islam mewajibkan ke atas penganutnya untuk mempelajari bahasa ini dan memahaminya. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Taimiah “Seseungguhnya Bahasa Arab itu adalah sebahagian daripada agama, mengetahuinya adalah satu kewajipan kerana memahami al-Quran dan as-Sunnah adalah wajib dan keduanya tidak akan dapat difahami kecuali dengan memahami Bahasa Arab”. Disandarkan lagi kepada satu kaedah yang menyebut, “sekirannya kewajipan sesuatu perkara itu terikat dengan satu perkara yang lain maka perkara itu menjadi wajib”. Saidina Umar r.a juga pernah berkata “pelajarilah bahasa Arab kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu”. Apabila kita membincangkan tentang Bahasa Arab, maka sudah tentu ia adalah Bahasa Arab Fushah (baku dan tulin). Bahasa Arab Fushah merupakan bahasa asal Arab yang dapat difahami oleh seluruh bangsa Arab walau dari negara mana sekalipun dan bahasa inilah yang telah menyatukan bangsa-bangsa Arab dan seterusnya menghapuskan perselisihan yang berlaku sesama mereka.

Dewasa ini menyaksikan Bahasa Arab Fushah sedang hangat disaingi oleh Bahasa Arab Ammi (bahasa pasar) dengan begitu meluas sekali. Sehingga ada yang mencadangkan agar Bahasa Arab Ammi dijadikan bahasa kedua yang digunakan secara rasmi di media cetak atau elektronik, diberikan pengiktirafan untuk dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan dikaji kesusasteraan yang ada padanya. Cadangan ini dilihat sebagai satu usaha yang sangat merbahaya bertujuan untuk memecah belahkan kesatuan bangsa Arab dan akhirnya menjauhkan mereka daripada memahami bahasa al-Quran itu sendiri.Perlu dibezakan di sini di antara lahjah (loghat setempat) dan ammi (bahasa pasar). Lahjah ialah perbezaan daripada segi sebutan huruf seperti huruf qaf disebut ga, tetapi bahasa Arab Ammi merupakan bahasa kedua yang tidak mempunyai teori di dalam penggunaannya. Ia adalah hasil campuran daripada Bahasa Arab Fushah yang telah diubah cara sebutannya dan bahasa asing (bukan Arab) yang tidak diketahui asal usulnya. Bahasa Arab Ammi inilah yang telah diguna pakai oleh hampir keseluruhan bangsa-bangsa Arab termasuk para ulama’ dan sasterawan. Jika diperhatikan dengan lebih mendalam lagi, fenomena ini mampu mengugat bahasa Arab Fushah itu sendiri untuk terus kekal sebagai bahasa rasmi dan berkemungkinan ia akan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga tidak lagi diguna pakai kecuali pada ruang lingkup yang agak kecil.Menyedari hakikat ini, muncullah beberapa usaha untuk mengangkat dan memartabatkan semula Bahasa Arab Fushah di samping menenggelamkan terus pengaruh bahasa Arab Ammi yang kian menular di kalangan masyarakat Arab. Usaha-usaha tersebut dijalankan bermula di peringkat sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di mana pemahaman tentang peri pentingnya penguasaan Bahasa Arab Fushah ini diterapkan kepada golongan pelajar dan juga mahasiswa.

Usaha-usaha ini juga secara tidak langsung diterapkan melalui pertukaran kemahiran-kemahiran di dalam bidang tertentu di antara negara-negara Arab yang akan menyebabkan mereka terpaksa berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan Bahasa Arab Fushah. Ini merupakan satu usaha dan perkembangan baik yang tidak dapat dilihat sejak 50 tahun dahulu. Sebagai contoh amat sulit bagi orang Arab Syria untuk memahami perbualan orang Arab Maghribi dan begitu juga sebaliknya, malahan bahasa Arab Fushah ini kebanyakannya difahami oleh golongan tertentu sahaja seperti mereka yang berpendidikan tinggi. Tetapi sekarang keadaannya sudah agak berbeza, mereka sudah mampu berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Arab Fushah seratus peratus atau hampir-hampir kepada bahasa Arab Fushah walaupun mereka terdiri daripada golongan masyarakat biasa. Ini adalah satu rahmat dan kehendak Allah s.w.t untuk terus memelihara Islam dan al-Quran daripada terus terpesong atau pupus tanpa penganut yang benar-benar memahami kedua-duanya. Pemeliharaan Allah s.w.t dan usaha daripada kita jugalah yang akan menyebabkan Bahasa Arab terus terbela dan mendapat tempat utama di sisi masyarakat Arab khususnya. Melihat kepada perkembangan tersebut, kita mengharapkan agar bangsa Arab terus mengambil berat dan berbangga terhadap Bahasa Arab yang telah banyak membawa kejayaan kepada mereka. Jika sekiranya usaha-usaha yang telah dijalankan untuk memartabatkan Bahasa Arab Fushah ini berterusan, tidak mustahil bangsa arab akan kembali menggunakan bahasa asal mereka sehinggalah sesama masyarakat setempat, insya-Allah.

Di antara matlamat yang diharapkan untuk menjayakan usaha ini dalam penerapan pendidikan Bahasa Arab Fushah ialah melalui percakapan yang baik, pembacaan yang peka dan berkesan, pemahaman yang sempurna dan penulisan berkualiti yang mampu mencetus karya–karya sastera yang berkualiti tinggi. Perlu kita fahami di sini, bahawa penggunaan Bahasa Arab Fushah dalam komunikasi seharian sama ada melalui penulisan mahupun percakapan sebenarnya boleh membantu dalam menjaga warisan peradaban bangsa Arab itu sendiri, tahukah kita bahawa setiap perkataan Bahasa Arab ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri, seolah-olah sejarah dan adat lama mereka terus hidup untuk meriwayatkan kembali kisah silamnya. Begitulah hebatnya ciptaan Tuhan dalam menjadikan sesuatu perkara. Oleh itu, marilah bersama kita memelihara Bahasa Arab Fushah ini daripada anasir-anasir yang boleh melemahkannya kerana dengan lemahnya Bahasa Arab akan lemahlah kesatuan bangsa dan akhirnya menyebabkan bangsa Arab akan berpecah belah dan bercakaran tanpa kesudahan. Jika ini benar-benar terjadi, Islam akan lemah dan terpinggirlah al-Quran, kesempatan ini akan diambil oleh golongan yang bencikan Islam untuk menjatuhkan Islam. Sebaliknya dengan terpeliharanya Bahasa Arab, kesatuan bangsa Arab akan terus terjamin dan umat Islam akan terus kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar di mana sumber utamanya adalah al-Quran

Dipetik daripada laman web persatuan pelajar malaysia syria

26. Antara Fushah dan Ammi

Bahasa Arab merupakan bahasa yang dituturkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Oleh kerana keistimewaan yang dimiliki oleh Bahasa Arab,Allah telah menurunkan mukjizat terbesar nabi Muhammad saw menggunakan lisan Arab.Kriteria istimewa yang dimiliki oleh Bahasa Arab adalah seperti mempunyai prosa kata yang banyak dan kaya dengan lafaz yang mampu mengungkapkan setiap ekspresi penutur.Setiap huruf yang berbeza mengandungi intonasi tersendiri yang mencerminkan maksud perkataan tersebut.Contohnya perkataan لين yang bermaksud lembut sesuai dengan huruf yang dipilih kerana huruf ل ي ن melahirkan intonasi yang lembut juga.Manakala perkataan غضب yang bermaksud marah terdiri daripada huruf-huruf yang mempunyai intonasi yang agak kasar.Bahasa Arab sememangnya memiliki keunikan yang menakjubkan jika mengkajinya secara terperinci.

Namun,apa yang mendukacitakan adalah nasib Bahasa Arab Fushah(baku) hari ini agak menyedihkan memandangkan ramai yang memandang sepi akan keistimewaan yang dimiliki.Justeru terdapat usaha untuk menjadikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Ammi yang tidak mempunyai dasar yang kukuh sebagai kiblat hidup mereka.Bahasa Arab Ammi(rojak) yang jauh tersimpang dari prosa dan tatabahasa Arab yang tulen bermula sejak zaman sebelum kebangkitan Islam lagi.Fenomena kerosakan bahasa ini timbul disebabkan faktor politik(kolonial),sosial, ekonomi,perang saraf(di dalam bahasa Arab sendiri),arus kemodenan,kesilapan memindahkan fakta dan pelbagai lagi.

Kesalahan umum dalam penggunaan prosa Arab telah berkembang secara berleluasa.Malah penyair terkemuka pada zaman Jahiliyyah juga turut terlibat dalam fenomena kerosakan bahasa ini.Contoh yang boleh saya hadirkan adalah kata-kata Ubaidillah bin Ziyad yang merupakan gabenor Islam di Kufah dan Basrah,

“bermaksud bukalah pedang kamu.Maksud sebenar beliau adalah,”hunuskan pedangmu” dan perkataan yang paling tepat adalah” “.Beliau telah terpengaruh dengan penggunaan lafaz-lafaz Farsi kerana ibu beliau beasal daripada Farsi.

Tambahan lagi,percampuran orang Arab dan ‘Ajam(bukan Arab )telah merancakkan lagi fenomena ini apabila lahirnya pelbagai lafaz-lafaz baru yang menggabungkan beberapa bahasa yang berbeza.

Mengintai dari skop politik,kolonial atau penjajahan merupakan faktor terpenting yang membantutkan penggunaan Bahasa Arab Fushah di kalangan masyarakat Arab.Mesir sendiri yang dijajah oleh Perancis dan Inggeris telah dilanda satu revolusi apabila Bahasa Ammi mula dipakai secara berleluasa.Unsur-unsur kemodenan yang dibawa berpenjajah menjauhkan masyarakat Islam daripada pegangan Islam lantas meninggalkan Bahasa Al-quran dan lebih bangga bertutur menggunakan Bahasa Ammi atau bahasa penjajah.Bahasa Ammi mula diadaptasi dalam media elektronik dan cetak.Justeru timbul banyak gerakan yang membantu pertumbuhan Bahasa Ammi di Mesir.Contohnya Wilhalm Spita Jermany telah menyeru masyarakat Mesir mempopularkan Bahasa Ammi melalui buku beliau berjudul “Tatabahasa Arab Ammi Mesir” yang diterbitkan pada tahun 1880.Permulaan ini diikuti dengan kesungguhan bangsa asing mempelajari lahjah atau dialek Mesir dalam usaha menguburkan Bahasa Arab Fusha.Antaranya seorang orentalis Perancis,Selfredtrada Sasi telah menerbitkan hasil kajian beliau berjudul”Bahasa Ammi Mesir dan Syam”.Malah sebuah universiti di United Kingdom telah menubuhkan jabatan khusus pada awal kurun ke 19 untuk mengkaji secara teliti tentang Bahasa Arab Fusha dan Ammi.Lalu di manakah peranan kita untuk mendalami Bahasa Al-Quran ini?

Apa yang menyedihkan,lahir di kalangan anak tempatan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk mempertahankan bahasa ibonda.Sebaliknya mereka menyeru masyarakat membudayakan Bahasa Ammi.Kamal Hasan dalam karya beliau”Bahasa Arab Kontemporari” telah memperkenalkan bahasa yang lebih ringan untuk digunapakai dengan memperincikan hanya beberapa bab terpenting dalam Nahu(tatabahasa Arab)sahaja untuk dipelajari.Beliau juga mengharuskan penggunaan beberapa kalimah asing dalam pertuturan Bahasa Arab Fusha untuk memudahkan penutur mengungkapkan apa yang terlintas di mindanya.

Tuntasnya,fenomena ini telah menyentuh sensitiviti ulamak kita untuk bangkit menyedarkan masyarakat peri pentingnya memprolifikkan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan.Justeru,kita wajib menilai dengan mata hati betapa Bahasa Arab Ammi tidak langsung sama kedudukannya dengan Bahasa Arab Fusha.Saya seru diri saya dan sahabat-sahabat untuk membudayakan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan semaksimum mungkin .



Dipetik daripada artikel from one of my blogroll....Selepas membaca artikel ini, jangan kita katakan bahasa ammi itu tidak baik dan tidak patut digunakan. Ini kerana ustaz sy yang merupakan lepasan Universiti Al azhar pernah mengatakan pelajar2 yang ingin menguasai uslub ataupun gaya bahasa yang oarang arab gunakan, kita perlu tahu bahasa ammi. Jadi belajar bahasa ammi untuk mengetahui gaya bahasa yg org gunakan dan bertutur dalam bahasa fushah...

July 5, 2008

25. lughah ammi

Dicopy and paste from my blogger member. Memang banyak perubahan antara bahasa fushah dgn bahasa ammi. One of my ustaz said that apabila kita belajar bahasa ammi kita bleh tahu uslub atau gaya bahasa yang org arab selalu guna. Memang bagus nih especially sapa yang nk sambung pengajian ke timur tengah especially mesir la.
ana na'san dilwakti...isyufku ellegayy insyaAllah...
(sy dh ngantok ni...c u next time..)


hayya bina..yallah yallah...
(jom2!)

ni srbe sikit perbualan dlm bhasa arab ammi..nnti spe2 yg nk pergi melancong ke mesir boleh la cuba try test..=)

assalamualaikum...salam alaik(m)...salam alaiki(f)
->salam sejahtera ke atas kamu
*ni kite ucap bile jmpe dgn org muslim...

sai'dah
->hello
*ucapan 4 non-muslim

ahlan wasahlan..
->selamat dtg..welcome
*ustaz kata kalau org org suka ckp ahlan ahlan ahlan ahlan....wasahlan..lg bnyk 'ahlan' tu cm lg bagus la...meraikn tetamu katanye..hehe

ahlan bik(m)...ahlan biki(f)...ahlan biku(ramai)
->jwpn bg ahlan wasahlan

sobah el-kheer
->good morning!

sobah en-nur
->selamat pg..jwpn bg 'sobah el-kheer'

masak el-kheer
->selamat ptg
masak en-nur
->slmt ptg..jwpn bg 'masak el-kheer'

izayyak?(m)...izayyik?(f)...izayyiku?(ramai)
->how r u?

amlak eh?
->how are u?
*org arab lbih ske gne yg ni...

kuweis(m)..kuweissah(f)...kuweissin(ramai) alhamdulillah
->i'm fine..alhamdulillah

mabsuth en-nihardah?(m)mabsuthah en-nihardah?(f)
->are u happy today?

aiwah mabsuth(m)...aiwah mabsuthah(f)..
->ya, sy gmbira!=)

lak misy mabsuth...=(
->no...i'm not happy..

lau samaht
->excuse me please..

syukran
->thanks

afwan..el-af
->u'r welcome
asyufak bukrah(m)..asyufik bukrah(f)...asyufku bukrah(ramai)
->see u tomorrow...

bikam dah?
bikam di?
->brape harga brg ini?how much is it?

ismak eh?(m)...ismik eh?(f)
->what's ur name?

enta feen?(m)..enti feen?(f)
->where r u?awak kt ne tu..

enta ala feen?enti ala feen?
->nak pegi mane?

miin dah?(m)...min di?(f)
->sape nih??

leeh??
->why?knape?

emta?
->when?bila?

24. Nice pic


Setelah sekian lama menyepi sy kembali dalam blog. Bukannya apa cuma banyk kerja yang perlu disetelkan tambah lagi exam STam pun dah nak dekat. Jadi masa tu kurang sikit nak update blog nih. Tapi selepas dah selseai hantar kerja khusus STAM rasa macam aman dunia. So posting yang pertama nih nak cita tentang gambar nih. Terjumpa dlam laman web tranungkite. Apa yang menarik ialah gambar ni kalau di kebanykan negeri selalu kita tengok tak pakai tudung tapi bila diletakkan di negeri nih pasti kena pakai tudung.

Hikmahnya ialah bila sesuatu perkara tu boleh mengikut tuntutan Islam yang sebenar cuma masyarakat saja yang tidak mahu mempraktikkannya...Contohnya gambar ni, dah diletakkan tudung kan lagi cantik dan sejuk mata memandang...