September 12, 2008

49. Paksaan dalam tarbiyah. Wajarkah?

Beberapa hari lepas, soalan ni tertera dalam shoutbox blog saya. Soalan ini dikemukakan oleh rakan blogger jugak, namanya nawfal timur. Bagi menjawabnya saya hanya boleh memberi sedikit pandangan. Sebelum itu, mari kita tengok apa yang dimaksudkan dengan tarbiyah itu tadi?

Sebagai seseorang yang pernah menjalani proses tarbiyah di Kolej Islam dulu, saya hanya mampu menceritakan secebis pengalaman sepanjang mengalami proses tersebut. Pelajar form 4 khususnya akan menjalani proses tarbiyah yang merupakan salah satu keunikan di KISAS selain daripada friends, teachers, ukhwah dan biah solehah. Selalunya tarbiyah dilakukan oleh senior-senior kami dari pelajar form 5 dan ada juga pelajar form 6 yang terlibat. Sepanjang proses tersebut, pelajar-pelajar form 4 diwajibkan agar mengikuti segala program-program keagamaan di asrama khususnya dan di sekolah. Ini termasuklah program seperti kuliah-kuliah selepas solat fardhu, bacaan Al - Mulk sebelum tidur, bacaan Al - Mathurat, Program tahsin Al - Quran sebelum Maghrib dan banyak lagi. Sekiranya didapati ada pelajar yang melanggar atau tidak mengikuti program yang dijalankan, ada la denda atau pun akibatnya. Tujuannya adalah untuk mendidik kami pelajar form 4 khusunya agar mematuhi peraturan dan tidak terlepas dari mengikuti program tarbiyah ini.

Berbalik kepada soalan tadi, "Wajarkah paksaan digunakan dalam proses tarbiyah?" Pada hemat saya, kalau dalam skop pelajar, wajar digunakan tetapi dengan cara yang berhikmah. Bukan dengan menurut hawa nafsu dan untuk melepaskan geram kepada seseorang. Ini kerana, saya pernah mendengar cerita yang menyatakan pada zaman Rasulullah s.a.w dulu pun, pernah suatu ketika sahabat atau Rasulullah sendiri membetulkan saf peperangan dengan menggunakan pedang. Biarpun arahan untuk membetulkan saf atau barisan peperangan tadi hanya boleh dilakukan dengan hanya kata-kata, tapi dalam peristiwa ini pedang yang digunakan sebagai ganti. Kesahihan cerita ini saya kurang pasti. Harap dirujuk kembali.

Tujuan tarbiyah itu adalah untuk membentuk peribadi dan sahsiah yang elok terhadap individu yang ditarbiyah itu tadi. Jadi jika dalam skop pelajar sekolah, wajar dilaksanakan paksaan. Tetapi sepeti yang dinyatakan awal tadi, mestilah mengikut cara yang berhikmah bukan untuk melepaskan geram kepada seseorang sahaja. Jika sekadar hanya secara berlembut, dibimbangi pelajar-pelajar tidak merasa gerun dalam hati mereka untuk meninggalkan perbuatan yang tidak berfaedah. Ini kerana pada zaman sekarang, banyak budaya dan cara hidup yang tidak baik telah meresap masuk ke dalam hati pelajar-pelajar sekolah khusunya. Jika perkara ini tidak dibendung, dibimbangi menjadi lebih teruk.

Setakat ini sahaja pandangan saya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Nawfal Timur.

p/s : kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan

2 comments:

mufakkir said...

tarbiyah still ader kat kisas? bi'ah solehah?BADAR? alhamdulillah..perlu paksaan berhikmah dalam tarbiyah kalau itu kader²nya...
ex student bumi wakafan 1997-2000

AiMaN KiSaH said...

stiil ada
cumanya berlako rombakan sekarang dlm BADAR
berlaku rebranding terhadap BADAR