September 15, 2008

51. Ramadhan vs Raya





vs








Posting kali ni nak cerita tentang sambutan Ramadhan dan Raya. Mana yang lebih diutamakan oleh rakyat di negara kita ni secara umumnya. Kalau mengikut perkiraan, hari ni merupakan hari yang ke 15 umat Islam di Malaysia berpuasa. Jadi ada baki 15 hari lagi. Sekarang kita telah berada di pertengahan bulan yang mulia ini sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Kadang-kadang perasaan bercampur baur antara suka dan duka. Suka kerana hendak menyambut Hari Raya Aidilifitri dan duka kerana Ramadhan hendak meninggalkan kita. Entah sempat atau tidak untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.

Seperti mana hadis yang selalu kita dengar apabila masuk sahaja bulan Ramadhan..Mafhumnya

"Awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan akhirnya terselamat dari siksaan api neraka"

"1st 10 Rahmah (kasih sayang), 2nd 10 magfirah (kemapunan), 3rd 10 itqun min an-nar (Allah merdekakan dari neraka)

Jadi sekarang kita berada di fasa kedua ataupun fasa magfirah yakni keampunan daripada Allah s.w.t. Tapi sejauh manakah falsafah Ramadhan dihayati dan digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat di negara ini secara umumnya. Apabila lalu sahaja di pasar raya, terdengar sahaja lagu raya. Memang dah pasar raya kena mainkan lagu raya agaknya. Tapi lagu ni bukan sahaja baru dimainkan tetapi sejak dari hari pertama Ramadhan lagi sudah kedengaran lagu-lagu seperti "Balik kampung", "Selamat hari raya"

Bukan salah hendak memainkan lagu itu, tambahan pula untuk mendatangkan mood raya itu sendiri, cumanya mana yang lebih aula atau lebih penting, mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah yang berlipatkali ganda atau lebih asyik menyambut raya sehingga mengabaikan amal ibadat di bulan puasa. Bukankah elok jika dimainkan lagu yang berunsur kesedaran seperti lagu Harapan Ramadhan yang dinyanyikan oleh Man Bai dan Raihan. Jika diteliti senikata lagu ini memang penuh dengan nasihat dan peringatan yang berguna buat pendengarnya.


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Jadi apabila orang ramai terdengar lagu itu, lebih terasa untuk menyambut Ramadhan berbanding hari raya yang lambat lagi akan menjelang tiba. Jika dilihat smabutan hari Raya di negara Islam seperti Mesir, Bulan Ramadhan lebih merih sambutannya berbanding Hari raya Aidilfitri itu sendiri. Seperti yang diceritakan dalam blog pelajar yang belajar Mesir

"Suatu perkara yang aneh lagi di Mesir ini adalah sambutan umat Islam Mesir terhadap Bulan Ramadhan lebih meriah dan terasa berbanding Hari Raya Aidilfitri. Selain daripada masjid-masjidnya yang penuh dengan jemaah pada setiap lima waktu, fanus-fanus Ramadhan (seperti tanglong) yang berbentuk menara masjid dengan lampu yang berwarna warni digantung di sana sini. Setiap kali bersua muka, selepas memberikan salam, akan disusuli pula dengan ucapan “Ramadhan Karim” (Ramadhan itu mulia). Maka pihak yang menjawab pula akan mengucapkan “Allahu Akram” (Allah lebih mulia)."

Memang suasana ini jarang sekali didapati di negara kita Malaysia. Jika ada pun hanya boleh dikira dengan jari kerana sedikit. Biarpun nanti ada yang mengatakan "Mesir tu negara Islam, bumi baik-baik" Tapi tidak bolehkah kita menjadikan bumi bertuah kita Malaysia ini seperti di sana, yang mana sambutan Ramadhannya lebih meriah.

Jadi marilah selalu tingkatkan amalan kita di bulan puasa ini, seperti mana para sahabat dahulu apabila tiba sahaja bulan puasa kerja mereka tidak lain hanyalah beribadah dan baca Al- quran.

5 comments:

efa said...

hurm..aq pn ade dengar camtu gak,
yg kat mesir pose ye lg meriah dari hari raye..mesti best an..hu3

kt mesia ni, masuk minggu pertama pose je, da berkumandang lagu raya. Masing-masing da fikir nk raya tanpa pk yg sepatutnya setiap hari di bulan pose ni diisi dengan amal ibadah..

post yg best..same2 kte perbaiki diri..

AiMaN KiSaH said...

btul tu
tu blum cita bab membeli belah, buat kuih lg
hehe
sama perbaiki diri...

-syaima~ said...

betul2~
sgt boring dgr lagu raya..
ramadhan x sempat nk abes dh semnagt sambut raya..
hurmm
:(

AiMaN KiSaH said...

mmg pn
ptt kena pg mesir awl lg..hu3
bru bleh smbt ramadhan sonok skit
lg satu
nnt kita tukar dgr lagu posa plak

syauqi azhari said...

salam. kata2 yg berbunyi "indah khabar dari rupa" mungkin ada benarnya. pesanan saya, apabila ustaz tiba di Mesir nanti, terimalah ia dgn seadanya. klu nak cari yg indah / menarik / moden / canggih / cun / mungkin kurang. tp itu tak penting krn tujuan utama adlh utk menuntut ilmu Allah di bumi para nabi ini sedalam yg mungkin. maka, klu nampak ada yg tak kena, tutup mata ajelah. sabar je. mungkin ust boleh baca lg posting sy yg bertajuk "Yang Baik-baik di Mesir" ada sedikit penjelasan di sana.