September 20, 2009

103. Aktiviti dan program sepanjang perayaan Aidilfitri

Pertama kali beraya Aidilfitri di bumi Mesir ini penuh dengan aktiviti dan kenangan. Jadi semuanya disematkan dalam bentuk gambar agar apabila dilihat dan dibaca nanti teringat kembali bagaimana rasanya beraya jauh dari keluarga tercinta di Malaysia.

Sehari sebelum hari raya

Kami pelajar di Rumah Amanah Raya bersepakat mengadakan satu majlis kenduri sesama kami sebagai meraikan perayaan pertama di Mesir ini. Semuanya masing-masing merasakan kali pertama beraya dari keluarga dan mungkin perasaan sedih dan teringat akan famili masih ada Jadi sebagai menghilangkan semua perasaan itu, diadakan majlis makan bertempat di bumbung atas rumah kami.

Gaul kentang nak buat bergedil makan dengan soto

Daging untuk dibuat rendang yang dimasak oleh pegawai kami.... :-)


Petang sebelum raya

Aktivit memasak dimulakan. Pembahagian menu yang dimasak oleh pelajar lelaki dan perempuan dibuat. Jadi pakat-pakat masak



Malam raya

Takbir diadakan sejurus selepas isya selepas diumumkan keesokan harinya hari raya. Majlis berlansung di bumbung di rumah kami.


Laungan Takbir

Pelajar Perempuan


Akhir majlis bertukar menjadi tukang basuh pinggan



Pagi raya

Semuanya keluar bagi menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid berdekatan rumah. Solat bermula jam 6 pagi dengan takbir berkumandang tidak sesayu seperti di Malaysia. Manakala pelajar Melayu solat agak lewat pada jam 7.45 pagi. Seterusnya kami semua baik lelaki dan perempuan menuju ke Dewan Malaysia Abbasiyah bagi menikmati hidangan dan jamuan yang dianjurkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Suasana seakan-akan berada di Malaysia memandangkan bilangan pelajar Malaysia di sini begitu ramai. Takbir dan tahmid bunyinya juga memang macam di Malaysia. Betul kata orang raya di sini meriah..

Masing-masing baru balik masjid

Masing-masing dengan jubah baru

Bersama pak guard rumah


Bersama rendang yang sedap

Salam perantauan dari kami buat semua di Malaysia dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir batin

Depan Rumah Amanah Malaysia


Tukar uniform melayu pula

Bersama abang Rusman senegeri



Kelihatan suasana perayaan di Mesir tidak semeriah seperti Malaysia di kalangan rakyatnya sendiri. Antara adat seperti menziarahi keluarga serta memakai pakaian baru kurang kelihatan di kalangan rakyat Mesir. Mungkin juga di tempat atau kawasan lain berlaku perkara ini. Jadi inilah namanya pengalaman. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi yang penting sambutan di Malaysia lagi besstttt...

Di Dewan Malaysia Abbasiyah



Rakyat Malaysia beraya


Pelajar Kuliah Ulum Islami

Bersama Ridhwan member satu negeri

Menikmati satay

Selepas ini terus dengan program rumah terbuka yang diadakan oleh pelajar anak-anak negeri masing. Antaranya pada hari raya pertama di Rumah Kelantan seterusnya raya kedua di Rumah Kedah dan raya ketiga di Rumah Perlis dan seterusnya. Tak payah nasi dah minggu ni. Pada raya keempat insyaAllah kami akan menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru tajaan Amanah Raya Berhad seramai 28 orang. Jadi Ahlan wa Sahlan...

September 17, 2009

102. Ucapan Hari Raya



Hari Raya Aidilfitiri bakal menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi. Jadi di kesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada :

Ayah dan Ummi


Suasana raya di kampung tahun lepas

Seluruh saudara mara yang berada di Kampung Jejawi

Seluruh saudara mara yang berada di Kangar dan Kodiang

Seluruh warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Kampong Salang

Seluruh warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau

Salam dari kami yang menuntut di Mesir

Seluruh warga pendidik di Kolej Islam Sultan Alam Shah



Seluruh warga pendidik di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis

dan semua yang mengenali diri ini. Biarpun saya tidak menyatakan dalam senarai di atas harap agar dimaafi sekiranya terdapat salah antara kita.Harap didoakan kejayaan kami di sini.

Ikhlas dari

Mohd Fikri Aiman bin Mohd Zulkefli
Uni Al Azhar
Kaherah Mesir
1.50 am
27 Ramadhan 1430





101. Aktiviti sepanjang Ramadhan

Sepanjang Ramadhan di bumi Kaherah ini, pelbagai aktivit yang dijalankan. Jadi posting kali ini insyaAllah dipenuhi dengan gambar dan khabar dari Bumi Anbiya ini.

1. Daurah bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

Daurah bermula dari awal Ramadhan sehingga 21 Ramadhan dan Rumah Kedah di Hayyu Sabi telah menjadi tuan rumah untuk program ini. Daurah dihadiri oleh ramai penuntut tidak kira dari bidang agama dan juga perubatan. Pelajar dari nusantara antaranya Indonesia, Brunei dan Singapura turut sama menyertai.

2. Daurah dan jaulah ke Humaysara
Humaysara merupakan tempat letaknya makam Imam Tarikat Syazuliah. Program berlansung selama 3 hari 2 malam dan daurah ilmiah diisi sendiri oleh Syeikh Nurudin. Perjalanan dari Kaherah menuju ke Humaysara mengambil masa lebih kurang 14 jam seperti perjalanan dari Kangar ke Johor juga la.

3. Majlis Khatam Al Quran

Majlis berlansung di Rumah Amanah Malaysia antara pelajar-pelajar tajaan ARB sahaja. Alhamdulillah kami berpelunag juga untuk mengkhatamkan 30 Juzu Alquran dengan pembahagian pada setiap tingkat. Majlis belansung selepas subuh di surau.




4. Majlis Iftor Jamaie

Majlis dianjurkan sendiri oleh pelajar ARB khas untuk semua pelajar Kuliah Ulum Islami anataranya dari negeri Johor dan Sabah. Pegawai dari dua buah negeri tersebut dijemput menghadiri majlis itu. Majlis telah ditaja oleh kontraktor yang mengislah Rumah Amanah ini iaitu Mr. Khaled Attal. Pengisian pada malam itu disampaikan oleh Ustaz Fathi dari Kedah.





5. Hantar sahabat dan menyambut pelajar baru

Malam 26 Ramadhan yang lalu, saya berpeluang untuk menghantar seorang sahabat Mesir namanya Toha yang menyambung pelajaran ke Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN). Orang Malaysia datang Mesir menuntu ilmu di Azhar tapi dia pergi Malaysia sambung belajar di sana. Memang di minat sungguh dengan pelajar dari Asia terutama Malaysia dan Indonesia.
Kebetulan pada malam itu juga pelajar Matrikulasi Azhar dari Akademi Alquran juga tiba seramai 5 orang. Jadi terus tunggu di airport bagi menyambut mereka.






6. Maidah Rahman

Salah satu keunikan Mesir sepanjang Ramadhan makanan berbuka boleh didapati di mana sahaja di jalanan mahupun masjid. Ini kerana orang arab selalu melakukan infaq tambahan pada bulan ini dengan mengagihkan makanan kepada orang ramai terutama yang miskin. Akan disediakan khemah bagi orang ramai nak makan. Antara juadah seperti ayam dan daging atau kadang-kadang ikan serta roti yang femes dengan nama "i'sh biladi" atau roti.




selepas habis semua orang makan akan ada kanak-kanak dan orang yang datang mengutip sisa makanan unutk djiadikan hidangan mereka. Kasihan sungguh...
7. Terawih di Masjid Amru

Malam 27 Ramadhan Masjid ini akan dipenuhi jutaan orang kerana terawih akan diimamkan oleh Sheikh Jibril dan Qunut selalunya memakan masa sehingga sejam lamanya serta akan terdengar tangisan orang ramai kerana menghayatinya pemergian Ramadhan. Orang ramia mula memenuhi masjid bermula dari selepas zohor dan terus beriktikaf sehingga esoknya. Jalan menuju ke masjid akan penuh sesak.


makanan untuk berbuka disediakan dari awal

Gambar insyaAllah akan diupload dari semasa ke semasa bergantung kepada kemudahan internet. Suasana di Mesir sepanjang Ramadhan Alhamdulillah seronok dan hidup dengan ibadahnya biarpun di akhir-akhir.

August 2, 2009

100. Rupa-rupanya..

Genap sudah posting dalam blogku hingga ke angka 100. Rupa-rupanya umurku sudah menjangkau 20 tahun biarpun tarikh lahir Masihi 1990. Mungkin kebanyakan kita lupa akan tahun Islam Hijrah. Alhamdulillah tersedar kali ini selepas diberitahu kawan agar menyemak tarikh lahir dalam kalendar hijrah. Tarikh 7 Mac bersamaan 9 Syaban 1410. Diharap umurbertambah amal pun bertambah....Bagi sesiapa yang ingin menyemak boleh semak di sini

99. Motor baru Azam baru..

Perjalanan hidup dan menuntut ilmu di Bumi Mesir masih panjang dan sesuai jika kami mempunyai sebuah kenderaan bagi memaudahkan nak bergerak ke merata tempat dan yang terdapat majlis pengajian. Jadi posting kali ini menceritakan sedikit pengalaman membeli motorsikal di sini. Fakhri salah seorang yang belajar bersama kami membuat keputusan membeli sebuah motorsikal bag menjimatkan wang tambang teksi ke universiti setiap hari. JAdi boleh la nak tumpang selalu lepas ini.....Memang sebelum ini sudah ada pelajar di kalangan kami yang mempunyai motorsikal Honda dari Jepun dan kali ini motorsikal jenama Dayun dari China. Mesir memang terkenal dengan lambakan barang-barang dan produk dari China dari pakaian, peralatan eletrik sehinggalah ke kenderaan seperti motorsikal kebanyakannya.

Jenama yang terkenal Dayun. Ada banyak lagi macam Halawa, Hojiang dll

Memang menjadi suatu kebiasaan kepada pelajar luar khusunya Malaysia mempunyai sebuah motorsikal seperti Honda Wave tapi versi Dayun dari China. Kebanyakan pelajar memilih Dayun berbanding Honda kerana perbezaan harga yang terlalu ketara. Dayun dari China harganya Le3300 dan Honda dari Jepun Le 7300. Tapi bergantung kepada penggunanya. Alah membeli menang memakai...



Gudang yang menjual motorsikal dari China

Proses pembelian yang sepatutnya sekejap berkahir hingga ke lewat malam. Pemasangan motorsikal yang pada awalnya dikatakan cuma sa'ah wan nus (sejam setengah) tapi berlarutan hingga tiga jam.

Menunggu bila nak siap ni..

Memandangkan dah biasa dengan fe'el orang arab macam ni..sabar je la tapi tak semua orang arab macam ini,,,,insyaAllah...

Tempat pemasangan motorsikal



Bergaya....

July 19, 2009

98. Lately and recently

Posting kali ni pula lebih banyak kepada video dan gambar sahaja. Memandangkan sepanjang summer ni, kebanyakan kuliah bercuti tapi kelas kami yang diberi Kuliah Ulum Islamiah nama ada Kelas Intensif. Kelas mungkin akan berterusan sehingga pertengahan Ramadhan. Doa-doa agar kami terus semangat.

Lately...

1.Lawatan ke Zoo Giza. Benda yang best dekat zoo ni harga tiketnya yang memah murah. Segenih untuk tiket masuk dan Nus genih untuk harga peta. Binatang yang ada dalam zoo ni macam di Malaysia ja dan bolehlah datang ramai-ramai dengan kawan-kawan nak picnic.


2.Kebakaran di DMAK

Salah sebuah bilik di DMAK telah mengalami kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas. Mujur pada waktu itu tuan punya bilik keluar dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.


3. Lawatan ke Aiport baru Kaherah

Lawatan sebenarnya menghantar seorang sahabat kami yang pulang ke Malaysia setelah mendapat kebenaran pengecualian dari doktor yang mengajar mengkuti kelas musim panas ini kerana ada urusan di Malaysia



4. Riadah bowling

Memandangkan cuti dulu masih berbaki beberapa hari, isi masa dengan main bowling. Walaupun tak pernah main tapi pengalaman main memang best walaupun tak strike




Recently


1. Alhamdulillah bilik yang selama ini kurang serinya telah berjaya diadakan sedikit pembaharuan. Bilik yang asalnya 4 katil dibuang satu dan nampak luas sedikit.


2. Summer class

Kelas Intensif pun dah bermula dan waktu masih macam biasa dari jam 9 pagi sampai 1 tengah hari. Doktor yang mengajarkan pun masih sama cuma subjek yang diajar ada peningkatan dari segi praktik apa yang belajar dalam dua sem yang lepas. Alhamdulilah kipas pun disediakan.


Bangunan kuliah sebenar dalam proses pembinaan dan disediakan penghawa dingin dan boleh digunkan pada tahun hadapan. Doa-doa agar siap pada tarikhnya.....Bila dah sampai summer teringat pula winter, macam mana waktu kelas dulu masing-masing pakai jaket tebal tapi sekarang semuanya T shirt nipis sahaja. Alam ciptaan Tuhan yang berubah musim. Pakat-pakat merasainya...






3. Bazar rumah anak negeri

Memandangkan cuti dah tiba, banyaklah rumah anak negeri yang menjalankan bazar untuk pendapatan rumah masing-masing. Banyak yang menganjurkan seperti Rumah Negeri Pahang, Wilayah Persekutuan , Terengganu dan yang terbaru negeri kesayangan kita negeri Kelantan. Selepas ini pula rumah Melaka. Pakat-pakat datang merasai makanan Malaysia


Aktiviti masa cuti memang banyak. Tambahan juga dengan majlis pengajian yang dianjurkan oleh Rumah Anak Negeri Kedah. Daurah selama 8 minggu yang disampaikan oleh pensyarah dan doktor Azhar buat pertama kalinya dibuat siaran langsung melalui Stesen TV milik Rumah Kedah Al Muttaqin. Program daurah ini bermanfaat untuk diikuti. Pakat-pakat tengok...