May 17, 2009

93. Visiting our friend

اSalah seorang pelajar kelas ج namanya Hanif dari Johor kurang sihat dan tak dapat menghadiri kuliah. Jadi sebagai tanda simpati, rakan sekelas ambil kesempatan bertanya khabar. Kebetulan Hanif tinggal di rumah Johor yang jaraknya tak jauh dari rumah kami. Harap Hanif cepat sembuh dan dapat menghadapi peperiksaan yang bakal tiba akhir bulan Mei ini.
شفاه اللله

Hanif antara Rahman Dan Jaid

Bagusnya Luqman buat air

92. Happy Teacher's Day

This posting in conjunction with Happy Teacher's Day throughout the school in the world I would like to wish Happy Teachers' Day to all my teachers since in my Primary school and Secondary school and even my kindergarten teachers.

My journey began :

Tadika Islam (1995)

Tadika Prasis ( 1996)

Sek Ren Islam (1997-1999)

Sek Keb Kg Salang (1999-2002)

Sek Men Keb Agama Arau (2003-2005)

Kolej Islam Sultan Alam Shah ( 2006-2007)

With my KISAS Arabic teacher

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ( 2007-2008)

And also to anyone else that help me and teach. Even though I not highlighted their name in this posting but their sacrifice to me I will always remember until my last breath :-)

p/s : posting kali ni nak practice English sbb dah sekian lama tinggal English,takut nanti speaking pun bunyi slangue Egyptian English plak :-)

May 12, 2009

91. Special Greeting


Posting kali ini bertujuan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat bonda tersayang di Malaysia.

Semoga bonda berjaya dalam bidang yang diceburi dan berbahagia di samping ayah

May 3, 2009

90. Opening of our new house

Minggu lepas telah berlansung majlis perasmian rumah baru bagi pelajar tajaan Amanah Raya Berhad. Rumah baru kami yang bertempat di Hayyu Sabi kini diduduki sebanyak 24 orang pelajar buat masa sekarang yang kesemuanya di bawah tajaan ARB. InysaAllah pada bulan akan tiba pula generasi kedua yang akan mengikuti prgram Matrikulasi Al Azhar yang telah diberi nama oleh doktor yang mengajar kami sekarang dengan nama كلية العلوم الإسلامية الأزهرية للوافدين .Kuliah ini diberi nama dengan nama sademikian kerana buat masa sekarang pelajar yang mengikuti program ini hanyalah dari Malaysia.

Majlis pada malam itu disertai oleh hampir keseluruhan pelajar-pelajar Pra Al Azhar yang terdiri dari Pelajar-pelajar Sabah bawah tajaan Yayasan Sabah, pelajar Johor di bawah Zakat Johor dan pelajar-pelajar di bawah kendalian Akademi Al Quran. Pada malam itu juga Dato Duta sudi meluangkan masa bersama kami dan juga Kontraktor yang bertanggungjawab menguruskan rumah ini. Wakil ARB dari Malaysia yang datang ialah Puan Azliah Suhod bersamanya dua orang wartawan TV3 yang membuat liputan bagi program ini untuk ditayangkan dalaml program MHI.

Dato duta dan para tetamu


Para pelajar yang hadir

Tetamu menjamu selera

Petang menjelang majlis berlansung

Puan Azliah bersama pelajar perempuan

Sehari sebelum majlis berlansung, Puan Azliah serta dua orang wartawan TV3 telah pergi ke Universiti Al Azhar bagi menemuramah doktor yang mengajar kami bagi mendapatkan maklumat tentang program yang kami lalui sekarang.


Wartawan menyusun kerusi untuk menemuramah

Dr Amin Al Khudori bersama Dr Abdul Hadi sedang menerangkan sesuatu kepada Puan Azliah

89. Lagu Kalimatan dan penghargaan

Posting kali ini suka untuk saya merakamkan penghargaan kepada Ustaz Fauzi selaku tutor dalam membantu saya mencantikan lagi blog ini. Pertamanya antara sumbangan beliau ialah lagu nasyid yang pengunjung blog ini akan mula-mula dengar apabila menziarahi blog saya ini. Lagu ini memang diminati oleh ramai pengunjung dan selalunya mereka akan meminta saya membertahu sumber lagu ini dan bagaimana hendak meletakkan lagu ini dalam blog mereka. Antara komen yang saya dapat dalam chatbox saya :

raihaana: salam, lagu arab ni tajuk apa eh? nk download..mcm sedap+meaningful =), syukran

azim: aiman mcm mana nak buh lagu dlm blog arr tlg

hasan: salam, nak tanya lagi la pada sifu, macamana nak letak lagu ke nasyid ke pada blog, macam anta buat????

Thoyba Mursyidah: Salam ziarah sdr. ana memang teramat suka dengan lagu di blog sdr ni. boleh tau sourcenya?

Jadi bagi memudahkan mereka yang masih lagi tidak mengetahui sumber lagu ini, lagu ini bertajuk Kalimatan oleh Talib Al Habib. Bagi memudahkan mencari lagu ini taip saja di youtube tajuk lagu ini dan insyaAllah akan ada video berserta terjemahan lagu ini. Saya juga ada menulis lagu ini dalam Bahasa Arab di sebelah kanan atas sekali pada blog saya. Lagu ini merupakan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang telah dijadikan nasyid agar mudah untuk pendengar semua mudah menghafalnya. Di sini saya letakkan video dari youtube



Nasyid yang didengari oleh pengunjung semua berbentuk flash dan saya ambil urlnya dari Ustaz Fauzi yang sudi memberinya kepada saya tanpa sebarang bayaran. :-)

Selain itu juga saya rakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Fauzi yang telah sudi melapangkan masanya bagi menyiapkan apa yang saya panggil sebagai blog adress.



.::سيروا على بركة الله::.







Kesudian beliau membuat satu blog adress untuk saya amatlah saya hargai. Syukran Ustaz Fauzi. Saya harap Ustaz Fauzi berjaya dalam bidang yang diceburinya bagi menyambung pelajaran dalam bidang Master.

.::putaran kehidupan::.

Gambar bersama Ustaz Fauzi semasa di Mesir

April 10, 2009

88. Rumah Baru

Posting kali ini suka saya nak ceritakan tentang keadaan rumah yang akan kami semua pelajar tajaan Amanah Raya Berhad (ARB) akan berpindah seperti yang diberitahu tarikhnya pada 20 April 2009. Harap semuanya berjalan lancar. Kediaman baru kami terletak di Hayyu Sabi' (Seksyen Tujuh) berdekatan dengan simpang empat dengan Masjid Nuri.Rumah ini sekarang dalam proses pembaharuan ataupun renovation.

Pintu depan rumah
Dalam rumah Tempat BBQ

Gambar ini diambil pada lawatan kedua pada hari Khamis selepas selesai kelas jam 2 petang. Nampaknya ada banyak juga perubahan

Dari luar

Bahagian ruang tamu

Tengok apa tu?

Bahagian depan


Lampu di tengah rumah



Bahagian surau yang masih dalam proses renovation (cat yang cantik :-)


Gambar akan diupload dari semasa ke semasa :-)

March 13, 2009

87. Sambutan Maulid di Mesir

Setelah sekian lama, blog ini tidak diupdate akhirnya kali ini saya berkesempatan untuk mengupdatekannya. Kali ini menceritakan tentang sambutan Maulidur Rasul di Mesir terutamanya di Kaherah.Macam Malysia juga, Mesir pun turut cuti pada hari Maulidur Rasul dan terdapat perarakan seperti di Malaysia. Tapi apa yang berbeza ialah perarakan di sini terdiri daripada Tarikat-tarikat yang terdapat di Mesir. Kalau di Malaysia perarakan terdiri daripada Jabatan-jabatan kerajaan tapi di sini amat jauh berbeza. Antara tarikat yang menyertai seperti tarikat Jaafari, tarikat Dusukiah dan banyak lagi. Tarikat yang terkenal ialah Tarikat Jaafri kerana pengasasnya ialah dari keturunan Nabi iaitu Sheikh Jaafari. Perarakan bermula dari Masjid Solah Jaafari dan berakhir di Masjid Hussein, kira-kira 3 km. Semasa berada dalam Masjid Hussein, setiap tarikat akan membacakan madah memuji nabi. Selepas itu terdapat ucapan dari wakil pembesar di Mesir dan majlis pun tamat. Memang meriah sambutan di sini dan terasa nabi dekat di hati.


Kain rentang Tarikat Jaafari



Pemandangan dalam Masjid Hussein

Sebelum Perarakan


Adat di sini semasa perarakan akan ada la orang-orang di tepi jalan akan membaling gula-gula dan disemburkan dengan minyak wangi kepada peserta-peserta perarakan