December 11, 2008

78. Aidil Adha di perantauan

Sehari sebelum raya, kami berkesempatan untuk pergi ke Sayedah Zainab, tempat pelajar perubatan tajaan JPA untuk berbuka puasa di sana. Alhamdulillah mereka dpat menyediakan juadah untuk kami biarpun dalam keadaaan cepat dan segera dan kami datang tanpa memberitahu mereka. Banyak2 terima kasih kepada sesiapa yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk kami terutamanya yang nasi ayam yang sedap. Boleh buka kedai lepas ni :-)




Ini merupakan Aidil Adha saya yang pertama di bumi Mesir dan jauh dari keluarga. Alhamdulillah suasana di Malaysia masih terasa disebabkan mungkin bilangan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir ramai. Makanan terasa Malasyia, takbir berbunyi Malaysia dan pakaian pun masih Baju Melayu. Padi pagi raya semua penghuni di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) telah disediakan bas untuk solat raya di Asyir, memandangkan pihak kedutaan dan persatuan perubatan menjalankan ibadah korban di sana sejurus habis solat sunat hari raya. Solat telah diimamkan oleh pegawai dari Jabatan Pelajaran Malaysia Kaherah (JPMK) dan khutbah telah disampaikan oleh TYT Duta, Datuk Zainal Abidin. Banyak binatang ternakan yang telah dikorbankan pada pagi tersebut. Ibadah korban bermula jam 9 pagi dan diakhiri denagn jamuan makan daging korban tersebut pada jam 1 tengah hari. Juadah telah disediakan oleh rumah negeri dari Selangor, Kedah dan Pahang. Semua rumah negeri saling bergotong-royong dalam menyediakan juadah dan melaksanakan ibadah korban.















Unta yang dikorbankan













Nasi impit di Mesir


Pada hari raya ketiga, Rumah Perlis telah mengdakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidiladha. Satu-satunya rumah yang buat open house pada raya ketiga.

Bergambar depan rumah Perlis

12 comments:

Unknown said...

terkenang aku kat korang sumer..
tolong kirim salam kat sume org di sana..
semoga ALLAH menyatukan kita suatu hari nanti..

dan said...

hmm...gambar last tu..anak sape tu aiman? dont tell me its yours? haha gurau je

meriahnye...dahla dapat tengok unta. nak unta! kirim daging sikit kat sini. nak merasa gak daging unta..hehe :)

Syaimaa' Ahmad said...

el-awf.. :)

mmg meriah sgt
tapi takbir org arab sgt tegas.. takde lah berlagu- lagu mcm kat mesia so bila org takbir tak rasa sayu.. yg jadi sedih bila ada senior takbir.. mendayu- dayu jek.. aduhai..


p/s: wah.. comelnya! anak sapa plak tu ek?

Liyana said...

salam aidil adha dari mlysia...heheheh~
nway camne rase dgg unta yek?
x pnah rse daaa~

prastanta said...

weh jelesnye tgk korg bkumpul...haha

iA kte jmpe khamis dpn, k

hanifi aizat said...

nak daging onta , nak daging onta
aiman , kirim kat aku skit..
he2

Akmal Hayat said...

salam aidil adha..

maaf zahir batin..

rjin2 laa lwt blog ak!

ha33

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

seronok beraya kalau ada teman di sisi.tapi ana ada sedikit musykil,ANAK siapa tu?hai aiman!baru p mesir 2 bulan.

AiMaN KiSaH said...

wau,,thanks kawan2 yg hntr komen,,byk betul..

to anas : insyaAllah,nnt ak kirim salam dkt diorang sbb nnt 18 hb akan ada reunion pelajar KISAS seluruh Mesir

to dan :klu anak sy cm ne??hehe..kenapa tak percaye??itu mungkin bakal la,,insyaAllah..huhu
sebenarnya anak ustaz di Mesir ni

to syaima :tk pa,,baru2..nnt lama2 biasa la tuh..

haha..itu anak ustaz Syed Kadir..macam arab tak??

to liyana : salam aidiladha dari Mesir..daging unta sama je mcm lembu..sedap skit kot..hehe

to dr prastanta : ok2,,ak tgu ko dkt kaunter pendaftaran sbb ak jd ajk pendaftaran..haha..jgn lupa bawa LE 5

to hanifi : boleh2..tgu lima tahun lg kot..haha

to akmal :salam aidiladha..nnt ak slalu lawat blog hg..hehe

AiMaN KiSaH said...

to nazrul : mmg seronok ada member ramai..

anak sapa??bakal anak ak kot..haha

sebenarnya anak ustaz yang belajr di mesir ni..mcm arab tu

Syaimaa' Ahmad said...

wahwah.. bakal anak~

Aiman, klau nk anak muka arab kawen org arab lah~ baru muka mix.. haha

owh.. rasany ust tu ada wat klas utk dak medic kot, mmg muka arab pon.. nama apa?

p/s= kena bayar L.E 5 ke?
oooo

AiMaN KiSaH said...

to syaima :
haha,,tatau la cm na...tgk la dlu

ustaz tu mmg ada buat pn tk silap utk bdk medic tahun dua dkt sayedah zainab juga..nama ustaz Syed Kadir

LE 5 tu utk makan,,sekali sekala tak pa kan??hehe