December 2, 2008

75. Gerak Usahawan Mesir 08


Bermula dua hari lepas, telah diadakan satu Program Gerak Usahawan untuk pelajar-pelajar Mesir bertempat di Cairo International Conference Centre ( CICC) bertentangan dengan Universiti Al Azhar di Hayyu Sadis ( Seksyen Enam) tempat pelajar pra azhar belajar sekarang. Program ini telah diadakan pada tahun lepas dan kali ini sekali lagi Kementerin Pelajaran Tinggi memilih Mesir untuk mengajurkan program tersebut. Banyak usahawan berjaya dari Malaysia diperkenalkan kepada pelajar di sini sebagai pendorong buat pelajar yang mahu menyambung kerjaya dalam bidang keusahawanan. Banyak pelajar Malaysia yang hadir termasuklah dari pelajar perubatan di Mansoura dan Pengajian Islam di Dumyat, cawangan Azhar yang paling jauh. Semasa program tersebut, ramai daripada wakil bank dan usahawan yang berjaya membentangkan kertas kerja dan memberi motivasi kepada pelajar di sini yang ingin berjaya dalam bidang keusahawanan. Program berakhir denagn perasmian Mesyuarat Agong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mengikuti program ini selama dua hari dijalankan. Hasilnya lahirlah Koperasi Pelajar Malaysia di Mesir. Lepas ini dapatlah merasa makanan Malaysia di Mesir. Prgram ini akan bersambung di Iskandariah untuk pelajar-pelajar di sana.















Suasana dalam dewan dan bergambar dengan pelajar Syoubra Ustaz Thaisir
( Orang perlis)
















Waktu makan yang memang ditunggu-tunggu



Pada pagi Khamis sebelum bertolak ke CICC, ada surat dari Malaysia baru sampai. Surat yang memuatkan lampiran surat khabar Utusan Malaysia tentang berita pelajar Pra Azhar di Mesir. Dua minggu dikirim baru sampai. Berita dalm internet tak sama macam dalam akhbar. Rupa-rupanya gambar dia lebih banyak. Tak sangka nak keluar muka sebijik terpampang tapi yang sayangnya eja nama tak kena.Ish..ish... Tak pa sekali seumur hidup. :-)


















Keratan akhbar Utusan Malaysia 17 Nov 08


Berita lanjut boleh dibaca di sini

6 comments:

-syaima~ said...

bestnya program tu cuma PART MKN...

owh, sudah feymes rupany...
harap2 nnt masuk paper lg tp sbgai student mumtaz plk

mabruk2!

Dr_Prastanta said...

wahhhh

aiman gameeeel!

dan said...

haah aiman aku belek suratkhabar ni kan bnyk kali ooo teruja gak tengok ko masuk paper hihi

nak masuk paper gak ceceh

ha ni dah pegi seminar usahawan ni kena jadi usahawan la yek? tak gitu?

makanan malaysia? apa yg dia bg makan? saje je nk tau

AiMaN KiSaH said...

to syaima :

betol2..makan mesti sedap..

insyaAllah ada rezeki masuk la paper..doa2 la yer :-)

to dr prastanta :

alhamdulillah rezeki...meshi2

to dan :

tu la..tk sangka nak keluar sebiji muka..bila la cameraman to amik gambar pun tak tau la...

memang kami digalakkan untuk jadi usahawan,,tp tengok org tu la minat ke tak..

hmm,,makanan mesia macam kerepek ubi, kicap cap kipas udang sebab sini susah nak dapat kicap yang pekat macam di msia

Muhammad Aiman bin Azlan said...

fuh..sedapnya makan. apa benda yg mcm hot dog tu? meleleh air liur.

masuk surat khabar siot!!!

AiMaN KiSaH said...

to kembar aku :

aku tak pasti nama apa,,janji boleh makan je..


tk sangka plak nak masuk..hehe.. sekali seumo hidop