September 29, 2008

57. Happy Eid Mubarak


Pada kesempatan saya Aimankisah tuan empunya blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa yang menziarahi blog ini amnya dan semua yang mengenali diri ini khususnya. Selain itu tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger yang tak jemu-jemu meng"update" blog korang. Sepanjang kita berkawan dan mengenali antara satu sama lain, mungkin ada yang terkasar bahasa, tersilap bicara hingga kadang-kadang ada yang terguris perasaan. Jadi di hari yang mulia ini harap dapat dimaafkan kesalahan sesama kita.


Saya juga berharap agar dapat mendoakan saya dan rakan-rakan lain yang insysAllah akan berangkat ke Mesir pada 5 Oktober nanti bagi menyambung pelajaran di sana. Doakan kami agar dapat menimba ilmu di sana dengan sempurna untuk kebaikan kita bersama.


Wassalam.....:-)

p/s : bahasa kali ni agak skema la plak. Biasa la nak mintak maaf dgn orang takkan nk guna bahasa kasar kot..hu3

September 27, 2008

56. Sumbangan Aidilfitri

Pada tarikh 25 Ogos 2008 hari Khamis yang lepas, Pas Perlis dengan diketuai oleh Pesuruhjaya Pas Negeri YB Ustaz Hashim Jasin dan Timb Mursyidul Am Pas Pusat Dr Harun Din telah melaksanakan aktiviti sosial dengan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pesakit-pesakit dan staf Hospital Tunku Fauziah Kangar Perlis. Sumbangan dilakukan sendiri oleh beliau dan dibahagikan kepada beberapa blok. Dr Harun Din telah menyampaikan sumbangan berupa kuih raya, kad raya serta duit raya di blok baru bersebelahan dengan blok lama. Selain itu, YB Rusli Eizan Adun Simpang Empat dan beberapa pimpinan Pas negeri turut memberi sumbangan tetapi di blok yang berasingan. Aku yang secara tak sengajanya telah menjadi cameraman sebab mak aku suruh ambik gambar. Ni antara gambar yang berjaya diambil semasa hari penyerahan sumbangan itu



55. May god bless you

This posting i dedicate to one of my friends that have met his creator. Mohd Faisal Azhar atau nama panggilan chan bukan nama asing buat pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Salang. Dia yang selalu berperwatakan lawak dan jenaka selalu saja menghiburkan hati member-member masa cikgu mengjar dalam kelas. Tapi Allah lebih sayangkannya. Dia telah menglami kemalangan jalanraya di Pulau Pinang 22 September yang lalu. Malam tu aku terima mesej dari kawan aku mengenai kejadian yang menimpa Faisal, aku terkejut sebab last time aku jumpa dia masa reunion batch kitaorang selepas SPM hari tu. Tak sangka aku perkara nak jadi kepada mu. Apa pun aku doakan semoga roh Faisal dicucuri rahmat..Lagu ni aku dedikasi buat Faisal sahabat baikku

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

54. Mission accomplished

Menyempurnakan tag....


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Top 3: Iman, Islam, Usrati

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
seluar slack dapper..

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Hotel five star..wooo..tk de la, kampung halaman aku

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Selalu orang sebut hingga ke anak cucu. Mana betul nanti klu dah dpt cucu kang kawen lain. Harapnya biarlah hingga akhir hayat..hu3

5. Adakah anda dilamun cinta?
Sekarang tak, nanti ye kot

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Restoren Andaman dekat Repoh, Perlis

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
1.Tip Cemerlang dari Quran

2. Quran Saintifik

3. Belajar dari dua Umar

4. Sirah Nabawiyah oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat



8. Apakah nama penuh kamu?
Mohd Fikri Aiman bin Mohd Zulkefli

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Both tp lebih kpd mak

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Our beloved prophet

11. Christina atau Britney?
Tidak sama sekali

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Yes, sendirian berhad dengan dibantu mesin basuh...

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Kampung halaman, rumah member, dan buat haji

14. Pelukan atau ciuman?
Both..haha

15. 8 perkara yang amat saya sukai.
1. Surf internet
2. Main futsal
3. Tengok tv yang pasti movie best2
4. Sembang dengan kawan2
5. Drive kereta sambil sembang dengan kawan2
6. Makan dengan famili
7. Dengar ceramah agama tp sejak duk rumah dh kurang

8. Pergi ziarah tok


16. 7 perkataan yang sering diucapkan
1. Lapar la
2. Jom men bola
3. Hari ni cerita apa?

4. Ngantok arr


17. 7 buah buku yang paling terbaru dibaca.
1. Petua cemerlang dari quran
2. Quran Saintifik

3. Belajar dari dua Umar

4. Sirah Nabawiyah

5. Buku Ammi Ustaz Khalid



18. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali
Aku suka juga band indie, ttp tak suma, Meet uncle hussein (pari-pari bawah angin)

tp dengar juga nasyid, taubat seorang hamba (jd insaf)


19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
tahun lepas..2007..
1. Jangan menilai seseorang melalui pandangan luaran je

2. Asal bisa tegal biasa. Contohnya lepas dapat lesen keta jangan kekok nak drive selalu, baru la tak takut

3. Baca doa sebelum bawa keta. Aku dah hampir2 eksiden sebab gopoh bawa keta

4. Jangan amalkan belajar last minute. Nanti gabra baru tau


Yang lain nanti kalau aku ingat aku tambah lagi. Biasa la pengalaman ni on the spot baru nak ingat


Settle jugak walaupun tak complete, kepada cik efa sory lambat membalas tag ni, soalan banyak jd amik masa nak pikiorrr , yang kurang tu mintak halal la yer.... :-)

September 17, 2008

53 . Bless my journey


Alhamdulillah tarikh nak berangkat dah dapat. Lama dah sebenarnya tapi malas tulis awal-awal nnati dok ingat nak tinggalkan Malaysia ni cepat. Apapun nnati nak pergi jugak. Menuntut ilmu yang manfaat agar dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan menyampaikan kepada masyarakat di Tanah Air Tercinta ni. (fulamak jiwang la plak mamat ni). Dengar khabar pelajar-pelajar yang ditaja oleh Amanah Raya telah meningkat jadi 25 orang. Makin ramai ukhwah kami. Jadual penerbangan yang telah diberikan ialah

Tarikh penerbangan : 5 Okt0ber 2008 (Ahad)
Waktu : 3.35 pagi
Tempat : Of course KLIA
Penerbangan : QR 621 (Kelas Eko)
Jenis tiket : Sehala (igtkan pergi balik..haha)

Satu lagi tarnsit di Doha, Qatar. Ada chance nak jelajah negara orang. JAdi sebelum pergi baik tanya nasihat orang yang dah berada di sana. Semuanya kenal pun melalui blogger. Ada hikmahnya buat blog.


(pusat beli-belah di qatar airport)

Pesanan sahabat-sahabat blogger yang dah berada di sana .

Elamansyud / Ibn Zuhan :

*Salam ziarah balas tatapan* Secangkir pesanan buat bekalan* Kitab Al-Quran kalam hafazan* Kuasai bahasa kunci persediaan* Ahlan wa sahlan ila Ardhil Kinanah

Almansuqie :
ape2 pun ikhlaskn hati, btlkn niat...tu yg pling penting.... :welcom to ardil anbiya'

Syauqi Azhari :

salam. kata2 yg berbunyi "indah khabar dari rupa" mungkin ada benarnya. pesanan saya, apabila ustaz tiba di Mesir nanti, terimalah ia dgn seadanya. klu nak cari yg indah / menarik / moden / canggih / cun / mungkin kurang. tp itu tak penting krn tujuan utama adlh utk menuntut ilmu Allah di bumi para nabi ini sedalam yg mungkin. maka, klu nampak ada yg tak kena, tutup mata

Muthaqqaf Azhari :

persiapan fizikal tu xde mslh dr segi material... cuma dr segi rohani, dalaman kena niatkan menuntut ilmu krn Allah utk menegakkan Islam kelak...lg 1 study, study gak... berpersatuan xdilupakan utk melatih diri bersama masyarakat nti k... :)

Harap Allah memepermudahkan perjalananku sepanjang menenutut ilmu di sana. Ardhu Kinanah...

September 16, 2008

52. 16 September. Realiti atau Fantasi ?


Tarikh 16 September sudah heboh dibicarakan di merata-rata tempat, tak kira di warung-warung kopi, di pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah dan banyak lagi. Sebab apa tarikh ni begitu hangat dibincangkan? Adakah kerana 16 September adalah tarikh hari lahir artis terkenal seperti Mawi, tarikh ulangtahun perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K atau kerana ianya tarikh final konsert rancangan TV Akademi Fantasia? Yang pasti semuanya tidak berkaitan langsung dengan tarikh 16 September.

Tarikh 16 September begitu hangat dibincangkan kerana ia merupakan suatu tarikh yang menjadi buruan atau harapan suatu pihak dan menjadi mimpi ngeri bagi pihak yang lain. Mengapa tarikh ini begitu gah sekali sehinggakan boleh menggembirakan seseorang dan menakutkan seseorang? Tak lain tak bukan kerana tarikh keramat ini pernah dinyatakan oleh individu yang berprofil tinggi di negara ini yang sekarang merangkap Ketua pembangkang di Parlimen untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan yang sedia ada bagi digantikan dengan kepimpinan yang baru. Sudah tentu kepimpinan yang baru ini akan memacu negara kita Malaysia ke suatu era baru yang mana lebih telus dan bersih dari segi pemerintahannya.

Jadi kita tunggu dan lihat sahaja, samada perancangan dan percaturan politik yang dirancangkan akan mencapi target dan sasarannya. Just wait and pray....Aminnn

September 15, 2008

51. Ramadhan vs Raya





vs








Posting kali ni nak cerita tentang sambutan Ramadhan dan Raya. Mana yang lebih diutamakan oleh rakyat di negara kita ni secara umumnya. Kalau mengikut perkiraan, hari ni merupakan hari yang ke 15 umat Islam di Malaysia berpuasa. Jadi ada baki 15 hari lagi. Sekarang kita telah berada di pertengahan bulan yang mulia ini sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Kadang-kadang perasaan bercampur baur antara suka dan duka. Suka kerana hendak menyambut Hari Raya Aidilifitri dan duka kerana Ramadhan hendak meninggalkan kita. Entah sempat atau tidak untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.

Seperti mana hadis yang selalu kita dengar apabila masuk sahaja bulan Ramadhan..Mafhumnya

"Awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan akhirnya terselamat dari siksaan api neraka"

"1st 10 Rahmah (kasih sayang), 2nd 10 magfirah (kemapunan), 3rd 10 itqun min an-nar (Allah merdekakan dari neraka)

Jadi sekarang kita berada di fasa kedua ataupun fasa magfirah yakni keampunan daripada Allah s.w.t. Tapi sejauh manakah falsafah Ramadhan dihayati dan digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat di negara ini secara umumnya. Apabila lalu sahaja di pasar raya, terdengar sahaja lagu raya. Memang dah pasar raya kena mainkan lagu raya agaknya. Tapi lagu ni bukan sahaja baru dimainkan tetapi sejak dari hari pertama Ramadhan lagi sudah kedengaran lagu-lagu seperti "Balik kampung", "Selamat hari raya"

Bukan salah hendak memainkan lagu itu, tambahan pula untuk mendatangkan mood raya itu sendiri, cumanya mana yang lebih aula atau lebih penting, mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah yang berlipatkali ganda atau lebih asyik menyambut raya sehingga mengabaikan amal ibadat di bulan puasa. Bukankah elok jika dimainkan lagu yang berunsur kesedaran seperti lagu Harapan Ramadhan yang dinyanyikan oleh Man Bai dan Raihan. Jika diteliti senikata lagu ini memang penuh dengan nasihat dan peringatan yang berguna buat pendengarnya.


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Jadi apabila orang ramai terdengar lagu itu, lebih terasa untuk menyambut Ramadhan berbanding hari raya yang lambat lagi akan menjelang tiba. Jika dilihat smabutan hari Raya di negara Islam seperti Mesir, Bulan Ramadhan lebih merih sambutannya berbanding Hari raya Aidilfitri itu sendiri. Seperti yang diceritakan dalam blog pelajar yang belajar Mesir

"Suatu perkara yang aneh lagi di Mesir ini adalah sambutan umat Islam Mesir terhadap Bulan Ramadhan lebih meriah dan terasa berbanding Hari Raya Aidilfitri. Selain daripada masjid-masjidnya yang penuh dengan jemaah pada setiap lima waktu, fanus-fanus Ramadhan (seperti tanglong) yang berbentuk menara masjid dengan lampu yang berwarna warni digantung di sana sini. Setiap kali bersua muka, selepas memberikan salam, akan disusuli pula dengan ucapan “Ramadhan Karim” (Ramadhan itu mulia). Maka pihak yang menjawab pula akan mengucapkan “Allahu Akram” (Allah lebih mulia)."

Memang suasana ini jarang sekali didapati di negara kita Malaysia. Jika ada pun hanya boleh dikira dengan jari kerana sedikit. Biarpun nanti ada yang mengatakan "Mesir tu negara Islam, bumi baik-baik" Tapi tidak bolehkah kita menjadikan bumi bertuah kita Malaysia ini seperti di sana, yang mana sambutan Ramadhannya lebih meriah.

Jadi marilah selalu tingkatkan amalan kita di bulan puasa ini, seperti mana para sahabat dahulu apabila tiba sahaja bulan puasa kerja mereka tidak lain hanyalah beribadah dan baca Al- quran.

September 13, 2008

50. Depan ada buaya


Klip video pilihan bulan ini, iklan raya tahun 2003. Walaupun dah lama berlalu, tapi ada sati scene yang membuatkan ak tergelak sakan. Hahahaha...Masa usu jatuh tergolek nak kejar abang dia pergi cari daging. Ak tengok scene tu macam real je, bukan yang jatuh buat-buat..Korang fikir la sendiri..

Moral dari klip video ni :

1. Patuhi arahan ibu dan bapa kerana keberkatan hidup kita terletak kepada keberkatan kedua-dua ibu bapa kita. Tapi dalam klip ni ibu je sebab tajuk video ni pun janda anak tujuh.

2. Berusaha sehabis mungkin untuk memenuhi hajat ibu dan bapa.

3. Jangan percaya cakap orang yang kena tinggal..haha..macam usu yang kena tinggal oleh abang2 dia

ada banyak lagi..korang list la sendiri...Enjoy it

September 12, 2008

49. Paksaan dalam tarbiyah. Wajarkah?

Beberapa hari lepas, soalan ni tertera dalam shoutbox blog saya. Soalan ini dikemukakan oleh rakan blogger jugak, namanya nawfal timur. Bagi menjawabnya saya hanya boleh memberi sedikit pandangan. Sebelum itu, mari kita tengok apa yang dimaksudkan dengan tarbiyah itu tadi?

Sebagai seseorang yang pernah menjalani proses tarbiyah di Kolej Islam dulu, saya hanya mampu menceritakan secebis pengalaman sepanjang mengalami proses tersebut. Pelajar form 4 khususnya akan menjalani proses tarbiyah yang merupakan salah satu keunikan di KISAS selain daripada friends, teachers, ukhwah dan biah solehah. Selalunya tarbiyah dilakukan oleh senior-senior kami dari pelajar form 5 dan ada juga pelajar form 6 yang terlibat. Sepanjang proses tersebut, pelajar-pelajar form 4 diwajibkan agar mengikuti segala program-program keagamaan di asrama khususnya dan di sekolah. Ini termasuklah program seperti kuliah-kuliah selepas solat fardhu, bacaan Al - Mulk sebelum tidur, bacaan Al - Mathurat, Program tahsin Al - Quran sebelum Maghrib dan banyak lagi. Sekiranya didapati ada pelajar yang melanggar atau tidak mengikuti program yang dijalankan, ada la denda atau pun akibatnya. Tujuannya adalah untuk mendidik kami pelajar form 4 khusunya agar mematuhi peraturan dan tidak terlepas dari mengikuti program tarbiyah ini.

Berbalik kepada soalan tadi, "Wajarkah paksaan digunakan dalam proses tarbiyah?" Pada hemat saya, kalau dalam skop pelajar, wajar digunakan tetapi dengan cara yang berhikmah. Bukan dengan menurut hawa nafsu dan untuk melepaskan geram kepada seseorang. Ini kerana, saya pernah mendengar cerita yang menyatakan pada zaman Rasulullah s.a.w dulu pun, pernah suatu ketika sahabat atau Rasulullah sendiri membetulkan saf peperangan dengan menggunakan pedang. Biarpun arahan untuk membetulkan saf atau barisan peperangan tadi hanya boleh dilakukan dengan hanya kata-kata, tapi dalam peristiwa ini pedang yang digunakan sebagai ganti. Kesahihan cerita ini saya kurang pasti. Harap dirujuk kembali.

Tujuan tarbiyah itu adalah untuk membentuk peribadi dan sahsiah yang elok terhadap individu yang ditarbiyah itu tadi. Jadi jika dalam skop pelajar sekolah, wajar dilaksanakan paksaan. Tetapi sepeti yang dinyatakan awal tadi, mestilah mengikut cara yang berhikmah bukan untuk melepaskan geram kepada seseorang sahaja. Jika sekadar hanya secara berlembut, dibimbangi pelajar-pelajar tidak merasa gerun dalam hati mereka untuk meninggalkan perbuatan yang tidak berfaedah. Ini kerana pada zaman sekarang, banyak budaya dan cara hidup yang tidak baik telah meresap masuk ke dalam hati pelajar-pelajar sekolah khusunya. Jika perkara ini tidak dibendung, dibimbangi menjadi lebih teruk.

Setakat ini sahaja pandangan saya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Nawfal Timur.

p/s : kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan

September 11, 2008

48. Rahsia di sebalik الصوم



اللهم انك تحب العفو فاعفوا عنا وعن والدينا وعن جميع المسلمين والمؤمنين والمؤمنات ..آمين... يا رب العالمين




Rahsia Huruf dalam kalimah صوم
Shaum ertinya Puasa..

Huruf Shad - mengisyaratkan الصبر = Sabar.
"Sesungguhnya dibalasi pahala orang yang bersabar dengan tanpa Hisab".. al Quran.

Huruf Waw- mengisyaratkan الورع = Wara. iaitu meninggal perkara yang samar (syubhat).
" Wara itu penghulu amalan" -al hadis riwayat al Tirmizi.

Huruf Mim- mengisyaratkan المحسن = Muhsin. Berbuat ihsan.
" Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berlaku IHSAN diatas setiap perkara"- al hadis riwayat Muslim.


Sangatlah perlu memerhatikan tiga sifat ini apabila seseorang itu sedang berpuasa. Kebiasaannya perkara-perkara yang menjuruskan kepada tiga perkara inilah atau sebaliknya yang menjadi fokus latihan, ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t kepada kita ketika menjalani ibadah puasa yang sempurna. Samaada puasa tingkatan khusus atau khusus al khusus. Sebaliknya kemungkinan puasa awami yang kita miliki, yang hanya menahan lapar dan dahaga disiang hari, jika kita tidak menjaga dan mengawasi ketiga-tiga perkara tersebut.

Allahu Musta'an...

September 3, 2008

47. Ustazah Fatimah enggan dipisah dengan muktamar




IPOH, 2 Sept (Hrkh) - Biarpun muktamar PAS kali ke-54 sudah lebih dua minggu berlalu, namun bagi bekas Ketua Muslimat PAS Kedah, Ustazah Fatimah Ramli, 68 ia menjadi kenangan baginya kerana sanggup datang dengan berkerusi roda.Lebih membanggakan lagi beliau tetap setia di ruang pemerhati muslimat sejak hari pertama muktamar yang diadakan di Stadium Indera Mulia sehinggalah hari terakhir."Biar pun terpaksa berkerusi roda dan kurang sihat, namun keinginan datang ke muktamar tetap kuat bagi mengikuti ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan perbahasan perwakilan.

"Dulu makcik boleh berdiri kuat dan sering menjadi perwakilan dari Kedah ke muktamar seperti ini," ujarnya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau yang begitu terharu apabila mengimbaukan kenangan manisnya ketika menjadi Ketua Muslimat PAS Kedah pada tahun 1970-an.

Menurutnya juga beliau dapat berbangga kerana anak-anaknya turut mengikut menjejaki langkahnya bagi meneruskan perjuangan bersama gerakan Islam di negara ini.

Antaranya anggota jawatankuasa PAS Perlis, Mohd Nor Salleh.

"Makcik datang ke muktamar dengan dibantu anak lelaki yang bersusah payah. Makcik amat terharu kerana muktamar tahun ini diadakan di sebuah negeri yang asal dilahirkan PAS. Diharap tahun hadapan diadakan di Kedah," ujarnya. - mj _


p/s : tok ak masuk internet

46. Fadhilat ramadhan 2


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang
: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

September 2, 2008

45. Fadhilat Ramadhan 1



Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


September 1, 2008

44. Ramadhan datang lagi


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.