Hari Jumaat yg lepas bertarikh 1 Ogos telah berlangsung pelancaran biasiswa pengajian Islam ke Timur tengah iaitu Mesir oleh AmanahRaya bertempat di Hotel Hilton dekat KL Sentral, Kuala Lumpur...Fuhhh..memang grand betul hotel tu, ntah berapa bintang pun tak tau la. Tapi sebelumpergi hotel semua pelajar yang mendapat tajaan AmanahRaya kena pergi dengar taklimat dulu dekat pejabat AmanahRaya di Jalan Ampang..Perjalanan program yang berlansung selama dua hari di Kuala Lumpur ni baik tulis je dalam blog ni, buat kenangan....
1o.30 malam - Bertolak ke Kuala Lumpur Zzzzz......
4.30 pagi - Sampai KL
9.00 pagi - Pergi Institut Terjemahan Negara (ITN) di Wangsa Maju Seksyen 10 nak traslate sijil SPM dengan sijil beranak. Driver teksi pun tak tau tempat ni sebab Wamgsa Maju ni kaw perumahan tapi nasib baik jumpa juga
11.00 pagi - Sijil siap ditranslate. Ni pun sebab Allah permudahkan. Kalau nak ikut kena tunggu 4 hari baru siap tapi dah trasnlator ada di situ sejam dah bleh siap tapi kena tambah duit la skit.
1.40 tgh - bertolak pergi Wisma AmanahRaya di Jalan Ampang. Tunggu teksi pastu gerak tapi jalan jam coz org baru nak masuk pejabat. On the way terserempak dengan bas KISAS. Aik ak sampai dulu..Haha
3.30 ptg - Baru start taklimat sebab Pengerusi AmanahRaya Dato' Dusuki baru sampai sebab terlambat sikit. Besa la orang korporat.
5.00 ptg - Dah setel semua. taklimat pun dh dengar, agreement pun dah sain, jamuan pun dh makan jadi nak balik je la. Tapi masa taklimat suma pelajar kena warning dulu dengan Pengarah Bahagia Pembangunan Amanahraya Puan Azliah Suhod. Dia kata "pergi sana kena belaja sungguh2, kalau Universiti Azhar kata result kurang memuaskan dan perlu dihantar balik, saya tak dapat nak buat apa2" aduh..ni yg berdebar ni..tak pe..InsyaAllah boleh..
8.30 mlm - Tak tau nak buat apa, jalan2 je dkt KL pastu pergi isi perut bagi jadi besar..Haha
12.00 mlm - Zzzzz..
8.00 pagi - Cari teksi nak pergi Hotel Hilton. Teksi plak tak de coz banyak orang dah ambik sebab nak pergi kerja.. Nasib baik ada yang kosong
8.45 pg - Sampai hotel..jalan jam..tu yg lambat tu..Sampai2 je penyambut tetamu kata " Selamat Datang, AmanahRaya kan?" Aiseh mcm tau2 plak..
9.30 pg - Pelajar Kisas baru sampai. Cikgu2 pun ramai, Pengetua Ustaz Abdullah Jusoh, Ustaz Abdullah Hassan, Ustazah Norhayati dll..
10.15 pg - TPM Dato' Seri Najib Tun Razak pn sampai. Sepatutnya majlis bermula pukul 9.00 pagi habis pukul 11.00 pagi tapi mungkin jalan jam kot...
10.20 pg - Ucapan daripada pengerusi AmanahRaya Dato' Dusuki selepas tu Duta Msia ke Mesir Dato' Zainal Abidin last sekali baru TPM11.00 pg - Pelancaran biasiswa AmanahRaya bagi pengajian Islam oleh TPM. Nama2 pelajar yg dapat pun disebut dan naik ke pentas untuk terima frame macam frame gambar tapi dalam frame tu ada sijil la.
11.10 pg - Pembacaan Ikrar la plak diketuai oleh Hakimi mat Salim. Biasa la klu dah dapat duit tu mesti kena janji buat yang terbaik..
11.20 pg - Majlis habis dan TPM pn keluar tapi yang tergelaknya pelajar2 yang dapat ada sesi bergambar la plak dgn media. Macam2 posing kena buat, senyum nampak gigi la apa la tapi yang kelauar paper sikit je pun. Hampeh tul la...
12.00 tgh - Semua hadirin byk dh balik dn bas yg nk ambil pelajar KISAS pn sampai. Jadi klu ramai orang dh balik, kita pun balik la...
3.00 ptg - Round KL buat kali terakhir...Haha
9.15 mlm - Boi..boi KL..Tapi aiseh man sebelum tu teksi nk p Pudu tak de la plak. Seb baik last minit ada gak tp kena tambah caj 3 ringgit. Biar la, janji jangan kena tinggal bas sudah...
4.30 pg - Sampai ke tanah air..haha..balik rumah la...
that's the journey...
4 comments:
salam aiman..
tahniah giddan2!
moga kte dpt jmpe di Kaherah xpun pgi shopping same2 kat Port Sa'id...heh
Senaraikan la exKisas yg dapat...x semua knal diorg..
p/s:ad tnye psl altantuya?
alhamdulillah
syukran2
insyaAllah..moga2 kita dpt jumpa
nnt ak senaraikan exkisas yg dapat
p/s : hehe,,pasal altantuya dia tk brani tya nnt takut org bom dia balik dgn C4..
Salam.. spm 2007 ya?? Alhamdulillah, dapat juga menatap gambar pasal amanah raya nih dengan clear.. nanti letaklah senarai tuh ek.. jazakallah
Bittaufiq in ur undertakings
Post a Comment