August 31, 2008

43. Flashback

Oleh sebab tak sempat nak update, baik kita flashback peristiwa penting yang berlaku sejak akhir-akhir bulan Ogos ni

26 Ogos 2008 - Pilihanraya kecil Permatang Pauh. Ada yang menggelarnya sebagai ibu segala pilihanraya keran calon yang bertanding merupakan orang yang berprofil tinggi melainkan seorang calon tu (AKIM), tak masuk kira-kira. Alhamdulillah berkat usaha dan pertolongan daripada Allah S.W.T kejayaan telah berpihak kepada Pakatan Rakyat

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

For more detail, check it out DSAI

27 Ogos 2008 - Kuliah Maghrib Dr Harun Din di Madi, Perlis. Tajuk dan perbincangan kuliah lebih kepada tafaqquh fiddin.

28 Ogos 2008 - DSAI menjejakkan kaki semula ke Parlimen untuk mengangkat sumpah sebagai new MP. Kehadiranyya kali ini bukanlah sebagai Anggota Kabinet lagi tetapi telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang..



29 Ogos 2008 - Pembentangan Bajet 2009 di Parlimen oleh PM Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi a.k.a Pak lah

Bajet 2009

30 dan 31 Ogos 2008 - Sambutan Hari kemerdekaan ke 51. Seluruh Malaysia menyambutnya tetapi boleh dikatakan kurang meriah kerana kurang kelihatan Jalur Gemilang dikibarkan di merata tempat. Tema tahun ni " Perpaduan teras Kejayaan "

Logo Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
Rasional Logo

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding
bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras
Kejayaan”.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang
bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan
memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaumkaum
di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah
mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan
rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh
kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem

Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna
kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


No comments: