February 13, 2010

107. Jaulah tarbiah



Sepanjang jaulah kami dapat melihat kebesaran dan keagungan ciptaan Allah,,,



Depan tugu di Kem Berlief


Patung anak lembu Samiri

Telaga di Uyun Musa


Perjalanan menuruni Jabal Musa / Bukit Tursina

Pokok hidup dari Zaman Nabi Ilyas dan dikatakan tempat Baginda bersandar

Tempat Nabi Ilyas berehat

Batu tempat Nabi Musa bersembunyi ketakutan sebelum melihat Allah
Bendera Malaysia sampai di puncak Sinai, tak lupa budu pun sampai juga..tahniah Ustaz Amin

Pelancong Jerman

Menanti matahari terbit





Proses matahari terbit,,Subhanallah


Tempat mihrab Nabi Musa

Unta sepanjang perjalanan mendaki bukit bagi sesiapa yang keletihan

Sebelum mendaki

Mata Air 12


Perkampungan dan Wadi arbain

Masjid Wadi Muqaddas

Makam Nabi Harun di atas bukit

Bukit terletak patung anak lembu Samiri



Makam Nabi Salleh dan pengikutnya

Chalet di Sinai

Batu dan bukit sepanjang perjalanan ke Sinai

Berlatar belakangkan bukit bukau yang indah

Sightseeing di tepi pantai waktu pagi

Pintu masuk chalet di Dahab

Peserta trip rombongan dari Tanta yang baru pulang dari Sinai

Dah seronok berenang mesti lapar

Pakai dekat kaki la Tuan

Team snorkeling

chalet di dahab


Laut keliling kubu Salahudin

Seni bina kubu yang kukuh sehingga sekarang

Berlatarbelakang kubu yang terletak di tengah laut

Perkampungan Salahudin

Bergambar sebelum berangkat

Sejuk-sejuk ada api panaskan badan

Makam Nabi Harun

Menaiki bot ke Kubu


Hampir dua bulan blog ini tidak dikemaskini kerana aktiviti agak padat di samping peperiksaan semester pertama yang baru sahaja berlalu jadi kini ada sedikit waktu yang sesuai untuk menceritakan sedikit pengalaman kembara dan menjelajah ke Semenanjung Sinai yang di sana terletak banyak tinggalan sejarah para anbiya dan tempat peranginan bagi sesiapa yang ingin mencari ketenangan terutama bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja habis menamatkan peperiksaan. Program jaulah yang kami sertai iaitu pelajar Kuliah Ulum ialah bawah seliaan dan kendalian Bahagian Perhubungan dan Pelancongan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Jaulah selama 3 hari 2 malam bermula 8 hingga 10 Februari 2010 dan bayaran sebanyak 180 LE dipandu oleh pemandu pelancong yang memang berpengalaman membawa pelancong ke Semenanjung Sinai sebanyak 9 kali iaitu Ustaz Taha Hasan. Bayaran yang dikenakan antara yang termurah jika dibandingkan dengan anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) serta Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang lain kerana mendapat bantuan daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Bilangan peserta dan ajk seramai 42 orang serta seorang pegawai dari kedutaan Ustaz Zulkifli Din bertolak dari DMAK pagi Isnin jam 2 pagi menaiki sebuah bas dan jaulah yang pertama kali dianjurkan oleh DMAK ini sebanyak dua trip iaitu trip pertama lelaki sahaja dan kedua bagi pelajar perempuan yang bertolak pada 12 hingga 14 Feb pula. Jadi antara tempat yang kami lewati dan singgahi sepanjang perjalanan :
1. Melalui Terusan Suez kami singgah solat subuh ditempat bernama Nakhl. Kami tiba hampir jam 6 pagi dan keadaan angin di situ memang sejuk dan apabila bercakap asap yang keluar macam hisap rokok. Sepatutnya destinasi pertama kami ialah tinggalan kem tentera Israel tetapi waktu kami tiba terlalu awal seawall 4 pagi dan tempat itu belum dibuka.

2. Seterusnya terus menuju ke kawasan bernama Taba terletak di tepi laut. Di situ merupakan sempadan antara Mesir dan Israel dan dapat dilihat pos kawalan tentera Israel. Terdapat juga di sana Hotel Hilton yang selalu menjadi sasaran serangan bom dan telah banyak pelancong terutama pelancong Israel mati kerana serangan tersebut pada suatu masa dahulu. Untuk melawat dengan lebih dekat kawasan tersebut pelancong perlu membayar sebanyak 75 LE jadi keputusan tidak masuk kerana itu bukanlah matlamat tempat yang hendak kami lawati. Maklumat yang kami dapat tempat tersebut ialah di situ tidak ditempatkan tentera Mesir dan yang dibenarkan cuma polis serta kawasan sekitar tidak dimajukan untuk pertanian kerana hasil perjanjian David.

Jadi kami menuju ke tempat yang memang kami hendak lawati iaitu Perkampungan Salahudin al Ayyubi. Kami tiba pun agak awal jam 8 pagi dan tempat tersebut dibuka jam 9 pagi jadi tunggu seketika sambil bergambar di kawasan sekitar berlatar belakangkan bukit bukau yang indah. Perkampungan itu telah dimajukan dan terdapat hotel bagi pelancong bermalam. Tempat bersejarah yang terletak di situ ialah salah satu antara kubu Salahuddin Al Ayyubi selain dari yang terletak di Kaherah dan Iskandariah. Bagi menuju ke kubu tersebut pelancong perlu menaiki bot hampir lima minit sahaja kerana kubu terletak di tengah laut. Pemandangan air laut memang begitu indah dan menenangkan. Teknologi terawal yang telah dilakukan oleh Salahuddin al Ayyubi ialah menukar air laut yang masin menjadi air tawar bagi kegunaan tentera untuk berwudhuk dan minum serta sebagainya. Caranya ialah dengan meletakkan batu sehingga rapat dan mengalirkan air melalui batu itu. Garam akan terlekat di permukaan batu dan yang terhasil Cuma air tawar. Jadi boleh dilihat kebijaksanaan Panglima Islam dalam menghasilkan teknologi biarpun pada waktu itu belum terdapat kemudahan yang canggih seperti di zaman sekarang.

3. Seterusnya kami terus menuju ke Dahab dan perjalanan memakan masa hampir 3 jam. Tengah hari jam 2 petang kami pun tiba di pantai dahab dan terus ke chalet kami bermalam. Selesai makan tengah hari dan solat jama’ zohor dan asar, peserta diberi kebebasan sehinggalah keesokan harinya. Memang peluang terbaik buat kami bagi menyegarkan badan yang lesu. Masing-masing dan bercadang hendak mandi laut. Jadi berbekalkan 10 LE untuk menyewa alat bagi snorkeling dan cukup untuk mandi dan melihat keindahan batu karang yang terdapat di dalam Laut Merah. Keadaan di Dahab penuh dengan pelancong asing dan sepanjang laut terdapat restoren makanan laut dan harganya pun berpatutan.Sejarah asal perkataan Dahab ialah zahab ataupun dalam arabnya bermaksud emas tapi diammikan dan menjadi dahab kerana di sana terdapat bukit bukau dan pada waktu senja kelihatan warnanya seakan-akan emas hasil pantulan cahaya matahari.
Pada malamnya kami kebetulan bertemu dengan rombongan dari Tanta yang baru pulang dari mendaki Bukit Sinai dan mereka bermalam sehari di situ sebelum bertolak pulang ke Kaherah keesokannya.

4. Dah puas bermandi-manda dan membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang ke Kaherah, jam 11 pagi kami bertolak ke Sinai dan kawasan Saint Catherine.Kami melalui sepanjang banjaran Tiih yang disebut dalam alquran.


26. Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau Dengan bingungnya (di sepanjang masa Yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah Engkau berdukacita terhadap kaum Yang fasik itu".

Sepanjang perjalanan ke Sinai kami dapat melihat keindahan bukit-bukau yang pelbagai bentuk serta padang pasir yang luas terbentang ciptaan Allah.
Destinasi seterusnya kami lawati sebelum tiba di Saint Catherine ialah kawasan terletaknya patung lembu Samiri yang kisahnya disebutkan dalam Al Quran.



93. Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu dan Kami angkat bukit (Thursina) di atasmu (seraya Kami berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan dengarkanlah!" Mereka menjawab: "Kami mendengar tetapi tidak mentaati". Dan telah diresapkan ke dalam hati mereka itu (kecintaan menyembah) anak sapi karena kekafirannya. Katakanlah: "Amat jahat[74] perbuatan yang telah diperintahkan imanmu kepadamu jika betul kamu beriman (kepada Taurat).

[74]. Perbuatan jahat yang mereka kerjakan ialah menyembah anak sapi, membunuh nabi-nabi dan melanggar janji.

Lembu itu direka oleh Samiri dengan cara menyuruh pengikutnya memberi semua emas milik mereka untuk dijadikan patung anak lembu tersebut, ada juga mengatakan patung itu terhasil melalui pantulan cahaya matahari. Apabila angin melalui lubang yang terdapat pada patung itu di bahagian depan akan terhasil bunyi seolah-olah patung itu bernyawa.Kesemua pengikutnya percaya dengan tipu daya Samiri. Patung itu dibuat semasa pemergian Nabi Musa selama 40 hari bagi menerima wahyu taurat dari Allah. Dapat dilihat bentuk anak lembu agak jelas dengan mata serta 4 kaki. Bertentangan dengan patung itu terdapat makan Nabi Harun dan disebelahnya terdapat gereja. Peliknya setiap makam nabi ada sahaja gereja.

5. Seterusya kami menetap di chalet berikutnya dan selesai solat zohor dan asar secara jama’ di Masjid Wadi al Muqaddas, semua peserta di bawa ke Mata Air 12 yang disebut dalam Al-Quran Wadi Arbain. Perjalanan sejauh hamper 5 km dikelilingi batu dan bukit serta latihan awal sebelumnya malamnya kami akan mendaki Gunung Sinai. Sejarah Mata Air 12 ialah pengikut Nabi Musa telah mengadu kehausan lantas Allah menyuruh Nabi Musa menghentak batu dengan tongkat lalu terhasillah 12 mata air bagi 12 kaum. Ada pihak cuba mengubah batu itu tapi tidak berdaya kerana kuasa Allah ingin mengekalkan kedudukan batu tersebut di situ.


60. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


Dan Kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu." maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. dan Kami naungi mereka Dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik Yang Kami telah kurniakan kepada kamu". dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.

Manakala Wadi Arbain atau Wadi 40 ialah merupakan tempat persidangan 40 nabi lain bersama Nabi Musa bagi membincangkan masalah pada setiap tahun. Dapat dilihat Cuma di kawasan itu sahaja terdapat tumbuhan yang merupakan pokok zaitun subur dan berdekatan tempat tersebut terdapat perkampungan badawi yang berulang alik ke pekan setiap hari berjalan kaki atau menaiki unta bagi membeli kelengkapan harian.

6 Setelah melihat semua tempat tinggalan sejarah tadi, semua peserta berjalan pulang ke chalet untuk berehat bagi mendapatkan tenaga untuk mendaki gunung Sinai pada malamnya nanti. Setibanya di chalet kami semua dihidangkan dengan juadah yang sedap dan peserta kesemuanya kelihatan berselera kerana terlalu lapar dan letih berjalan sejauh 5 km sebentar tadi. Jam 11.45 malam ada taklimat disampaikan oleh Ustaz Taha Hasan sebelum perjalanan kami mendaki Bukit Sinai dan kami diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh pelajar perubatan bagi memudahkan pergerakan mendaki sekiranya terdapat peserta yang sakit sepanjang perjalanan. Jam 2 pagi kami mendaki bersama ramai lagi peserta lain seperti Perubatan dari Kaherah yang terdiri dari pelajar perempuan. Terdapat 8 checkpoint sebelum sampai ke puncak dan terdapat teh dijual untuk menghilangkan sejuk tetapi harga memang mahal memandangkan atas bukit. Ketinggian bukit Sinai 2280 km dan suhu rendah hingga pernah mencecah negative 5 celcius sehingga ada salji. Perjalanan yang agak memenatkan selama hampir 4 jam lebih akhirnya membuahkan hasil kerana di atas puncak sana kami dapat melihat matahari terbit dan sempat solat subuh di surau di atas. Terlintas di fikiran bagaimana keadaan Nabi Musa mendaki dalam suasana kelam dan sejuk serta kawasan yang curam. Kelihatan ramai peserta lain dari pelbagai tempat seperti Mansoura,Tanta, Iskandariah dan ada juga yang dating dari Jordan untuk mendaki Gunung Sinai. Pelancong asing turut ramai seperti dari Jerman, Chile dan sebagainya. Kami sempat melihat kawasan berbatu yang menjadi tempat Nabi Musa bersembunyi sebelum melihat Allah kerana terlalu takut dengan kekuasaanNya.


Jam 7 pagi kami bersiap turun dan ketika pulang kami mengikuti jalan lain bagi menyaksikan satu lagi tinggalan sejarah iaitu tempat perkampungan Nabi Ilyas dan pengikutnya dan pokok di mana baginda selalu bersandar pada suatu masa dahulu. Jalan ketika pulang agak curam dan lebih cepat daripada jalan ketika mendaki naik.

7. Seterusnya kami bertolak keluar dari Sinai dan menuju ke U’yun Musa. Di sana kami melawat kawasan telaga 12 yang menjadi sumber air kepada 12 kaum Nabi Musa selepas lari melepasi laut merah yang terbelah bagi menyelamatkan diri dari Firaun dan bala tenteranya. 8 Jadi sampai ke destinasi terakhir jaulah kami ke semenanjung Sinai iaitu Kem Tentera Israel atau namanya Kubu Berlief yang kami tangguhkan di awal perjalanan kerana tiba terlalu awal sebelum dibuka. Kini kawasan tersebut dijaga dan dikawal oleh tentera Mesir. Pada suatu masa dahulu semasa perang Mesir-Israel, kem tersebut merupakan tempat kawalan tentera Israel dan terdapat meriam yang digunakan untuk menyerang Terusan Suez bagi menguasai minyak di sana. Sehingga sekarang Israel masih ingin menguasai sumber minyak di sana sehinggakan pernah mengorek bagi mendapatkan minyak tetapi dengan kuasa Allah yang keluar ialah air panas. Di kem tersebut terdapat pos kawalan dan 6 kem kecil. Setiap kem dibuat daripada besi rel kereta api yang keras yang diatasnya diletakkan 3 tembok batu yang besar diikat dalam dawai besi dan dikambus dengan pasir. Tujuannya ialah apabila serangan dilakukan oleh tentera Mesir, batu tadi pecah seterusnya akan menjadikan benteng tadi bertambah lebih kuat. Serangan bertalu-talu tentera Mesir ke atas benteng tentera Israel tidak membuahkan hasil. Tentera Mesir pada awalnya sukar untuk mengalahkan tentera Israel akhirnya dengan izin Allah, salah seorang dari Syeikhul Azhar Syeikh Halim Mahmud telah bermimpi supaya mencurahkan air ke atas pasir dan pasir yang menutupi benteng mendap dan tentera Mesir berjaya mengalahkan tentera Israel laknatullah. Apabila Mesir mendapat kawasan tersebut, Presiden lalu Jamal Abdul Nasir telah mengarahkan untuk menghapuskan sebahagian kem kecil tersebut dengan menggunakan TNT. Kami dibawa melihat peralatan yang digunakan oleh tentera Isarel dan diterangkan rahsia di sebalik bendera Israel yang mempunyai 6 bucu dan dua garisan di atas dan bawah bintang tersebut . Enam Negara yang dimaksudkan ialah Mesir, Palestin, Jordan, Lubnan, Syiria dan Iraq. Jadi memang munasabah kenapa Mesir menghabiskan banyak duit untuk pertahanan. Akhirnya kami bergerak pulang ke Kaherah dengan melalui Terowong Ahmad Hamdi merentasi Terusan Suez yang memisahkan antara Benua Asia dan Afrika. Terowong tersebut dinisbahkan kepada nama Ahmad Hamdi kerana dahulunya beliau merupakan salah seorang syuhada dalam peperangan Mesir dan Israel. Selepas melepasi terowong kami singgah di masjid bagi menyempurnakan solat zohor dan asar secara jama’.

Alhamdulillah jam 6 malam kami selamat sampai di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Kami bersyukur kerana sepanjang perjalanan tidak ditimpa sebarang masalah dan musibah dan pada saya sendiri merasakan program jaulah pertama kali yang dianjurkan oleh pihak DMAK berjaya dan berharap dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Jaulah ini yang bertemakan Tarbiah dan Ukhwah mencapai matlamtnya kerana sepanjang jaulah kami melihat tinggalan sejarah para anbiya dan melihat keindahan ciptaan Allah dan juga kenal mengenali antara sesama peserta lain yang bukan sahaj dari DMAK malah ada dari Perubatan Mansourah, BKAN lain dan yang lebih istimewa ada seorang peserta Kelantan dari Malaysia yang turut serta iaitu Ustaz Amin Hussin yang memang ramah dari UIA yang datang ke Mesir untuk membeli kitab di Pameran Buku Antarabangsa Kaherah seterusnya bersama kami jaulah ke Sinai. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program jaulah kali ini. Harapan kami nanti buat lagii jaulah…Best….sekiranya terdapat kesilapan fakta harap dapat dibetulkan kerana semua catatan merupakan imbas kembali apa yang saya dapat dari yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami.

6 comments:

Dr. Syaimaa' Ahmad m.b.b.s said...

time winter bulih plak berenang noh? sakan~

AiMaN KiSaH said...

besa la..darah panas...

n a n a said...

bestnya..=)
ada buah tgn x?hehe..

AiMaN KiSaH said...

alhamdulillah rezeki...hehehe

nabil said...

salam
sgt menarik tempat2 tu semua...

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

amboih..seronok nya tengok hangpa semua jalan2 kat sana...x pa2 sesekali berlibur no hal la..dalam sibuk berjuang adakalya rehat itu dapat memantapkan lagi perjuangan di masa hadapan..