Selesai sudah program pelancaran Rumah Amanah Malaysia Mesir yang terletak di Hayyu Sabi’ ini dan juga Majlis Amanahraya meraikan pelajar Malaysia di Mesir bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah bersama Datuk Seri Nazri. Majlis yang bermula 7 hingga 8 Oktober itu Alhamdulillah berjaya dijayakan oleh semua pelajar tajaan Amanahraya di Mesir dari kumpulan pertama dan juga pelajar yang baru tiba dua minggu lepas.
Majlis pelancaran Rumah Amanah Malaysia.
Rumah ini buat pertama kali dirasmikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz. Bangunan lima tingkat ini menempatkan pelajar bawah tajaan Amanah raya seramai 53 orang dari kumpulan pertama seramai 24 orang dan kumpulan kedua seramai 28 orang termasuk seorang warden Encik Firdaus bin Hat. Majlis bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 6 petang. Rombongan menteri disertai Datuk Dusuki, Pengurus Amanahraya, Datuk Zainal Abidin, Mantan Duta Besar ke Malaysia dan juga Dato’ Rodzi Pawanteh, Pengarah Urusan Amanahraya dan Puan Adzliah Suhod,wakil Amanahraya disertai wakil dari kedutaan tiba jam 2.30 petang.
Rombongan menteri telah meluangkan masa untuk makan tengah hari di Kafe Arau yang beroperasi di Rumah Perlis di Hayyu Sabi’ pada keesokan harinya. Ini memandangkan menu yang disediakan sedap dan lazat dan juga makanan semuanya ala timur. Masing-masing berpuas hati dengan menu yang disediakan.
Majlis Sambutan Aidilfitri
Pada 8 Oktober keesokannya satu majlis Sambutan Aidilfitri meraikan pelajar Malaysia di Mesir telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah. Majlis ini ditaja sepenhnya oleh Amanahraya Berhad dan diadakan juga majlis ramah Mesra datuk Seri Nazri Aziz bersama pelajar Malaysia di sini. Majlis bermula jam 6 petang dan berakhir jam 8 malam.
Program ke Iskandariah
Selepas selesai semua program di Kaherah, bagi meraikan penat lelah pelajar menguruskan dua program sebagai balasannya pihak Amanahraya telah membawa semua pelajarnya ke Iskandariah bagi makan angin di sana. Dalam pada itu kami turut mengikut rombongan menteri melawat bangunan Pelajar Perubatan bawah tajaan MARA di Iskandariah. Sepanjang ziarah kami telah berpeluang masuk ke dalam Perpustakaan Iskandariah yang terkenal dengan tinggalan manuskrip dan buku lama. Terdapat satu muzium dalam perpustakaan itu yang menempatkan buku dan manuskrip lama.
Tepi laut
No comments:
Post a Comment