Sepanjang Ramadhan di bumi Kaherah ini, pelbagai aktivit yang dijalankan. Jadi posting kali ini insyaAllah dipenuhi dengan gambar dan khabar dari Bumi Anbiya ini.
1. Daurah bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
Daurah bermula dari awal Ramadhan sehingga 21 Ramadhan dan Rumah Kedah di Hayyu Sabi telah menjadi tuan rumah untuk program ini. Daurah dihadiri oleh ramai penuntut tidak kira dari bidang agama dan juga perubatan. Pelajar dari nusantara antaranya Indonesia, Brunei dan Singapura turut sama menyertai.
2. Daurah dan jaulah ke Humaysara
Humaysara merupakan tempat letaknya makam Imam Tarikat Syazuliah. Program berlansung selama 3 hari 2 malam dan daurah ilmiah diisi sendiri oleh Syeikh Nurudin. Perjalanan dari Kaherah menuju ke Humaysara mengambil masa lebih kurang 14 jam seperti perjalanan dari Kangar ke Johor juga la.
3. Majlis Khatam Al Quran
Majlis berlansung di Rumah Amanah Malaysia antara pelajar-pelajar tajaan ARB sahaja. Alhamdulillah kami berpelunag juga untuk mengkhatamkan 30 Juzu Alquran dengan pembahagian pada setiap tingkat. Majlis belansung selepas subuh di surau.
4. Majlis Iftor Jamaie
Majlis dianjurkan sendiri oleh pelajar ARB khas untuk semua pelajar Kuliah Ulum Islami anataranya dari negeri Johor dan Sabah. Pegawai dari dua buah negeri tersebut dijemput menghadiri majlis itu. Majlis telah ditaja oleh kontraktor yang mengislah Rumah Amanah ini iaitu Mr. Khaled Attal. Pengisian pada malam itu disampaikan oleh Ustaz Fathi dari Kedah.
5. Hantar sahabat dan menyambut pelajar baru
Malam 26 Ramadhan yang lalu, saya berpeluang untuk menghantar seorang sahabat Mesir namanya Toha yang menyambung pelajaran ke Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN). Orang Malaysia datang Mesir menuntu ilmu di Azhar tapi dia pergi Malaysia sambung belajar di sana. Memang di minat sungguh dengan pelajar dari Asia terutama Malaysia dan Indonesia.
Kebetulan pada malam itu juga pelajar Matrikulasi Azhar dari Akademi Alquran juga tiba seramai 5 orang. Jadi terus tunggu di airport bagi menyambut mereka.
6. Maidah Rahman
Salah satu keunikan Mesir sepanjang Ramadhan makanan berbuka boleh didapati di mana sahaja di jalanan mahupun masjid. Ini kerana orang arab selalu melakukan infaq tambahan pada bulan ini dengan mengagihkan makanan kepada orang ramai terutama yang miskin. Akan disediakan khemah bagi orang ramai nak makan. Antara juadah seperti ayam dan daging atau kadang-kadang ikan serta roti yang femes dengan nama "i'sh biladi" atau roti.
selepas habis semua orang makan akan ada kanak-kanak dan orang yang datang mengutip sisa makanan unutk djiadikan hidangan mereka. Kasihan sungguh...
7. Terawih di Masjid Amru
Malam 27 Ramadhan Masjid ini akan dipenuhi jutaan orang kerana terawih akan diimamkan oleh Sheikh Jibril dan Qunut selalunya memakan masa sehingga sejam lamanya serta akan terdengar tangisan orang ramai kerana menghayatinya pemergian Ramadhan. Orang ramia mula memenuhi masjid bermula dari selepas zohor dan terus beriktikaf sehingga esoknya. Jalan menuju ke masjid akan penuh sesak.
Gambar insyaAllah akan diupload dari semasa ke semasa bergantung kepada kemudahan internet. Suasana di Mesir sepanjang Ramadhan Alhamdulillah seronok dan hidup dengan ibadahnya biarpun di akhir-akhir.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
No comments:
Post a Comment