Sehari sebelum hari raya
Kami pelajar di Rumah Amanah Raya bersepakat mengadakan satu majlis kenduri sesama kami sebagai meraikan perayaan pertama di Mesir ini. Semuanya masing-masing merasakan kali pertama beraya dari keluarga dan mungkin perasaan sedih dan teringat akan famili masih ada Jadi sebagai menghilangkan semua perasaan itu, diadakan majlis makan bertempat di bumbung atas rumah kami.
Gaul kentang nak buat bergedil makan dengan soto
Petang sebelum raya
Aktivit memasak dimulakan. Pembahagian menu yang dimasak oleh pelajar lelaki dan perempuan dibuat. Jadi pakat-pakat masak
Malam raya
Takbir diadakan sejurus selepas isya selepas diumumkan keesokan harinya hari raya. Majlis berlansung di bumbung di rumah kami.
Akhir majlis bertukar menjadi tukang basuh pinggan
Pagi raya
Semuanya keluar bagi menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid berdekatan rumah. Solat bermula jam 6 pagi dengan takbir berkumandang tidak sesayu seperti di Malaysia. Manakala pelajar Melayu solat agak lewat pada jam 7.45 pagi. Seterusnya kami semua baik lelaki dan perempuan menuju ke Dewan Malaysia Abbasiyah bagi menikmati hidangan dan jamuan yang dianjurkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Suasana seakan-akan berada di Malaysia memandangkan bilangan pelajar Malaysia di sini begitu ramai. Takbir dan tahmid bunyinya juga memang macam di Malaysia. Betul kata orang raya di sini meriah..
Masing-masing baru balik masjid
Bersama rendang yang sedap
Salam perantauan dari kami buat semua di Malaysia dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir batin
Kelihatan suasana perayaan di Mesir tidak semeriah seperti Malaysia di kalangan rakyatnya sendiri. Antara adat seperti menziarahi keluarga serta memakai pakaian baru kurang kelihatan di kalangan rakyat Mesir. Mungkin juga di tempat atau kawasan lain berlaku perkara ini. Jadi inilah namanya pengalaman. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi yang penting sambutan di Malaysia lagi besstttt...
Di Dewan Malaysia Abbasiyah
Rakyat Malaysia beraya
Pelajar Kuliah Ulum Islami