January 30, 2009

85. Khabar di sini

1) Pameran buku di Mesir telah pun bermula dan akan berakhir 2 Feb nanti. Pengunjung memang la ramai dari seluruh dunia. Ada juga orang Malaysia yang datang ke Mesir semata-mata untuk mengunjungi pameran buku kedua terbesar di dunia selepas Jerman. Terdapat 7 dewan yang masing-masing besarnya macam dewan sivik. Kalau sehari memang tidak cukup untuk melawat semua buku yang ada di situ. Harga buku ada yang murah, ada yang sama saja dan ada yang mahal dari sebelumnya. Pelajar-pelajar di sini selalunya akan menyimpan wang untuk borong di sini. Pameran berlangsung pada setiap awal tahun bulan Januari dan Februari


Pintu masuk ke tapak pameran yang sesak



Peniaga dari Turki

Depan tapak pameran milik kerajaan Arab Saudi

2) Mesir sekarang sedang menghampiri akhir musim sejuk dan berpindah ke musim luruh. Tapi sejuk masih lagi terasa cumanya berangin. Angin yang kuat berserta debu yang banyak. Itu yang tak tahan. Memang sakit mata la kadang-kadang.

Pemandangan kabus di luar asrama

3) Hari Selasa 20 Januari kalau tak silap, kami dikunjungi dari orang Malaysia Dr Fattah Syukri yang merupakan lepasan Kolej Islam dan Uni Azhar dalam bidang perubatan. Beliau datang kerana melawat isteri dan isterinya yang sedang sambung belajar di sini. Tujuannya beliau jumpa kami sekadar menceritakan pengalamannya selama berada di Mesir dulu.

Bergambar kenangan

4. Uni Azhar sekarang baru sahaja habis peperiksaan. Tapi sebelum itu, mesti la semua pelajar berada dalam mo exam. memang kalau pergi ke Masjid Azhar dapat rasai mod itu. Ramai sungguh pelajar yang ulangkaji peperiksaan tak kira dari Malaysia, Thailand, Indonesia, mesir sendiri dan banyak lagi.Seolah-olah pesta ulangkaji pula.


Sekarang Azhar bercuti bagi semester pertama selama 2 minggu dan semester baru akan bermula 15 Feb nanti. Selalunya kalau cuti orang akan jaulah je ke tempat-tempat menarik di Mesir tapi kami pra azhar peperiksaan bermula lepas cuti. Doa-doa la kami di sini :-)

4 comments:

fieqa said...

salam~

maat taufiq wannajah fil imtihan..=)

AiMaN KiSaH said...

amin

syukran2

sama2 kita maat taufiq wan najah

Syaimaa' Ahmad said...

owh.. pi dua kali ek ma3rad tu?

ermm selamat study la..
kami suma dh abes dh
alhamdulillah~

dlm mode pelancong plak..

salam imtihan

~!ffatul Hu$na.... said...

emmm...bestnyew di sana....
blanja aku p sana weyh..
hehehe..