February 6, 2009

86. Aktiviti masa cuti

Hari Jumaat yang lalu, pelajar-pelajar di Kaherah Mesir berkesempatan menghadiri ceramah anjuran Amal Malaysia. Antara penceramah adalah Ahli Parlimen Pas. Semuanya baru pulang dari misi di Palestin, antaranya Tuan Guru Abd Hadi Awang, Saudara Salahudin Ayob Dr Mujahid, Dr Hatta, Dr Hayati, Dr Dzulkifly,Ustaz Nasir, dan wakil muslimat Dr Lo'lo. Ceramah berlangsung di Dataran Asyir dan cuaca malam tu memang sejuk sangat. Pelajar yang menghadiri memang ramai hinggakan membanjiri dataran di situ. Ada yang sanggup datang dari Iskandariah untuk menghadiri cerammah tersebut. Kutipan derma pada malam itu katanya mencecah LE 10 ribu lebih. Tahniah kepada Yayasan Amal dan Malaysia Care.




Aktiviti masa cuti diisi oleh kebanyakan pelajar di sini dengan bersiar-siar dan jaulah di sekitar Mesir. Bagi kami pelajar pra Azhar nak jaulah pun tak senang hati sebab peperiksaan belum lagi. Jadi sebagai gantinya satu pertandingan futsal telah diadakan di kalangan pelajar lelaki. Alhamdulillah kebanyakan pelajar menyertai. Saya selaku exco sukan bersama Saudara Naqiuddin Ismail berasa puas hati, begitu juga pelajar-pelajar yang lain. Sekali lagi terima kasih kepada Naqiuddin sebab semua ni idea dia. Nanti tahun depan kita organise lagi :-) Beberapa gambar kumpulan yang menyertai perlawanan futsal

Kumpulan A (naib johan)

Kumpulan B ( Ke 4) bagi peluang dekat kump lain :-)

Kumpulan C (ke 3)



Kumpulan D (Johan)

Setakat itu dahulu aktiviti kami. Kena focus untuk study pula. Exam dah dekat oiiiiiiiiiiiiiii

# Doakan kerajaan Perak





1 comment:

Adawiyah said...

Memang bagus universiti anta ni buat aktiviti2 yang berfaedah. Aktiviti-aktiviti di kolej ana memang terlampau kurang. Kat universiti anta ada MPP tak?