October 20, 2009

105. Majlis ramah mesra bersama Raja Muda Perlis

Pada 19 Oktober semalam telah diadakan satu majlis ramah mesra Raja Muda Perlis bersama pelajar-pelajar Perlis yang berada di Perlembahan Nil ini. Rombongan raja disertai Ahli Majlis Agama Islam Negeri dan juga Adat Istiadat Negeri. Turut hadir Menteri Besar Dato' Mat Isa bin Sabu dan juga Exco Agama YB Jaferi dan ahli keluarga baginda. Majlis santapan dan ramah mesra berlangsung di Restoren bersebelahan Sungai Nil bermula selepas isya dan berakhir lewat malam jam 12. Turut hadir wakil dari Kedutaan Malaysia Kaherah dan pengarahnya Prof Jamil Hashim dan ramai lagi. Anak-anak Perlis yang dijemput semuanya hampir seratus lebih tetapi yang dapat menghadirkan diri cuma lebih separuh kerana ada sebahagian mereka sibuk dengan peperiksaan terutamanya perlajar dalam bidang perubatan. Rombongan raja sebenarnya dari Jedah kerana melakukan lawatan kerja di sana dan seterusnya datang melawat Kaherah Mesir bagi menjenguk anak-anak Perlis di sini serta bangunan asrama yang Baginda rasmi dahulu.

Pengerusi majlis yang menceriakan suasana




Anak-anak Perlis yang hadir

Menteri Besar menyampaikan ucapan

Penyampaian cenderahati kenangan dari YDP

Bersama bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin

Ini pengalaman pertama makan dalam bot dan juadah yang disediakan juga memuaskan. Semua anak Perlis di Perlembahan Nil berasa berbesar hati dengan lawatan baginda dan rombongan dan di akhir majlis semua dikhabarkan dengan khabar duit raya dari Baginda Raja dan kami bersyukur dengan khabar ini.

October 10, 2009

104, Selesai program

Selesai sudah program pelancaran Rumah Amanah Malaysia Mesir yang terletak di Hayyu Sabi’ ini dan juga Majlis Amanahraya meraikan pelajar Malaysia di Mesir bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah bersama Datuk Seri Nazri. Majlis yang bermula 7 hingga 8 Oktober itu Alhamdulillah berjaya dijayakan oleh semua pelajar tajaan Amanahraya di Mesir dari kumpulan pertama dan juga pelajar yang baru tiba dua minggu lepas.

Majlis pelancaran Rumah Amanah Malaysia.

Rumah ini buat pertama kali dirasmikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz. Bangunan lima tingkat ini menempatkan pelajar bawah tajaan Amanah raya seramai 53 orang dari kumpulan pertama seramai 24 orang dan kumpulan kedua seramai 28 orang termasuk seorang warden Encik Firdaus bin Hat. Majlis bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 6 petang. Rombongan menteri disertai Datuk Dusuki, Pengurus Amanahraya, Datuk Zainal Abidin, Mantan Duta Besar ke Malaysia dan juga Dato’ Rodzi Pawanteh, Pengarah Urusan Amanahraya dan Puan Adzliah Suhod,wakil Amanahraya disertai wakil dari kedutaan tiba jam 2.30 petang.

Plak Rumah

Papan tanda rumah



Makan tengahari di Kafe Arau

Rombongan menteri telah meluangkan masa untuk makan tengah hari di Kafe Arau yang beroperasi di Rumah Perlis di Hayyu Sabi’ pada keesokan harinya. Ini memandangkan menu yang disediakan sedap dan lazat dan juga makanan semuanya ala timur. Masing-masing berpuas hati dengan menu yang disediakan.

Abg Man dengan Datuk Dusuki



sembang apa tu?


Majlis Sambutan Aidilfitri

Pada 8 Oktober keesokannya satu majlis Sambutan Aidilfitri meraikan pelajar Malaysia di Mesir telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah. Majlis ini ditaja sepenhnya oleh Amanahraya Berhad dan diadakan juga majlis ramah Mesra datuk Seri Nazri Aziz bersama pelajar Malaysia di sini. Majlis bermula jam 6 petang dan berakhir jam 8 malam.

Program ke Iskandariah

Selepas selesai semua program di Kaherah, bagi meraikan penat lelah pelajar menguruskan dua program sebagai balasannya pihak Amanahraya telah membawa semua pelajarnya ke Iskandariah bagi makan angin di sana. Dalam pada itu kami turut mengikut rombongan menteri melawat bangunan Pelajar Perubatan bawah tajaan MARA di Iskandariah. Sepanjang ziarah kami telah berpeluang masuk ke dalam Perpustakaan Iskandariah yang terkenal dengan tinggalan manuskrip dan buku lama. Terdapat satu muzium dalam perpustakaan itu yang menempatkan buku dan manuskrip lama.

Masing-masing tengok laut


Tepi laut