June 11, 2009

96. Holiday Activities

Posting kali ini berkisar tentang aktiviti kami semasa cuti. Posting kali ini juga akan dipenuhi dengan gambar kerana program kami yang pertama ialah menziarahi makam para Ahli Bait Rasulullah dan sahabat-sahabat Nabi serta para Aulia’ yang terdapat di sekitar Bandar Kaherah ini. Tetapi sebelum itu pada hari Jumaat yang lalu aktiviti gotong royong telah diadakan untuk membersihkan rumah kami ini.



Selain itu juga, saya sempat ke Masjid Sultan Hasan yang sehari sebelumnya dikunjungi oleh Presiden Amerika, Barack Obama dan dia mengagumi seni bina masjid tersebut. Jemaah juga bertambah tidak seperti hari Jumaat yang lain.

Berbalik kepada Program Ziarah atau Jaulah Makam, memang jumlah terlalu ramai sehinggakan kalau sehari masih belum cukup untuk menziarahi semua makam. Setiap makam yang kami lawati terdapat kisah yang menarik di sebaliknya mengenai pemilk makam tersebut. Pengembaraan kami menziarahi makam-makam bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir hampir jam 8 malam. Kami berjaya menziarahi hampir 40 buah makam dalam tempoh masa tersebut tetapi mungkin juga lebih kerana terdapat makam-makam yang terletak berhampiran antara satu sama lain. Antara makam yang kami berjaya lawati :-

1. Sheikh Solah Jaafari

Kisah & Karamah : Beliau dilahirkan di Sudan dan keturunan nabi serta merupakan Imam tarikat terbesar di Mesir iaitu Tarikat Solah Jaafari. Antara karamatnya banyak bermimpi berjumpa Rasulullah sehingga bertalaqqi hadis dengan Rasulullah sebelum mengajar kepada orang ramai.

2. Imam Qastolani & Imam Badarudin Al Aini

Kisah & Karamah : Mereka berdua merupakan pengarang kepada Sahih Bukhari

3. Imam Dardil (Maliki Soghir)

Kisah & Karamah : Beliau digelar Maliki Soghir kerana tahap keilmuan seperti Imam Malik. Beliau juga merupakan wali kutub iaitu salah satu tahap tertinggi.


4. Sheikh Dusuki


5. Fatimah Nabawiyah

Kisah & Karamah : Beliau merupakan anak Saidina Hussein dan dibawa ke Mesir oleh Sayedah Zainab selepas peristiwa Karbala. Beliau digelar Ummu Aitam ataupun Ibu anak-anak yatim kerana beliau memelihara anak-anak para syuhada’ dalam peperangan di Karbala.


6. Ibn Hisyam Al Ansori (Ulama Nahu)


Kisah & Karamah : Beliau ialah pengarang kitab Nahu Bahasa Arab yang unggul iaitu Syarah Ibn Aqil


7. Imam Ramli & Imam Abu Abas

Kisah & Karamah : Mereka berdua ialah anak dan ayah yang merupakan pemegang qaul Mazhab Syafie. Imam Abu Abas adalah ayah dan Imam Ramli adalah anaknya


Makam Abu Abas


Makam Imam Ramli

8. Imam Sya’rani dan gurunya


Kisah & Karamah : Beliau merupakan seorang sufi yang alim. Beliau sepanjang hidup menantnag golongan yang menentang ahli sufi dan menekankan agar seorang sufi bukan sahaja wara’ tetapi juga mestilah seorang yang alim. Antara karamahnya beliau hampir setiap hari mengelilingi dunia.


9. Sultan Hanafi dan menantunya

Kisah & Karamah : Beliau merupakan seorang mufti dan digelar sultan kerana kata-katanya lebih dipegang berbanding kata-kata sultan. Di masjid beliaua terdapat kolam air zam-zam. Kisah di sebalik kolam itu ialah ketika mana beliau dalam perjalanan pulang menunaikan haji, terdapat seseorang meminta air zam-zam yang dibawanya untuk ahli keluarganya. Lalu beliau pun member semua air itu dan apabila sampai di rumah, semua ahli keluarganya bertanya tentang air zam-zam lalu beliau berdoa dan terbitlah mata air rasanya seakan-akan air zam-zam.


10. Sayedah Zainab

Kisah & Karamah : Beliau merupakan cucu nabi dan banyak membawa ramai ahli kelurganya yang lain ke Mesir selepas peristiwa Karbala.


11. Sayedah Aminah @ Sukainah (anak Saidina Hussein)


12. Ali Jaafari

13. Sayedah Ruqiah


14. Ibn Sirin @ Abd Ghani

Kisah & Karamah : Ibn Sirin merupakan tabiin dan pengarang kitab Tafsir Ahlam ataupun Tafsir Mimpi. Beliau mendapat ilmu menfsir mimpi selepas bermimpi ditemukan dengan para anbiya’. Kemudia beliau berjumpa dengan seorang nabi yang kacak iaitu nabi Yusuf dan meminta kepada baginda agar mengajarkan beliau ilmu yang Allah ajarkan kepadanya. Selepas itu beliau mempunyai ilmu menafsir mimpi dan Abd Ghani ialah sahabat beliau.


15. Sayedah Nafisah

Kisah & Karamah : Beliau merupakan ahli bait dan mufti yang membenarkan poligami. Beliau terlalu sibuk sehingga membenarkan suaminya untuk berkahwin lain. Antara karamahnya ialah beliau mengubati penyakit buta seorang kanak-kanak Yahudi. Beliau mengarahkan agar disapu mata budak itu dengan air wudhunya. Berkat selepas itu mata budak itu sembuh dan seluruh ahli kelurga yahudi itu memeluk Islam. Karamah lain ialah beliau mengetahui hari kematiannya dan menggali sendiri kuburnya dan solat di kubur itu setiap hari. Selain itu riwayat mengatakan beliau memandikan sendiri jenazahnya dan riwayat lain mengatakan malaikat yang memandikan jenazahnya. Beliau juga merupkan guru wanita tunggal kepada Imam Syafie.

16. Syeikh Zakaria Al Ansori

Kisah & Karamah : Beliau ialah Syeikhul Islam dan pemegang qaul Mazhab Syafie. Antara karamahnya banyak bermimpi berjumpa Rasulullah.

17. Imam Syafie

Kisah & Karamah : Beliau ialah Imam Mazhab Syafie dan di masjidnya terdapat kubah bahtera berbeza dengan masjid lain yang terdapat symbol bulan dan bintang. Tujuannya ialah menunjukkan kegigihan beliau dalam mengembara menuntut ilmu.

18. Fatimah Aina’

Kisah & Karamah : Beliau merupakan ahli bait Rasulullah dan digelar Aina’ kerana mempunyai mata yang cantik. Antara karamahnya pada suatu hari terdapat seseorang membaca quran di maqamnya dan tiba-tiba tersalah dalam membaca. Kemudian terdengar suara membetulkan bacaan itu dan suara itu ialah suara Fatimah Aina’.

19. Ummu Kalsom


20. Abu Zar Al Ghafari

Kisah & Karamah : Beliau ialah sahabat nabi yang meriwayatkan hadis dari nabi. Nabi ada meriwayatkan hadis bahawa beliau akan hidup bersendirian,mati bersendirian dan dibangkitkan pada hari maksyar bersendirian. Kata-kata itu benar kerana maqamnya sekarang bersendirian dari sahabat-sahabat yang lain.

21. Imam Lais

Kisah & Karamah : Beliau merupakan imam kepada Imam Bukhari dan Muslim. Beliau banyak meriwayatkan hadis daripada Baginda Nabi dan pada dahulunya ialah pengasas kepada mazhab Laisiyah. Namun mazhab itu tidak bertahan lama kerana riwayat mengatakan tidak dikembangkan oleh pengikutnya sendiri.

22. Ibn Hajar Al Asqolani

Kisah & Karamah : Beliau ialah pengarang kitab Sahih Bukhari yang terkenal iaitu Fathul Bari. Antara karamahnya ialah beliau membaca Sahih Bukhari sebanyak lima kali sehari dan Sahih Muslim sebanyak 10 kali sehari.

23. Saidina Uqbah

Kisah & Karamah : Beliau antara sahabat nabi yang membantu Amru Al As membuka Mesir suatu ketika dahulu.

24. Rabiah Adawiyah & Zunun Misri

Kisah & Karamah : Kedua-dua mereka merupakan ahli sufi yang hebat. Ada pendapat mengatakan makam Rabiah Adawiyah yang terdapat di Mesir bukanlah yang sebenar kerana makam yang betul berada di Syria. Tetapi ada mengatakan yang makam ini ialah Rabiah Adawiyah versi Mesir. Rabiah Adawiyah ahli sufi yang hebat yang menghabiskan hidupnya beribadah kepada Allah sehingga tidak berkahwin. Beliau sezaman dengan ahli sufi yang lain seperti Hasan Basri dan Sufyan As Sauri. Hasan Basri pernah meminangnya tetapi beliau menolak. Zunun Misri juga merupakan sufi yang hebat. Nama Zunun bermaksud yang memilik ikan nun. Kisahnya apabila beliau belayar. Semasa dalam pelayaran beliau dituduh mencuri barang emas milik seseorang yang belayar bersamanya. Lalu beliau berdoa kepada Allah lalu muncul ikan-ikan dari lautan membawa kembali barang kemas tersebut.


25. Imam Hasan Al Banna

Kisah & Karamah : Beliau ialah pengasas gerakan Islam yang hebat suatu ketika dahulu. Pemikiran beliau menjadi panduan gerakan Islam sehingga sekarang. Ketika kami menziarahi makamnya, pemandu van tidak berhenti untuk tujuan keselamatan dan kurnya pun tidak begitu kelihatan, hanya tanah rata yang dapat kelihatan. Beliau meninggal kerana tidak mendapat rawatan selepas ditembak.


26. Syeikh Izzudin Abd Salam

Kisah & Karamah : Beliau merupakan ulama agong yang digelar dengan gelaran sultan ulama. Beliau mula menuntut ilmu ketika berumur 40 tahun. Sebelum itu beliau menghidap penyakit silsil mani tau keluar air mani yang berterusan. Selepas itu beliau berazam untuk melakukan perubahan dan mula menuntut ilmu. Keberkatan ilmu yang diperolehi menjadikan beliau seorang yang alim biarpun mula menuntut ilmu pada umur 40 tahun.


27. Ibn A’toillah As Sakandari

Kisah & Karamah : Beliau ialah ulama tasauf dan pengarang kepada kitab Hikam.


28. Sayidah Nafisah

Tempat khalwat sayedah Nafisah

Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada apa yang kami dengar daripada pemandu pelancong yang membawa kami sepanjang jaulah makam ini. Jika terdapat sebarang kesilapan maklumat harap dibetulkan kerana maklumat yang ditulis semuanya flashback, sekadar apa yang ingat dalam kepala sahaja.