March 13, 2009

87. Sambutan Maulid di Mesir

Setelah sekian lama, blog ini tidak diupdate akhirnya kali ini saya berkesempatan untuk mengupdatekannya. Kali ini menceritakan tentang sambutan Maulidur Rasul di Mesir terutamanya di Kaherah.Macam Malysia juga, Mesir pun turut cuti pada hari Maulidur Rasul dan terdapat perarakan seperti di Malaysia. Tapi apa yang berbeza ialah perarakan di sini terdiri daripada Tarikat-tarikat yang terdapat di Mesir. Kalau di Malaysia perarakan terdiri daripada Jabatan-jabatan kerajaan tapi di sini amat jauh berbeza. Antara tarikat yang menyertai seperti tarikat Jaafari, tarikat Dusukiah dan banyak lagi. Tarikat yang terkenal ialah Tarikat Jaafri kerana pengasasnya ialah dari keturunan Nabi iaitu Sheikh Jaafari. Perarakan bermula dari Masjid Solah Jaafari dan berakhir di Masjid Hussein, kira-kira 3 km. Semasa berada dalam Masjid Hussein, setiap tarikat akan membacakan madah memuji nabi. Selepas itu terdapat ucapan dari wakil pembesar di Mesir dan majlis pun tamat. Memang meriah sambutan di sini dan terasa nabi dekat di hati.


Kain rentang Tarikat Jaafari



Pemandangan dalam Masjid Hussein

Sebelum Perarakan


Adat di sini semasa perarakan akan ada la orang-orang di tepi jalan akan membaling gula-gula dan disemburkan dengan minyak wangi kepada peserta-peserta perarakan