Setelah sekian lama blog ni tidak diusik, akhirnya hari ini ada juga kesempatan untuk mengupdatenya. Orang Malaysia asyik tanya, "Aiman, bila nak update blog??" Maaf sebab kesuntukan masa. Posting kali ni menghimpunkan banyak pengalaman di Mesir ni. Pada 11 November yang lepas, seorang pelajar KISAS mengadakan reunion. Rumah dia dekat Hayyu Thamin. Jadi pelajar KISAS diajak ke rumahnya memandangkan dia pun baru sahaja menamatkan pengajian di Darul Ifta'. Gambar-gambar kenangan menghimpunkan pelajar KISAS yang ada di bumi Mesir ni dari tahun SPM 02-07. Sebenarnya banyak lagi pelajar KISAS di Mesir tapi kalau himpun semua tak muat la rumah ustaz tu.
SPM 07 SPM 06 SPM 05 SPM 04 SPM 03 SPM 02 Himpunan semua 1 November, Kelas pengajian pun bermula. Tempat pengajian kami di Universiti Azhar di Hayyu Sadis (Section 6). Kelas bermula jam 9 pagi sampai 1 tengah hari. Cuti yang diberikan satu hari sahaja iaitu Jumaat sebab di Mesir hari Jumaat memang semua pejabat atau sekolah cuti. Pelajar-pelajar semuanya pergi menaiki bas. Katanya akan disediakan bas tapi tak ddapat kabar apa lagi, jadi naik je bas awam yang ada.
Pada peringkat permulaan, kami diterapkan dengan asas Bahasa Arab. Pelajaran kami dibahagikan kepada empat kemahiran seperti mendengar, membaca, menulis dan memahami Bahas Arab. Setipa hari belajar dua subjek sahaja dan setiap subjek 2 jam. Pensyarah kebanyakan dari Kuliah Lughah dan terjemah dari Universiti Azhar. Subjek yang diajarkan seperti :
1. Istima' ( kemahiran mendengar)
2. Qiraah ( kemahiran membaca)
3. Kitabah ( kemahiran menulis)
4. Muhadasah ( kemahiran memahami)
Kami difahamkan kelas akan berjalan selama 10 bulan. Permulaan kami akan belajar asas-asas Bahasa Arab, seterusnya nahu dan sarf ( tatabahasa Bahasa Arab) dan akhirnya akan belajar asas-asas subjek pengajian Islam seperti Feqah dan banyak lagi. Kelas pengajian dan bermula selama tiga minggu, dan minggu lepas kami berpindah ke tempat baru di Kuliah Dirasat Islamiah ( Kuliah Pengajian Islam) . Kelas kami terbahagi kepada tiga kumpulan; 2 kumpulan lelaki dan 1 perempuan. Kelas kami memang tidak bercampur dengan pelajar Arab. Maklumat lanjut boleh didapati di blog
ini.